Perisikan merupakan suatu kegiatan pemgumpulan maklumat yang selalunya dijalankan secara rahsia dan tersembunyi. Risikan selalunya dilakukan oleh badan-badan perisikan setiap negara tersebut bagi mengutip sebarang maklumat di dalam atau luar negara. Contoh badan perisikan yang terkenal semestinya seperti CIA, MIA, Mossad, KGB dan sebagainya.
Dalam dunia perisikan, terdapat beberapa jenis maklumat yang dikumpulkan oleh badan perisikan. Jenis dan sumber maklumat ini penting untuk organisasi dan negara.
- OSINT – Open Source Intelligence
Osint merupakan maklumat yang sudah tersebar di media-media massa seperti televisyen, radio, internet, media sosial dan sebagainya. Maklumat yang dikumpul semuanya adalah maklumat yang dapat diakses oleh setiap golongan masyarakat. Tiada kerahsiaan dalam maklumat yang diperolehi. Contohnya, isu-isu semasa dalam suratkhabar.
- HUMINT – Human Source Intelligence
Sumber maklumat ini merupakan sumber paling biasa kita dengar. Senang kata, maklumat yang diperolehi daripada manusia dan kebiasaannya dilakukan oleh “overt collectors” seperti Duta dan anggota tentera. Sumber ini juga selalu dikaitkan dengan perisik. Maklumat akan dikumpul melalui pemerhatian ke atas manusia/sasaran. Misalnya, tindak tanduk, sikap, hobi dan habit seseorang itu.
- COMINT – Communication Intelligence
Ini merupakan sumber maklumat paling menakutkan bagi penulis. Sebagaimana yang ternyata di namanya, komunikasi. Sumber maklumat ini diperolehi melalui intipan ke atas alat komunikasi individu tertentu itu. Misalnya seperti panggilan telefon, dan segala jenis media komunikasi seperti mesej di WhatsApp anda, di Telegram anda, di Instagram anda dan bahkan mesej peribadi anda. Semuanya akan dikumpul dan diketahui oleh badan perisikan.
- MASINT – Measurement and Sjgnature Intelligence
Agak susah untuk dijelaskan. Namun, senang cerita sumber ini melibatkan penggunaan analisis kuantitatif dan kualitatif dalam memperolehi maklumat saintifik dan teknikal seperti metrik, sudut, spatial, panjang gelombang, pergantungan masa, modulasi, plasma, dan hidromagnetik( nak jelaskan tapi bukan orang sains).
Cukuplah anda tahu bahawa maklumat ini digunakan agar lebih mudah untuk mengesan lokasi, mengenal pasti identiti dan ciri-ciri penting suatu objek, alatan atau fenomena yang berlaku. Contoh sedikit bagi mudah faham, data mengenai air di satu tasik akan dikumpul dan disimpan melalui MASINT ini.
Jika terdapat pencemaran kimia di tasik tersebut, mesti akan terjadi perubahan molekul yang akan merubah data air tersebut. Oleh itu, MASINT berfungsi untuk mengesan sebarang ketidaknormalan sesuatu situati itu.
- IMINT – Imagery Intelligence
Sumber maklumat yang ini pula diperolehi melalui pengumpulan gambar dan imejan. Gambar dan sebarang imej yang penting akan dikumpulkan dan dianalisis sebagai maklumat. Kebiasaannya, imej akan dibahagi kepada 2 iaitu “Hard Copy” dan “Soft Copy”. Hard copy biasanya dalam bentuk filem. Manakala soft copy berbentuk digital. Contohnya, gambar kawasan operasi pengganas.
- GEOINT – Geospatial Intelligence
Okay. Sumber maklumat ini sangat berkait rapat dengan IMINT. Sepertimana namanya, ia merupakan maklumat yang diperolehi melalui analisis imej dan data suatu kawasan atau geografi akan menggunakan imej untuk mengawasi dan mengakses segala aktiviti yang berlaku di suatu kawasan tersebut.
Misalnya, maklumat yang diperolehi ini mampu mengesan lokasi setiap telefon di seluruh dunia, umpama GPS tapi lebih canggih. Ia juga mampu memberi gambaran jelas mengenai persekitaran suatu kawasan itu seperti cuaca, populasi, bentuk muka bumi, dan sebagainya.
- SIGINT – Signal Intelligence
Secara mudahnya, sumber maklumat ini diperolehi melalui pintasan signal komunikasi atau signal teknologi yang digunakan oleh sasaran. Mengandungi 2 bahagian iaitu COMINT yang telah disebut tadi dan ELINT (Electronic Intelligence) yang berfokus pada analisis signal alatan elektronik seperti Televisyen, radio, USB dan sebagainya. Jadi, maklumat ini berupa maklumat komunikasi dan data daripada alatan elektronik yang digunakan.
- TECHINT – Technical Intelligence
Sumber maklumat ini sangat mudah untuk difahami. Pada dasarnya, ia merupakan pemgumpulan maklumat dan data mengenai semua senjata dan peralatan perang negara lain. Kebiasaannya digunakan untuk mengelakkan elemen kejutan “Technological Surprice” oleh negara lain. Maklumat yang selalu dikumpul ialah mengenai jumlah senjata, kebolehan setiap senjata, ciri-ciri senjata dan lain-lain yang berkaitan.
- FININT – Financial Intelligence
Sumber maklumat mengenai status kewangan sesebuah entiti atau negara itu. Maklumat tersebut amat penting dalam menentukan keupayaan kewangan sesebuah entiti dan meramal tindakan yang mereka akan lakukan. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan untuk membasmi pengubahan wang haram.
Jadi, inilah beberapa sumber atau jenis maklumat selalu dikumpul oleh badan perisikan. Sebenarnya, kaedah ini bukan ekslusif untuk badan perisikan sahaja. Malahan, ia juga turut digunakan oleh agensi- agensi swasta atau organisasi- organisasi perniagaan. Oleh itu, teringatlah anda bahawa kita sentiasa diperhatikan dan diawasi oleh pihak-pihak tertentu.
RUJUKAN:
What is intelligence . (n.d.). Retrieved from https://www.dni.gov/index.php/what-we-do/what-is-intelligence.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih