Kalau bercakap tentang kisah cinta agung, Shah Jahan yang bina Taj Mahal buat isterinya kan?

 

Tapi korang ada satu istana di Kedah yang boleh disamakan seperti Taj Mahal kerana pemiliknya membina istana tersebut buat isteri yang tercinta.

 

Istana ni dinamakan Istana Sepachendera sempena nama isteri Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isterinya iaitu Che Sepachendera.

 

Istana Sepachendera terletak di Jalan Kampung Baru, Alor Setar, Kedah. Namun istana ini terbiar sejak tahun 2000.

 

Istana ini telah dibina oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-26 untuk Che Sepachendera, isteri pertama sultan pada tahun 1882.

 

Meskipun istana utama pada waktu itu ialah Istana Kota Setar (sekarang Muzium Diraja Kedah), Che Sepachendera menetap di istana yang telah dibina buatnya ini sehingga meninggal dunia pada 1907.

 

Apa yang menarik dengan istana ni ialah binaannya yang menggunakan putih telur dan madu lebah diambil dari Siam di bahagian dinding dan bumbung untuk menguatkan struktur bangunan itu daripada ditelan zaman.

 

Kedua-dua bahan itu berperanan sebagai gam melekatkan dan menguatkan struktur antara simen dan batu di bangunan terbabit.

 

Istana ni mempunyai campuran reka bentuk dari Siam dan Melayu kerana Che Sepachendera ini asalnya orang Siam.

 

Istana ni pernah sekolah Inggeris perempuan pertama yang dinamakan Sekolah Perempuan Kampung Baru. Istana ini berubah menjadi Cawangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, kemudiannya Pejabat BOMBA dan Sekolah Bahasa Jepun pada 1942 dan 1943.

 

Fungsi istana ini berubah secara sepenuhnya pada tahun 2000 apabila ia dijadikan kediaman pelajar lelaki Kolej Lelaki Insaniah (KUIN). Tapi kini ia tidak berpenghuni dan terbiar tanpa sebarang jagaan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih banyak lagi fakta menarik tentang budaya dan sejarah orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply