Ketika itu, Kaum Quraish, Yahudi Bani Nadhir, Arab Bani Murrah, Bani Ghatafan, Bani Assad, Bani Asyjaie dan beberapa kaum Arab lainnya bersatu di Kota Mekah.

 

Tujuannya hanya satu, memadamkan kerajaan Islam di Kota Madinah. Jumlah mereka ini mencecah 10 000 orang. Lengkap dengan persenjataan.

 

Masing masing mengharapkan habuan yang lumayan dalam pertempuran ini. Bahkan mereka sanggup melakukan apa saja demi memadamkan Islam di Kota Madinah.

 

Suasana dan bahang perang makin terasa sehingga ke Kota Madinah. Perkara ini kemudiannya dibawa oleh para ashabi dalam sebuah musyawarah di Masjid Nabawi.

 

Masing masing menyatakan pendapat tentang keadaan dan situasi serta lokasi perang. Bangkit seorang sahabat yang kita kenal namanya sehingga hari ini iaitu Sayyidina Salman Al-Farisi RAH mengusulkan agar dibuat parit (Khandak) bagi merintangi kemaraan pasukan Kafir Quraish.

 

Cadangan ini dipersetujui sebulat suara oleh para sahabat dan Rasululah SAW.

 

Penggalian parit dibuat sepanjang Jabal A’ir mengunjur ke Jabal Sala’. Sepanjang penggalian ini berjalan dengan lancar. Tiba tiba ada sebiji batu besar yang menghalangi penggalian parit Khandak.

 

Sekalian Sahabat mencuba untuk memecahkannya. Namun, gagal. Mereka akhirnya memanggil Rasulullah SAW untuk menyelesaikannya.

 

Ketika Rasulullah SAW mengangkat palu untuk memecahkan batu, dan palu yang dihentak oleh Rasulullah ke atas batu itu mengakibatkan batu itu berderai kepada tiga bahagian.

 

Setiap hentakan, Rasulullah SAW bertakbir. Ketika itu, Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa sebuah berita gembira disampaikan kepada Baginda bahawa suatu ketika nanti Umat Islam akan membebaskan Yaman, Syam dan Parsi.

 

Golongan Munafik yang mendengar berita tersebut, seperti biasa mereka menyebarkan keraguan dalam kalangan Kaum Muslimin.

 

Tidak lama selepas berita itu, berlalu masa dan era. Rasulullah SAW sudahpun wafat.

 

Beralih era Khalifah Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya berjaya menakluki Parsi dan kemuncaknya pada Era Khalifah Umar akhirnya berjaya menundukkan Empayar Rom di bawah jubah Khalifah Umar Al-Khattab.

 

Inilah dia bisyarah Sang Rasul. Dan umat Islam harus sentiasa yakin akan kemenangan yang dijanjikan oleh Baginda.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply