Di pawagam sekarang ditayangkan sebuah karya yang menampilkkan sebuah Hadis yang menceritakan kedudukan Ipar yang menjadi “orang tengah” atau orang ketiga dalam hubungan suami isteri. Namun, jauh sebelum filem itu ditayangkan, sebenarnya kesedaran masyarakat kita masih rendah bahkan tidak mengambil endah akan pergaulan dan batas keluarga dan bahkan ada yang tidak tahu siapa ajnabi mereka siapa yang boleh mereka bersalam dan sebagainya.
Sebagai umat Islam, kita sewajarnya mengharuskan diri kita untuk menuntut Ilmu Fardu Ain untuk mengelakkan perkara seperti sumbang mahram berlaku dalam keluarga. Islam telah menggariskan garis panduan yang jelas pergaulan antara keluarga bahkan Islam menyarankan agar diasingkan tempat tidur adik beradik lelaki dan perempuan.
Tidak sekadar itu, Islam bahkan menjaga aib sesama keluarga bila waktu yang mereka boleh masuk dan tatacara masuk ke bilik adik beradik berlainan jantina dan bilik ibu bapa. Perkara ini dicatatkan dalam Al-Quran :
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِيْنَ مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ وَالَّذِيْنَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلٰثَ مَرّٰتٍۗ مِنْ قَبْلِ صَلٰوةِ الْفَجْرِ وَحِيْنَ تَضَعُوْنَ ثِيَابَكُمْ مِّنَ الظَّهِيْرَةِ وَمِنْۢ بَعْدِ صَلٰوةِ الْعِشَاۤءِۗ ثَلٰثُ عَوْرٰتٍ لَّكُمْۗ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌۢ بَعْدَهُنَّۗ طَوَّافُوْنَ عَلَيْكُمْ بَعْضُكُمْ عَلٰى بَعْضٍۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمُ الْاٰيٰتِۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba sahaya (laki-laki dan perempuan) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum balig (dewasa) di antara kamu, meminta izin kepada kamu pada tiga kali (kesempatan) yaitu, sebelum salat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari, dan setelah salat Isya. (Itulah) tiga aurat (waktu) bagi kamu. Tidak ada dosa bagimu dan tidak (pula) bagi mereka selain dari (tiga waktu) itu; mereka keluar masuk melayani kamu, sebagian kamu atas sebagian yang lain. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat itu kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana. (Surah An-Nur : 58)
Dalam ayat di atas menggariskan beberapa waktu untuk masuk ke bilik. Ada tiga waktu iaitu, Sebelum Subuh, Sebelum Zohor dan Selepas Isyak. Tiga waktu ini, mana mana ahli keluarga perlu meminta izin antara satu sama lain untuk masuk ke dalam bilik.
Inilah asas dalam Agama Islam, telah digariskan batas pergaulan bagi menjaga nasab dan keturunan yang turut dituntut dalam Islam juga terkandung dalam Maqasid Syariah (Hifz Nasb). Semoga filem Ipar adalah Maut ini membuka mata masyarakat kita untuk menggambarkan peri pentingnya menjaga pergaulan antara keluarga.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih