Ya, ini adalah tahi yang bukan sebarang tahi. Ini adalah koprolit – tahi dinosaur yang menjadi fosil. Semasa zaman Revolusi Industri Pertama di United Kingdom, ada lah seorang saintis ni mengemukakan teori bahawa untuk suburkan tanah, kita kena masukkan mineral fosfat ke dalam tanah. Masalahnya, mineral ni susah nak larut dalam air, sampailah ada seorang hartawan bernama John Bennet Lawes ni cuba buat eksperimen apa cara paling bagus untuk larutkan mineral fosfat ni ke dalam air.

Hasilnya, Lawes terjumpa satu sisa mineral ni yang senang nak larut ke dalam air jadi baja. Berbanding mineral fosfat yang kita dapat daripada batu mineral, sumber fosfat ni Lawes ambil dengan ekstrak tahi dinosaur yang dia jumpa. Melalui ni, dia berjaya cipta larutan fosfat menjadi baja cecair. Lawes kemudiannya menubuhkan kilang baja korprolit dan industri kilang koprolit ni punyalah berbaloi, tukang pekerja kutip tahi ni je gaji dia lagi besar berbanding pekerja dalam sektor agrikultur yang lain.

Semenjak kita dah ada teknologi baja sintetik, maka kita dah tak buat dah industri baja koprolit ni, tapi koprolit ni masih tetap menjadi tahi yang berharga sebab saintis boleh buat kajian tentang kehidupan dinosaur di zaman dahulu.

Tapi tu lah, dekat Malaysia ni pun senang je nak jumpa tahi emas ni. Contoh korang pergi tandas awam, mesti akan terjumpa emas terapung dalam jamban tak flush.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply