Dunia digital membuka jendela populariti kepada khalayak marhaen. Cuba fikir sejenak – macam mana Charli D’amelio dan Khabane “Khaby” Lame boleh dijulang sebagai Ratu dan Raja TikTok. Jumlah pengikut mereka jauh menandingi figura-figura popular seperti Dwayne Johnson misalnya.

Kejayaan D’amelio dan Khaby merelevankan definisi “internet celebrity”, bahawasanya marhaen yang menentukan populariti seseorang tanpa saduran pihak berkepentingan seperti media arus perdana.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Apabila status selebriti dimarhaenkan, ramai orang mendapat tempat secara lebih adil. Salah seorang adalah Hasbulla Magomedov. Umumnya kalau tengok nama keluarga mesti terfikir Khabib Magomedov. Tambah pula Hasbulla digelar “Mini Khabib”. Jadi apakah adik Hasbulla ahli keluarga Khabib?

Rambut sikat tepi yang boleh dipercayai.

Kalau tanya pada orang ramai, silap-silap ramai akan cakap “Mini Khabib” adalah budak… ataupun bayi. Sebenarnya “Mini Khabib” menghampiri usia 20-an. Tarikh lahirnya tidak diumumkan kepada khalayak ramai. Hanya tahun kelahiran sahaja yang diketahui… iaitu 2003.

“Budak Sekolah Pun Tak Takut Pada Kau.”

Pertama kali saya tahu pasal Hasbulla adalah melalui videonya bersama Abdu Rozik.

Mula ingat dua budak panas baran tengah mengαmυk. Sampai teηdaηg-meηeηdaηg pun aksi saja lebih. Kenanya tidak. Selidik punya selidik – terduduk jugalah bila tahu kedua-dua “budak” ini bukan main popular. Hasbulla menimba kemasyhurannya melalui laman sosial Instagram. Banyak benda pasal beliau dikongsi di sana.

Hasbulla (Kiri) vs Abdu Rozik

Dengan ketinggian tidak sampai 100 sentimeter, hidup Hasbulla sangat ranggi… bak kata bahasa Inggeris, “larger-than-life”. Sementara Rozik menceburi bidang lagu, Hasbulla lebih pada bidang fizikal.

Video Hasbulla dan Rozik tular sampai Dana White (Presiden UFC) dilaporkan menawar AS$15 juta untuk anjurkan perlαwαnαη gelanggang.

Tetapi Pertubuhan Atlet Kerdil sangat sensitif pasal bab-bab ini. Mereka dengan pantas mengisytiharkan sebarang aksi gelanggang antara Hasbulla dan Rozik sebagai “tidak beretika” (Ward, 2021).

Biar Badan Kecil… Janji Jiwa Besar

Hasbulla Magomedov sebenarnya petah bercakap (walaupun dengan suara bayi). Kerana mulut, Hasbulla dengan pantas menjadi ikon sukan fizikal macam UFC.

Beliau selamba mencabar Conor McGregor dan Khabib Magomedov macamlah ada peluang untuk menang. Itu yang saya cakap tadi – hidup “larger-than-life” membuka jalan ke arah kegemilangan pada mata dunia (al Madi, 2022).

Heavyweight Champion

Kira ada faktor kepelikan di sini. Sikit demi sikit. Lama-lama jadi bukit. Dan hari ini, Hasbulla mempunyai 2.1 juta pengikut di Instagram. Video-video TikTok bersubjek “Hasbulla Magomedov” mencecah 15.2 juta tontonan.

Populariti beliau sekurang-kurangnya membuka laluan untuk kita faham situasi dihadapinya. Hasbulla tidak pernah mengumumkan pasal masalah kesihatannya. Mungkin kerana pada matanya, sifat kerdil bukanlah satu masalah. Secara tidak langsung, kekerdilannya membawa rezeki luar biasa sampai orang normal pun kagum.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Yang pasti secara zahir, Hasbulla mempunyai ciri-ciri “Growth Hormone Deficiency”. Benda ini masih spekulasi maya. Tetapi kalau betul, GHD adalah gangguan semulajadi pada kelenjar otak (pituitary gland).

Kelenjar ini sepatutnya menghasilkan hormone somatotropin untuk tujuan tumbesaran. Mungkin ada sesuatu yang berlaku, melengkapkan perjalanan Hasbulla sebagai “Mini Khabib”.

Mini Khabib bersama Major Khabib

Walaupun sudah popular gila-gila, Hasbullah pernah menyatakan azam hidupnya. Beliau tidak mahu kekal masyhur. Beliau tidak mahu cabar-mencabar. Beliau hanya mahu mendalami ilmu al-Qur’an dan mungkin satu hari menjadi seorang alim ulama (Pop Buzz, n.d.).

Di sebalik tabir.

Jujurnya Hasbulla bukan jahat pun. Gelagatnya dalam video hanyalah lakonan untuk menghiburkan khalayak umum. Tetapi kalau kalian jumpa beliau, jangan berani dukung. Silap-silap kena tokak kat hidung.

RUJUKAN:

Al Madi, M. (2022, April 6). Who Is Hasbulla Magomedov? The Social Media Sensation Reveals All in First Interview. Man of Many.

Pop Buzz. (n.d.). Hasbulla Magomedov: 11 facts about “Mini Khabib” you should know.

Ward, A. (2021, Jun 1). Russia’s Dwarf Athletic Association Concerned by ‘Unethical’ Hasbulla Magomedov Fight. Lad Bible.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply