Pada ketika ekspedisi penaklukan Rom di Baitul Maqdis, pasukan Islam telah bertembung dengan pasukan Rom yang menghadang kemaraan pasukan Islam. Menurut Bidayah Wa An-Nihaya, pemimpin Rom tersebut bernama Arthabun. Arthabun dikatakan seorang yang sangat licik dan mampu menewaskan musuhnya dengan mudah.
Khalifah Umar berpendapat untuk menewaskan Artabun ini juga memerlukan seorang yang licik dan mahir dalam ilmu politik ini. Maka, dipilihlah seorang panglima yang akan memimpin bala tentera Islam untuk menghadapi kemaraan pasukan Rom ini. Amru Al-As telah dipilih sebagai panglima yang akan memimpin pasukan ini.
Maka, bertembunglah kedua pasukan ini d Ajnadayn, Selatan Baitul Maqdis. Artabun telah pun mengagak bahawa Amru Al-As akan mampir kepadanya untuk berunding seperti panglima Islam sebelumnya. Jadi, Artabun merangka satu plot pembunuhan Amr al-As ketika rundingan di buat di tendanya.
Ketika Amru Al-As datang ke tenda Artabun, Amr Al-As dapat merasakan dirinya dalam keadaan bahaya. Amru Al-As kemudiannya memainkan helahnya, “Aku harus pulang segera bersama pasukan bantuan yang dikirim Khalifah Umar di luar tenda ini.”
Artabun terkejut, disangkanya Amru Al-As rupanya bantuan Umar yang berjumpa dengannya. Seraya itu, Amru Al-As kemudiannya pulang ke perkhemahan Tentera Islam dan menyerbu pasukan Rom. Artabun sekali lagi terkejut dan mendapati dirinya telah ditipu hidup hidup oleh Amru Al-As.
Khalifah Umar Al-Khattab mendapat khabar tentang ini seraya berkata kepada penduduk Madinah “Inilah Artabunnya Bangsa Arab!”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.