Pernah dengar tak pasal projek pembinaan jambatan ke angkasa? Kalau tak pernah dengar, mari saya kongsikan sejarah projek mega ini.

 

Jambatan angkasa atau ‘space elevator’ adalah sistem pengangkutan yang telah diusulkan untuk menghubungkan Bumi dengan angkasa. Ia merupakan sebuah lif untuk mengangkut barang atau kenderaan ke angkasa atau orbit Bumi tanpa mengharapkan roket.

 

Jadi, jambatan angkasa ini adalah satu alternatif yang berani untuk menggantikan roket. Saintis Rusia bernama Konstantin Tsiolkovsky adalah yang pertama mengusulkan projek membina jambatan angkasa pada tahun 1895. Idea beliau nampak macam boleh jadi tapi masalahnya jambatan angkasa ini akan roboh dengan mudah akibat tekanan di sekeliling jambatan seperti graviti Bumi dan tekanan dari angkasa sendiri.

 

 

Kalau nak buat juga jambatan angkasa ini, perkara pertama yang harus dititikberatkan ialah bahan binaannya. Bahan untuk membina jambatan ini haruslah ringan dan tiada masalah menghadapi tekanan yang kuat. Buat masa ini, bahan yang dihasilkan oleh teknologi nano seperti benang berlian dan tiub karbon boleh menjadi bahan utama untuk membina jambatan angkasa tapi bahan-bahan ini masih dalam tahap ujian lagi.

 

Perkara kedua yang perlu mereka peka ialah fenomena alam dan ancaman yang akan merosakkan jambatan angkasa seperti ribut suria, ribut di atmosfera Bumi, dan sampah sarap angkasa yang bertaburan di luar Bumi. Kalau kesemua ancaman ini diselesaikan, mungkin projek mega ini akan dilaksanakan.

 

Tahun 2012, syarikat pembinaan Jepun iaitu Obayashi Cooperation merancang untuk membina jambatan angkasa pada tahun 2050. Kalau Jepun berjaya buat, bukan saja impian Tsiolkovsky tercapai, mungkin ada harapan untuk saintis jayakan projek membina jambatan menghubungkan Bumi ke Bulan atau Marikh!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply