Ada seorang pembaca ini nak tahu bagaimana evolusi belalai gajah, adakah moyangnya dulu tidak ada belalai atau panjang juga seperti spesis gajah sekarang?

 

Untuk trivia ini saya jelaskan evolusi spesis haiwan terbesar di darat ini secara ringkas. Gajah mula berevolusi pada 60 juta tahun dulu, di mana moyangnya ialah haiwan mamalia sebesar kuda bernama Moeritherium dari Amerika Utara.

 

 

Rupa Moeritherium ni lebih kurang macam tapir tapi berkeluarga dengan kumpulan badak air. Bahagian atas mulutnya agak panjang berbanding bahagian bawah mulut. Bahagian atas mulut Moeritherium ni fungsi dia lebih kurang macam belalai gajah iaitu memegang ranting pokok untuk dimakan.

 

Selepas Moeritherium, wujud kumpulan genus moyang gajah bernama Deinotherium. Rupa haiwan yang pernah berkeliaran di Asia ini baru ada rupa spesis gajah sekarang. Belalainya makin menunjuk dan ada gadingnya tapi terletak di bahagian bawah mulut.

 

 

Lima juta tahun kemudian, barulah wujud dua kumpulan spesis gajah berbulu iaitu mammoth dan mastodon. Gajah mammoth adalah haiwan mamalia yang menguasai kawasan tundra di Artik sampailah ke Asia, manakala mastodon menguasai tengah dan utara Amerika.

 

Gajah berbulu ini telah pupus pada 4,000 tahun lalu (mastodon pupus pada 11,000 tahun lalu) akibat perubahan iklim dan pemburuan manusia yang melampau.

 

 

Sekarang, ada tiga spesis gajah menguasai dunia iaitu gajah savanna Afrika (Loxodonta africana), gajah hutan Afrika (Loxodonta cyclotis), dan gajah Asia (Elephas maximus). Tapi sayang, kesemua spesis gajah ini mengalami ancaman menuju kepupusan akibat pemburuan gading yang melampau.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply