Jahasrat Sdn Bhd telah berada di dalam bidang perniagaan selama lebih 20 tahun. Bidang perternakan ayam daging telah menjadikan Jahasrat Pultry Processing Sdn Bhd sebagai pembekal utama dalam industri yang diceburi mereka. Datuk Mohammad bin Yahya merupakan Pengarah urusan Jahasrat berpendapat hasil usaha dan bantuan daripada TERAJU, Jahasrat kini telah mempunyai pelbagai aset seperti enam buah lori dan sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam daging yang telah beroperasi sejak Mac 2016 di Shah Alam.
Antara cabaran cabaran yang dihadapi oleh Jahasrat ialah kos operasi yang tinggi di samping tempoh penghantaran yang pendek yang perlu dikejar mematangkan beliau dalam menguruskan perniagaan. Selain itu, Industri pertenakan ayam daging ini turut bergantung sepenuhnya pada harga kontrak. Antara cabaran lain ialah sukar mendapat benih ayam berkualiti dan susah untuk menembusi pasaran global, namun itu bukan halangan untuk Jahasrat untuk terus bersaing dalam industri pertenakan ini.
Jahasrat juga mendapat suntikan dana sebanyak RM6.6 juta daripada TERAJU melalui program Dana Mudahcara telah digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan memudahkan pemasaran produk Jahasrat. Jahasrat juga menggunakan pendekatan Direct Approach dengan pengguna melalui kiosk yang berdekatan dengan pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam. Melalui Dana Mudahcara tersebut juga secara tidak lansung telah membuka peluang pekerjaan sebanyak 165 pekerjaan untuk melancarkan operasi Jahasrat. Jahasrat juga menggunakan modal tersebut untuk mendapatkan parent stock ayam baka yang boleh menghasilkan benih anak ayam yang berkualiti tinggi.
Jahasrat juga berhasrat untuk menambah 10 buah reban ayam daging dan juga mendirikan sebuah kilang pengeluar makanan ayam sendiri di masa akan datang demi menampung permintaan pengguna yang semakin tinggi.
Datuk Mohammad juga berharap agar industri ternakan tempat dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang dinamik dan berkualiti. Mereka juga harus bijak merebut peluang seperti bantuan bantuan yang disediakan oleh TERAJU. Beliau turut sempat berpesan supaya usahawan muda perlu banyak tabah dan bersabar bila menghadapi dugaan dalam dunia perniagaan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih