Selalu kita dengar fitnah yang Sultan Uthmaniyah akan bunuh anak atau adik sendiri. Well, itu bukan fitnah.
Memang real. Memang betul. Memang benar.
Bukan itu je, benda ni pun bukan terjadi dekat nama-nama biasa, tetapi Sultan agung yang memakai gelaran The Magnificent atau al-Qanuni. Siapa lagi kalau bukan Sultan Suleiman I, seorang ayah yang membunuh anak-anaknya demi kestabilan kuasa.
Dalam sistem politik Uthmaniyyah, satu perkara dianggap paling berbahaya. Seorang putera yang terlalu disukai tentera dan rakyat boleh dilihat sebagai ancaman, walaupun dia belum berbuat apa-apa.
Di sinilah bermulanya tragedi Şehzade Mustafa. Anak sulung Sultan Suleiman ini terkenal dengan disiplin, kebijaksanaan, dan sokongan padu daripada Janissari.
Mustafa bukan merupakan seorang putera yang biasa. Ramai melihatnya sebagai bakal sultan yang lebih kuat, lebih tegas, dan lebih dihormati berbanding adik-beradiknya.
Namun, akibat populariti inilah yang bertukar menjadi racun politik.
Sebab apa? Kerana di istana Sultan, sokongan tentera selalu ditafsirkan sebagai niat memberontak.
Selain itu, Hürrem Sultan dan Rüstem Pasha memainkan peranan besar dalam menjatuhkan Mustafa. Laporan demi laporan sampai ke telinga Suleiman, kononnya Mustafa sedang merancang rampasan kuasa.
Sama ada laporan itu benar atau hanya fitnah istana, Sultan Suleiman akhirnya percaya. Kepercayaan dari itulah yang membawa Mustafa ke saat terakhir hidupnya.
Pada tahun 1553, Mustafa dipanggil menghadap ayahnya ketika kempen ketenteraan. Panggilan itu kelihatan seperti tanda pengampunan, malah ada yang menyangka Mustafa akan dilantik sebagai pewaris.
Namun sebaik masuk ke khemah diraja, segalanya berubah. Mustafa diserang dan dicekik dengan tali sutera oleh algojo istana.
Sultan Suleiman berada tidak jauh dari situ. Baginda tidak menghalang, tidak menghentikan, dan bahkan tidak memberi peluang pembelaan.
Akhirnya, kematian Mustafa menggemparkan seluruh empayar. Janissari menangis secara terbuka dan mula hilang kepercayaan kepada sultan yang selama ini mereka sanjungi.
Namun tragedi keluarga Suleiman tidak terhenti di situ. Seorang lagi anaknya, Şehzade Bayezid, turut menerima nasib yang tidak kurang kejam.
Bayezid ialah anak kepada Hürrem Sultan dan adik kepada Selim II. Selepas kematian Hürrem, persaingan antara Bayezid dan Selim menjadi semakin terbuka dan ganas.
Pertembungan mereka bukan sahaja konflik keluarga, bahkan juga merupakan satu ancaman besar kepada kestabilan empayar.
Bayezid akhirnya kalah dan melarikan diri ke wilayah Safavid di Iran bersama anak anaknya. Pada awalnya, Shah Tahmasp memberi perlindungan politik.
Namun, emas dan tekanan diplomatik Uthmaniyyah berbicara lebih kuat. Shah Tahmasp akhirnya penjarakan Bayezid, sebelum menyerahkannya kepada wakil Sultan Suleiman dengan bayaran sebanyak 400,000 syiling emas.
Tahun 1561 menjadi tahun di mana Bayezid dan lima orang anak lelakinya dihukum mati. Sekali lagi, hukuman cekik digunakan, simbol kematian bangsawan tanpa darah tumpah.
Dengan satu keputusan, satu cabang keturunan diraja dihapuskan sepenuhnya. Tiada belas kasihan, tiada kompromi, hanya kestabilan takhta.
Ironinya, semua pengorbanan ini tidak menjamin masa depan yang lebih baik. Selim II yang akhirnya naik takhta dikenali sebagai sultan yang lemah dan lebih suka hiburan berbanding pentadbiran.
Ada yang berpendapat, jika Mustafa hidup, sejarah Uthmaniyyah mungkin berbeza. Tetapi itulah, sejarah tidak dibina atas andaian, tetapi dibina atas keputusan manusia.
Begitulah lumrah politik.
Sultan Suleiman mungkin seorang tokoh agung dalam peta empayar dan kitab sejarah. Namun, sebagai seorang ayah, darah anak-anaknya kekal menjadi bayang gelap yang tidak pernah hilang dari legasinya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




