Peradaban Tamadun Islam pernah terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu yang melahirkan ramai cendekiawan berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. Bahkan tokoh-tokoh Islam tersebut pernah menulis karya-karya yang mahsyur bagi dijadikan rujukan umat akan datang malah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di dunia. Kebanyakan teknologi yang dapat kita saksikan pada era ini pula merupakan inovasi dan sumbangan daripada tokoh-tokoh Ilmuan Islam terdahulu sebelum Barat muncul, mendakwa merekalah bangsa terhebat dunia yang mampu menghasilkan teknologi canggih. Berikut adalah inovasi-inovasi yang datangnya daripada tokoh-tokoh Islam terdahulu.

Kopi

Kisahnya bermula apabila seorang lelaki Arab bernama Khalid sedang menjaga kambingnya di Rantau Kaffa di Selatan Ethiopia, di mana dia melihat kambingnya menjadi lebih segar selepas makan sejenis buah. Dia merebus buah itu untuk dijadikan air minuman. Sudah tentu catatan pertama minuman itu adalah kacang yang dieksport dari Ethiopia ke Yaman di mana ahli Sufi meminumnya untuk berjaga sepanjang malam bagi tujuan beribadat. Menjelang akhir abad ke-15, benda itu tiba di Mekah dan Turki pada tahun 1645. Kemudian dibawa ke England pada tahun 1650 oleh seorang Turki bernama Pasqua Rosee yang membuka rumah kopi pertama di Lombarf Street di Kota London dan dikenali sebagai Kopi Inggeris.

Jam

Seorang lelaki cerdik bernama Al-Jazari dari Diyarbakir di Selatan Turki ialah seorang Muslim yang taat agama dan seorang jurutera yang mahir dalam bidang mesin automatik. Menjelang tahun 1206, Al-Jazari telah membuat pelbagai bentuk jam. Sepertimana kita memerlukan masa untuk menstrukturkan kehidupan kita, begitu juga umat Islam lebih dari tujuh ratus tahun yang lalu. Al-Jazari berpegang kepada tradisi pembuatan jam. Mereka tahu, amat penting untuk mengetahui masa maka jam dicipta untuk mengetahui waktu solat dan urusan kehidupan seharian.

Kamera

Ibnu al-Haitham menolak idea Yunani bahawa cahaya halimunan memancar dari mata dan menghasilkan penglihatan. Sebaliknya menyatakan dengan tepat bahawa penglihatan itu disebabkan oleh cahaya yang memantulkan objek dan memasuki mata. Dengan menggunakan bilik gelap dengan lubang jarum di titik tengah dan lembaran kain putih di bahagian yang bertentangan dengannya, beliau dapat memberikan bukti untuk teorinya. Cahaya datang melalui lubang dan memantulkan imej terbalik di luar bilik pada lembaran kain putih itu. Beliau memanggilnya “qamara”. Itu adalah kamera pertama di dunia obscura.

Kebersihan

Kebersihan merupakan satu daripada rukun Islam. Pada abad ke-10, produk yang terdapat dalam kabinet bilik mandi boleh menandingi produk yang kita ada pada hari ini. Pada abad ke-13, jurutera bernama Al-Jazari menulis sebuah buku yang menerangkan tentang peranti mekanikal, termasuk ‘mesin wuduk’.

Orang Islam juga telah membuat sabun dengan mencampurkan minyak zaitun dengan bahan seperti garam. Selepas itu direbus untuk mencapai campuran yang betul, dibiarkan mengeras dan digunakan dalam bilik mandi.

Sebuah buku bertajuk “Book of The Chemistry of Perfume and Distillations” telah ditulis oleh Al-Kindi. Beliau terkenal sebagai ahli falsasah, tetapi juga ahli farmasi, ahli opthalmologi, ahli fizik, ahli matematik, ahli geografi, ahli astronomi dan ahli kimia. Buku beliau mengandungi lebih daripada 100 resepi untuk minyak wangi, ubat salap dan cecair aroma. Pada abad terdahulu, pembuatan perfume mungkin datang daripada ahli kimia Islam menerusi kaedah penyulingan. Iaitu menyulingkan tumbuh-tumbuhan dan bunga untuk membuat minyak wangi dan bahan-bahan untuk farmasi terapeutik.

Mesin Terbang

Abbas Ibn Firnas ialah orang pertama yang membuat percubaan untuk mengendalikan mesin terbang dan sebenarnya berjaya menerbangkannya. Pada tahun 852, beliau melompat dari menara sebuah masjid di Kordova dengan menggunakan jubah yang longgar yang ditekuk dengan kayu. Beliau berharap untuk meluncur seperti burung tetapi tidak berjaya dan jatuh. Namun jubahnya memperlahankannya dan hanya mendapat kecederaan ringan. Pada tahun 875, semasa berusia 70 tahun, beliau menyempurnakan sebuah mesin yang mempunyai sayap seperti burung. Beliau melompat dari gunung dan berjaya terbang selama 10 minit sebelum jatuh semula. Lapangan terbang di Baghdad telah dinamakan bersempena dengan namanya.

Alat pembedahan

Pada abad ke-10, Abul Qasim Khalaf ibn al-Abbad al-Zahrawi merupakan seorang lelaki yang terkenal di Barat dengan gelaran Abulcasis sebagai pakar bedah. Beliau menulis sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk Al-Tadrif termasuk risalah ‘Pembedahan’. Di dalamnya terkandung lebih daripada 200 alat pembedahan yang digunakan. Penggunaan kaedah alat pembedahan adalah konsep revolusi dan itu membolehkan sains berubah daripada spekulatif kepada bentuk eksperimen. Malah itu merupakan risalah pertama dalam sejarah perubatan Islam yang digunakan untuk menggambarkan penggunaan kaedah pembedahan. Malah, kaedah beliau begitu tepat sehingga hanya terdapat beberapa perubahan sahaja pada era millennium sehingga menjadi asas pembedahan di Eropah.

Peta

Peta telah membantu ramai manusia selama lebih kurang 3,500 tahun.Pengenalan terhadap kertas pula merupakan satu anjakan yang besar dalam seni membuat peta. Pada era moden, teknologi seperti sistem satelit digunakan untuk mengukur dan merakam posisi di bumi. Tetapi, berkisarkan kepada sejarah, peta dibuat berdasarkan laluan pengembara dan kedudukan kaabah. Pengembara-pengembara meninggalkan rumah untuk urusan perdagangan atau urusan penyebaran dakwah. Dan sepanjang perjalanan mereka mengumpul maklumat mengenai tempat baharu dan apabila mereka pulang, mereka akan menyampaikan apa yang telah mereka lihat dan alami kepada penduduk sekitar. Pada permulaannya, maklumat tersebut hanya disampainya melalui mulut ke mulut, tetapi dengan pengenalan kertas di Baghdad pada abad ke-8, peta pengembara mula dihasilkan.

Muzik

Al-Kindi merupakan seorang seniman yang menghasilkan muzik melalui nota muzikal: sebuah sistem untuk menulis muzik. Suku kata tersebut menjadi asas kepada penggunaan muzik hari ini dan kita mengenalinya dengan doh, ray, me, far, so, la, tee. Huruf Arab bagi nota tersebut ialah dal, ra, mim, fa, sad, lam, sin. Fonetik di antara nota muzik hari ini dengan fonetik huruf Arab yang digunakan pada abad ke-9 sangat menakjubkan ramai pendengar. Lebih dari itu, orang Muslim juga berjaya mengembangkan alat muzik pada zaman itu.

Algebra

Perkataan ‘algebra’ datang daripada risalah seorang ahli matematik Parsi yang terkenal pada abad ke-9, bertajuk ‘Kitab al-Jabr Wa I-Mugabala’ yang diterjemahkan menjadi ‘The Book of Reasoning and Balancing”. Al-Khawarizmi memperkenalkan pengenalan kepada algebra. Hakikatnya, itu adalah satu revolusi yang mengalihkan konsep matematik Greek, yang secara asasnya berasaskan kepada geometri. Khawarizmi juga merupakan orang pertama yang memperkenalkan konsep menaikkan angka kepada kuasa.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Leave A Reply