Zaman sekarang Internet sudah bukan lagi kehendak sampingan. Malah Internet juga bukan keperluan am. Sebaliknya Internet adalah hak asasi yang mesti dimiliki setiap manusia supaya boleh berdaya maju. Internet adalah setaraf dengan bekalan air dan elektrik.

Itulah rahsia kejayaan Jepun. Mereka sedar perkara ini sejak 1980-an lagi. Empat dekad kemudian, iaitu tahun ini, Jepun meraih hasil.

Benih semaian dibaja dengan pembangunan infrastruktur yang menghubungkan Internet pada 90 peratus masyarakat Jepun – isi rumah dan perniagaan. Cuma satu saja tentang perangai orang Jepun – mereka susah berasa selesa. Ada saja benda ingin dimajukan.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Kalau bandingkan akses maya Jepun dan Eropah, ada satu benda sangat jelas. Jepun baru-baru ini memecahkan rekod kelajuan Internet yang tidak pernah terjangkau pemain industri 10 tahun lalu. Entahnya lima tahun lalu pun orang tidak jangka.

Internet Berkelajuan Cahaya

Kelajuan Internet diukur dengan cara yang mudah. Kalau data 1 GB mengambil masa lima minit untuk dipindah antara dua peranti, kelajuannya adalah 30 megabit/saat. Kira lagi cepat data dihantar; lagi tinggilah kelajuannya. 30 MBPS adalah kelajuan pakej pemula yang ditawarkan Telekom Malaysia.

Untuk buat kerja asas, memang cukup sangat. Tetapi Jepun baru-baru ini menguji teknologi Internet yang baru. Hasilnya? Mereka mencapai kelajuan 319 terabit/saat.Satu TBPS adalah sejuta MBPS. Kalau 319 TBPS? Bak kata Mat Sabu, “dia punya kosong tu keluaq daripada telepon”.

Teknologi Digunakan Jepun

Internet dulu perlahan kerana menumpang infrastruktur telefon. Wayar telefon dicipta untuk membawa suara sahaja (Dvorak, 2020). Jadi pemain industri mencipta sebuah kabel khas yang dibuat dengan kerak kaca atau plastik.

Reka bentuk wayar fiber optik konvensional.

Diameter kaca ini senipis rambut manusia, bertujuan untuk membawa data dalam bentuk cahaya inframerah. Itulah binaan sebuah kabel fiber optik yang melajukan Internet.

Untuk mencapai 319 TBPS, Jepun membangunkan sebuah wayar fiber optik berkerak empat.

Gambaran menggunakan contoh multicore fiber optic.

Dulu memang susah kerana kerak ini sangat halus. Tetapi sekarang ada sejenis laser khas yang bantu meletakkan empat kerak tanpa perlu mencari wayar lebih besar.

Guna wayar yang sama dengan kelajuan berkali-kali ganda. Dengan wayar ini, Jepun berjaya “meηεmbαk” data dalam bentuk cahaya inframerah. Setiap kerak pula menggunakan gelombang berbeza.

Dan hasilnya, data berjaya dihantar sejauh 3000 kilometer pada kelajuan 319 TBPS (Houser, 2021).

Pemarhaenan Teknologi Ini

Sebelum ulas panjang, kena faham dulu yang “Sindrom 3G” memang ada di Jepun. Dunia sekarang ingin menggerakkan 4G pada ketika 3G pun masih terkial-kial. Itu yang rakyat Malaysia bising.

Sesiapa yang duduk luar bandar fahamlah peritnya. Tetapi itulah lumrah, kerana teknologi takkan tunggu sesiapa. Contohnya, TM Streamyx tidak tunggu semua ada dial-up baru sediakan 1 MBPS semasa zaman purba Internet dulu.

Begitu juga dengan Jepun. Teknologi yang boleh meηεmbαk selaju 300 TBPS terlalu mahal untuk dipasarkan kepada rakyat marhaen. Tetapi 10 tahun lagi, harganya mungkin mampu milik.

Jika berjaya, memang senang. Macam-macam boleh buat melalui Internet. Dulu orang ramai berpusu-pusu bayar bil di kaunter. Sekarang semua dibuat secara maya melalui Internet. Kemudian yang sama dapat dilihat dalam bab pembelian barang dan penimbaan ilmu.

Amazon, Alibaba dan Lazada menyediakan platform untuk beli dan banding harga. MasterClass dan Udemy membuka kelas atas talian untuk belajar sesuatu secara berbayar. Sesiapa yang ingin dibayar boleh menawarkan perkhidmatan melalui Fiverr dan Gigple.

Benar, 5 MBPS sudah cukup untuk melayari video 1080p dengan stabil. Tetapi cuba fikir sejenak: macam mana kalau Meta Platforms berjaya buat metaverse nanti? Main game multiplayer pun ramai serabut dengan Internet sedia ada. Inikan pula metaverse.

RUJUKAN:

Dvorak, C. (2020, November 19). Satellite Internet vs Dial-Up Internet. Reviews.

Houser, K. (2021, November 13). Japan breaks world record for fastest internet speed. Big Think.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.