Kesatuan Soviet betul-betul terduduk pada tahun 1924. Vladimir Lenin meninggal dunia. Negara Soviet pula macam bangkai kalau dibandingkan dengan Empayar Rusia. Keadaan ekonomi masih belum pulih selepas tewas dalam Perang Dunia Pertama. Kalangan rakyat tidak bersatu hati kerana Perang Saudara Rusia. Jadi Joseph Stalin mengambil alih dan benda pertama beliau buat: sedar diri… bahawa negara ketinggalan teruk.

Dalam satu persidangan, Stalin berkata Soviet ketinggalan jauh di belakang negara-negara maju dengan jurang antara 50 hingga 100 tahun. Jika jurang ini tidak dirapatkan, Soviet mesti akan hancur. Maka Stalin menggerakkan langkah perindustrian yang agak berkesan tetapi sangat menzalimi.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Salah satu bukti kezaliman boleh dilihat pada R504 Kolyma… sebuah lebuh raya yang juga dikenali sebagai “Doroga Kostey” (Jalan Tengkorak). Lebuh raya ini terletak nun jauh di sebelah Timur Rusia dengan panjang 2,000 kilometer. Ia jarang digunakan untuk tujuan selain pengangkutan marhaen dan ekonomi tempatan.

Pelancong cukup benci jalan ini atas faktor binaannya yang hanya menggunakan pasir dan batu kerikil – jadi masa musim salji, jalan ini beku dengan lapisan ais. Bayangkan penduduk tempatan takkan sesekali matikan enjin jika guna jalan ini – kerana takut enjin tidak boleh hidup semula.

Gambar diambil semasa memandu .

Tetapi itu bukan punca di sebalik gelarannya iaitu Doroga Kostey.

Ada Kena Mengena Dengan Gulag

Joseph Stalin berkuasa mutlak dalam politik Soviet. Beliau boleh melakukan apa sahaja. Sesiapa yang menentang mesti akan masuk dalam kem tahanan yang dipanggil Gulag. Mereka ibaratkan hamba di sisi sosial Soviet – yang boleh dikerah secara selamba tanpa mengambil kira hak buruh. Untuk membina Doroga Kostey, pihak kerajaan mengerahkan buruh-buruh Gulag. Salah seorang tahanan yang bernama Varlam Shalamov pula pandai menulis.

Varlam Shalamov

Beliau membukukan semua benda yang dialaminya. Semua terpaksa bekerja meskipun suhu turun ke paras -50°C. Tidak cukup dengan itu, buruh dikerah melombong bijih uran yang radioaktif. Makanan pun tidak cukup; apatah lagi baju kalis radiasi. Ubat belum tentu ada untuk membantu tahanan yang diserang penyakit tuberculosis.

Takdir mereka adalah kerja kerana sistem yang bertuhankan Stalin. Sepanjang 3,000 kilometer diturap iaitu daripada Magadan ke Yakutsk (Warren, 2002). Soviet menggunakan 190,000 tahanan untuk menjayakan misi pembinaan ini. Dalam jumlah ini, hanya 50,000 sahaja yang pulang ke kem tahanan.

Bermakna 125,000 tahanan tumbang dan ditinggalkan di situ, sekali gus mengabadikan nama Doroga Kostey (Guzeva, 2020) atas bayangan ratusan ribuan tengkorak dibiarkan begitu sahaja.

Mereka berehat selepas mati.

Sebab itulah pelik gila apabila ada yang mengagung-agungkan Stalin. Lagi pelik kalau orang tersebut bertempik bukan-bukan apabila disuruh menerima vaksin. 125,000 orang terpaksa mati semata-mata untuk sebuah lebuh raya yang tidak digunakan sepenuhnya. Dan bahagian Rusia itu sendiri sampai hari ini ibaratkan pekan dan kampung sahaja… menampung sebuah ekonomi perikanan dan perlombongan.

Setelah siap rangkaian-rangkaian lebuh raya yang menjadi tulang belakang infrastruktur negara, Stalin sempat duduk tersenyum selama beberapa tahun sahaja. Kerana masuk 1940-an, Kesatuan Soviet dilanggar Jerman.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Meskipun menang, kerosakan ditinggalkan Jerman boleh kata dahsyat juga. Cuma Stalin berjaya membuktikan kata-katanya. Kalau tidak betulkan keadaan, Soviet mesti hancur jika jurang teknologi tidak dirapatkan.

Jatuh saja Jerman, pihak Soviet beralih pandangan ke Jepun pula. Tetapi tiba-tiba datang Amerika Syarikat dengan dua butir bom atom yang membuatkan Stalin sedar satu benda baru: mereka masih ketinggalan jauh.

Kenapa? Soviet terpaksa berhempas-pulas menggugurkan jutaan nyawa dalam kalangan rakyat sendiri semata-mata untuk menundukkan Jerman.

Amerika Syarikat tundukkan Jepun dengan hanya dua pesawat.

RUJUKAN:

Guzeva, A. (2020, November 24). The horrors of USSR’s Road of Bones. Russia Beyond.

Warren, M. (2002, Ogos 10). ‘Road of Bones’ where slaves perished. The Telegraph.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply