Sebelum Bolshevik dan Revolusi Rusia 1917, Rusia sebelum itu diperintah oleh Tsar dengan Tsar terakhir ialah Nicholas II (1 November 1894 – 15 Mac 1917). Hari ini, masih ramai warga Rusia yang mengingati para Tsar yang pernah memerintah negara berkenaan. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai menyambut baik pembukaan semula Istana Alexander sebagai muzium pada Ogos lepas.

Istana ini pada asalnya dibina pada tahun 1796 atas titah Maharani Catherine the Great. Ia dibina sebagai hadiah kepada cucunda kesayangan baginda, Tsar Alexander I. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks istana di Tsarskoye Solo yang terletak di luar St Petersburg yang merupakan ibu negara Rusia ketika itu.

Rajah 1: Tsarskoye Solo, kompleks istana dan taman termasuk Istana Alexander yang terletak di luar St Petersburg. Sumber: Mary Gelman/New York Times.

Selepas Revolusi Rusia 1905 tercetus, cicit Alexander iaitu Nicholas II memilih memindahkan keluarga baginda ke situ. Keputusan ini dibuat bagi menjamin keselamatan mereka daripada an.ca.man golongan anarkis dan pelampau.

Bukan satu rahsia semasa tempoh ini, rusuhan kerap berlaku. Malah, nenda baginda Tsar Alexander II mangkat di St Petersburg pada 1881 selepas tiga se.ra.ngan b.o.m yang dilakukan oleh golongan anarkis. Selepas menyaksikan sendiri kecederaan parah yang dialami baginda akibat se.ra.ngan berkenaan di Istana Musim Sejuk sebelum mangkat, Nicholas II tidak mahu perkara sama berulang kepada keluarga baginda.

Rajah 2: Kemangkatan Alexander II akibat se.ra.ngan anarkis pada 1881 menjadi pendorong utama keputusan Nicholas II memindahkan keluarganya ke Istana Alexander pada 1905.

Apabila Revolusi Rusia 1917 tercetus, baginda memilih untuk bersatu semula dengan keluarganya di Istana Alexander daripada memimpin pasukan ten.te.ra menghadapi revolusi yang berlaku.  Bagi sesetengah pakar, ada yang menganggapnya sebagai terlalu mementingkan diri. Tetapi bagi pendukung Gereja Ortodoks Rusia, kesediaan baginda menerima takdir di hadapannya merupakan tanda kerendahan dirinya.

Seluruh keluarga Romanov kemudiannya dibawa ke Yekaterinburg pada April 1918 sebelum dibu.n.uh di Rumah Ipatiev pada 17 Julai 1918. Disebabkan insiden ini, pihak gereja mengelaskan keluarga Romanov termasuk Nicholas II sebagai pemegang panji semangat. Ia merupakan gelaran lain kepada penganut gereja yang berdepan penderitaan dan kema.ti.an dengan kepatuhan terhadap agama yang tinggi.

Selepas Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII), kebanyakan istana di Tsarskoye Solo termasuk Istana Alexander tidak mempunyai tingkap dan bumbung. Menurut pengarah muzium Tsarskoye Solo, Olga Taratynova, pada ketika itu, rakyat merasakan ia perlu dibaiki dan dibina semula seperti sebelumnya. Kesatuan Soviet yang dianggap berlawanan dengan Tsar memilih melakukannya atas sebab politik.

Rajah 3: Replika ruang pejabat peribadi yang pernah digunakan Nicholas II di Istana Alexander. Sumber: Mary Gelman/New York Times.

Setelah itu, ia kemudiannya menjadi destinasi pelancongan penting dan menjadi simbol sejarah Rusia. Tetapi usaha itu tidak terhenti di situ saja. Pada 2011, kerajaan Rusia meluluskan usaha membina semula suite peribadi milik Nicholas II dengan perbelanjaan sebanyak AS$28 juta. AS$12 juta daripadanya disumbang oleh muzium dan sumbangan derma jutawan.

Usaha membina semula Istana Alexander dan ruang dalamannya bukan sesuatu yang mudah seperti diakui salah seorang arkitek utama projek Maria Ryadova, 40. Ini kerana mereka perlu bergantung kepada ribuan imej dan gambar lama, sesetengah daripadanya terlalu kabur untuk dijadikan panduan. Selain itu, mereka perlu meninjau kawasan sekitar bagi mencari artifak yang diharap dapat melengkapkan imej istana berkenaan.

Selepas lebih sedekad, kini usaha mereka menyaksikan Istana Alexander menjadi tumpuan pengunjung. Bagi sesetengah pakar, pembukaan semula istana yang dibina atas arahan Catherine the Great itu sebagai simbol perdamaian Rusia dengan sistem diraja mereka.

RUJUKAN

Nechepurenko, I. (2021, 27 Oktober). Russia reopens the last czar’s palace as museum, a century after his ex.ec.ution. New York Times.

Sumber gambar: Mary Gelman/New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.