Apabila bercakap tentang Jepun, pasti banyak perkara hebat mengenai negara itu akan bermain di fikiran kita.

Antaranya seperti anime, bola sepak dan bermacam lagi. Malah Jepun juga dijadikan sebagai model bagi negara Asia lain untuk bersaing dengan negara barat-barat.

Namun disebalik segala kehebatan Jepun ini, adakah mereka sangat sempurna?

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Sebenarnya Jepun sama sahaja seperti negara lain kerana mereka ada sisi gelap tersendiri tetapi kita sahaja lalai.

Buktinya dalam series Japan Sinks: People Of Hope, Jepun miliki sisi gelap yang kita sendiri akan terkejut. Bahkan mungkin sisi gelap itu sama sahaja dengan negara kita.

Sebelum itu secara asasnya Japan Sinks: People Of Hope menceritakan tentang masalah alam sekitar yang melanda Jepun sehingga membuatkan hampir keseluruhan negara itu tenggelam.

Dalam series itu, kita akan melihat bagaimana Keshi Amami yang merupakan wakil kementerian alam sekitar dalam Japan Future Promotion Council berusaha menyelesaikan masalah ini biarpun dilanda pelbagai halangan.

Jadi apa sisi gelap Jepun yang wujud dalam series Japan Sinks: People Of Hope?

1. Menipu Rakyat

Adakah dalam series itu ada parti politik Jepun yang cerita tentang kereta terbang bagi menyelamatkan diri daripada tenggelam?

Jawapannya tidak kerana watak Profesor Tōru Sera telah menyembunyikan fakta sebenar bahawa wilayah Kanto akan tenggelam.

Biarpun watak Dr Yusuke Tadokoro cuba memberitahu rakyat mengenai pemendapan Kanto, malangnya dia anggap sengaja menimbulkan panik.

Semuanya terlerai apabila maklumat itu disebarkan oleh wartawan iaitu watak Minori Shiina melalui surat khabar. Hal itu membuatkan kerajaan akhirnya terpaksa mengakui bahawa wilayah Kanto akan tenggelam.

2. Masalah Birokrasi

Setelah barisan kabinet Jepun mengetahui Kanto akan tenggelam, mereka sangat lambat bertindak kerana mahu rancangan dijalankan secara berperingkat.

Malah kesemua ahli dalam Japan Future Promotion Council turut bersetuju dengan saranan kerajaan kecuali Keshi Amami.

Jadi pilihan yang dia ada hanyalah bocorkan maklumat pemendapan Kanto kepada pihak media bagi mengugut kerajaan jalankan kerja dengan cepat.

3. Kronisme

Keshi Amami merupakan satu-satu ahli dalam Japan Future Promotion Council yang bukan berasal daripada keluarga T20 dan anak-beranak bekas menteri.

Dia hanyalah anak seorang nelayan yang sangat kuat melawan pemerintah. Walau bagaimanapun keberadaanmKeshi Amami di dalam Japan Future Promotion Council adalah atas ehsan Profesor Tōru Sera.

Senang cerita dekat Jepun kalau nak dapat jawatan yang tinggi dalam kerajaan, anda perlu berasal daripada keluarga kaya, anak menteri dan baik dengan orang berjawatan tinggi.

Bezanya cuma kroni-kroni yang dilantik ini berjaya jalankan tugas mereka dengan baik.

4. Ahli Politik Populisme

Watak Eiichi Higashiyama yang berperanan sebagai perdana menteri dalam series ini sebenarnya mengamalkan pendekatan populisme.

Buktinya selepas sahaja sebahagian daripada Kanto telah tenggelam, perdana menteri telah melawat salah satu pusat pemindahan.

Di situlah perdana menteri berucap akan menjaga rakyat dan beramah-mesra dengan mereka.

Padahal Eiichi Higashiyama digambarkan sebagai perdana menteri yang lemah kerana gagal mengesan pemendapan Kanto dengan lebih awal.

Malah dia juga sangat tidak konsisten dalam membuat keputusan sehingga memberi kesan buruk kepada Jepun.

Tapi dia tutupi kelemahan itu dengan menunggang nama rakyat.

5. Perdana Menteri Boneka

Eiichi Higashiyama boleh dikata berfungsi sebagai perdana menteri boneka hanya kerana tidak mahu kehilangan sokongan ahli parlimen.

Paling teruk sekali perdana menteri boleh dikawal sesiapa sahaja. Buktinya watak Gen Satoshiro yang merupakan timbalan perdana menteri telah meletakkan Shuya Naganuma bagi mengawal tindak-tanduk Eiichi Higashiyama.

Eiichi Higashiyama juga perlu meminta kebenaran kepada Gen Satoshiro untuk buat apa-apa dasar untuk negara Jepun.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Malah ada ketika, Keshi Amami berjaya mengawal Eiichi Higashiyama agar dapat memberikan persetujuan kepada tindak-tanduk Japan Future Council bagi menghadapi pemendapan Kanto.

Tapi dia masih lagi tidak dilihat sebagai boneka kerana dipengaruhi oleh orang yang pakar dalam beberapa bidang.

Kalau kita lihat negara lain pula, perdana menteri terlihat seperti badut kerana dipergunakan oleh orang rumah.

Kesimpulannya, setiap negara di dunia ini sebenarnya sangat korup.

Senang cerita, anda korup tapi mampu jalankan kerja dengan baik? Anda akan jadi Jepun dan Korea Selatan. Anda korup dan buat kerja pun sambil lewa, maka anda akan jadi Filipina.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply