Orang Korea ni kalau tengok memang cantik. Ada yang kata sebab pembedahan plastik. Tapi ada jugak yang tak buat pembedahan tapi dah semulajadi cantik. Contohnya macam Jisoo Blackpink ni la.
Majalah Nubia anugerahkan Kim Jisoo sebagai “Wanita Paling Cantik di Dunia” edisi 2023 selepas undian global dibuat.
Tapi, apa yang membuatkan dia cantik sangat?
Jisoo ni memang menepati “Beauty Standard” Korea dengan sempurna. Kulit, batang hidung, bibir yang buat orang Korea pandang dia ni cantik sangat. Ditambah lagi dengan Jisoo ni yang nampak matang dan elegan.
Tak dinafikan setiap orang ada definisi kecantikan yang berbeza dalam menilai kecantikan.
Sebenarnya, ada cara untuk dapatkan kulit yang cantik macam Jisoo ni.
Tapi korang kena rajin la.
Korang kena banyakkan minum air dan makan makanan yang sihat. Banyak minum air tu bukan air gas, air masak biasa je. Air pun penting untuk kekalkan kesihatan.
Ada sorang pelakon Korea ni Jang Nara minum lebih daripada dua liter air setiap hari untuk kekal terhidrat.
Jang Nara ni antara barisan pelakon Korea yang sentiasa kelihatan awet muda walaupun umur dia sekarang dah cecah 42 tahun.
Jang Nara ni pun tingkatkan kecantikannya dengan memakan makanan yang sihat. Biasanya dia makan sayur-sayur hijau, lemak sihat, buah-buahan, dan protein tanpa lemak.
Tapi nak dapat sama macam orang Korea memang tak boleh sebabnya ada faktor-faktor lain yang buat diorang jadi camtu.
Kulit diorang biasanya licin sebab faktor geografi di wilayah mereka yang cenderung sejuk, tidak seperti Malaysia yang panas dan lembab.
Selain itu, diorang berkulit putih sebab keturunan dan nenek moyang diorang berasal dari tanah besar China yang berkulit putih.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tapi, ada benda yang tak best pasal “Beauty Standard” Korea ni. Nak tau sebab apa? Baca KITAB TAMADUN KOREA sekarang!
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply