Kota suci Baitulmuqaddis bukanlah pertama kali bermandi darah saat diserang oleh Israel. Sejak ia dibebaskan oleh Umar al-Khattab, ia tak pernah menyaksikan kengerian kecuali pada 15 Julai 1099.

Apa jadi masa tu?

Seperti lembu naik gila, pasukan Salib menyembelih semua warga Baitulmuqaddis tanpa perikemanusiaan. Baik lelaki atau perempuan, mahupun bayi yang baru berumur 1 tahun dapat terselamat di tangan pembunuh-pembunuh itu. Sampaikan saksi mengatakan, jalanan Jerusalem banjir dengan darah!

Pembunuhan ngeri ini turut memberi kesan kepada tentera salib yang berasal dari Eropah. Seorang periwayat, Guibert de Nogent menyebut bahawa selepas veteran Perang Salib Pertama itu pulang ke tanah air, sikap mereka berubah bengis. Apatah lagi, mereka bebas melakukan apa sahaja dosa kerana pasti diampunkan. Bukankah mereka sudah pernah menjejakkan kaki ke kota suci Jerusalem dan melihat gereja Sepulcher.

Apa punca Baitulmuqaddis dijarah?

Empayar Rom Byzantie ketika itu tak berpuas hati dengan Kerajaan Bani Seljuk yang telah menawan banyak tanah jajahannya di Asia Kecil. Maharaja Alexios I Komnenos segera menyambut seruan perang suci dari Pope Urban II. Sebuah pakatan salib yang besar dikumpukan. Seramai 1,300 kesatria dan kira-kira 12,500n pahlawan Kristian tiba di tembok kota suci pada 7 Jun 1099.

Bagaimana muslim bertahan?

Baitulmuqaddis sewaktu ini di bawah pemerintahan Khilafah Fatimiyah yang berpusat di Mesir. Pertahanan dipimpin oleh Iftikhar ad-Dawla bersama ribuan pahlawan berani. Pasukan berkuda elit Mesir pula seramai 400 orang. Menara juga dipersenjatakan dengan Greek Fire. Mereka meracun sumber air dari telaga yang berada di sekeliling kota suci bagi menyukarkan bekalan musuh sementara menunggu bantuan dari Mesir tiba.

Apa yang membuatkan Fatimiyah tumbang?

Apabila bantuan dari barat tiba di Jaffa, pasukan Salib menjadi lebih kuat dan bersemangat. Akhirnya, pada pagi hari, mereka dapat membuka kota Baitulmuqaddis. Mathew of Edessa merekodkan, seramai 65,000 mangsa yang tidak berdosa mati terbunuh. Orang muslim dan yahudi mati bergelimpangan. Banduan yang ditangkap pula dipaksa untuk mengangkat mayat-mayat yang sedang membusuk untuk dibakar ke luar kota. Setelah itu, kepala mereka pula yang berpisah dari badan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply