Setelah Jepun menakluki Borneo, saki baki tentera Australia dan British yang tak sempat berundur dijadikan tawanan perang. Mereka dipaksa membina lapangan terbang untuk tentera Jepun di Sandakan.

Lumrah tawanan perang selalunya dilayan dengan buruk. Tapi keadaan jadi lagi parah bila tentera Jepun dapat tahu ada tawanan yang senyap-senyap guna radio untuk sampaikan intel kepada British. Tahanan tak diberikan makan dan ramai yang mati kebuluran.
British gunakan intel yang diorang dapat dengan mengebom lapangan terbang yang dibina. Pihak Jepun cuba pindahkan tahanan untuk jadi buruh ke Kota Kinabalu (masa tu dikenali sebagai Jesselton) dengan hanya berjalan kaki.
Kawat Maut Pertama di antara Januari hingga Mac 1945 bermula dengan Jepun suruh seorang ketua kampung untuk buat jalan melalui hutan dari Sandakan ke Jesselton sepanjang 192km. Tawanan-tawanan yang cuba lari atau dah tak berdaya terus dibunuh oleh Jepun. Ramai yang mati kepenatan. Tentera Jepun bersama tawanan yang masih bertahan berhenti di Ranau dan bina kem sementara. Hanya 190 orang yang tinggal daripada 470 orang keseluruhannya.
Kawat Maut Kedua, tentera Jepun memindahkan lagi 536 orang tawanan dari Sandakan ke Ranau. Betapa kejamnya Jepun ni diorang langsung tak bagi makanan mahupun ubatan kepada tawanan. Malah tentera Jepun tanpa belas kasihan akan tembak dan bantai sampai mati siapa yang terlalu lemah, terjatuh atau melarikan diri. Masa ni hanya 183 orang yang berjaya sampai ke Ranau.
Kawat Maut Terakhir, 75 orang tawanan yang masih bermaya dipilih oleh Jepun dan yang lain semua dibunuh. Tapi diorang tak bertahan lama dan larat berjalan sejauh 30km je. Semua dibunuh oleh tentera Jepun. Tentera Jepun sendiri ramai yang mati kebuluran dan ada yang jadi kanibal dengan makan mayat member sendiri untuk hidup.
Apa yang berlaku kepada tawanan di Ranau?
Kekurangan makanan dan seksaan Jepun menyebabkan hanya 38 tawanan yang masih hidup 2 bulan sebelum Jepun menyerah kalah. Semuanya dah nyawa-nyawa ikan. Pihak Jepun bunuh semua yang masih hidup kat situ hanya beberapa hari sebelum tamat perang.
Cuma tinggal 6 orang tentera Australia yang berjaya lari dan terselamat. Antaranya ialah Gunner Owner Campbell dan Bombardier Richard Braithwaite yang lari masa kawat kedua. Diorang diselamatkan penduduk tempatan dan tentera bersekutu.
Pada Julai 1945, Prebet Nelson Short, Pegawai Waran William Sticpewich, Prebet Keith Botterill dan Lance Bombardier William Moxham berjaya lari dari kem Ranau dan disembunyikan oleh penduduk tempatan sampai perang tamat.
Sticpewich, Botterill, Short dan Campbell memberikan keterangan dalam perbicaraan jenayah perang di Tokyo dan Rabaul. Hasilnya, Kapten Hoshijima, Kapten Takakuwa dan Kapten Watanabe Genzo didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai tawanan dan dihukum bunuh pada 1946.
Kekejaman Jepun semasa Perang Dunia Kedua menyebabkan mereka sampai sekarang rasa bersalah dan terkesan dengan jenayah perang yang pernah dibuat nenek moyang diorang. Banyak lagi jenayah perang Jepun yang sampai sekarang tak dimaafkan negara-negara yang pernah dijajah mereka.
Oleh: Azizul Farhan
Alang-alang sembang pasal ni, kami nak bagitau yang buku PERANG DUNIA KEDUA sekarang dah ada kat Shopee. Buku ni ada DISKAUN sekarang. Jom tengok isi kandungan di https://bit.ly/perangduniakedua

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply