Ini yang berlaku pada arkeologis di persisiran Peru. Pada mulanya, diorang ingat itu Cuma ketulan batu batu besar. Tapi makin lama tengok, makin diorang rasa pelik dengan batu tu. Jadi diorang pun mula la kikis batu batu, sekali tengok rupanya tulang paus purba.

 

Antara tulang yang diorang jumpa ialah tulang belakang paus tersebut, dan saiz dia saja dah paras peha arkeologis tu. Berat satu tulang belakang dah bersamaan 100 kg. Panjang satu tulang rusuk paus tu dah cecah 1.4 meter, pendek sedikit berbanding ketinggian purata perempuan di Malaysia. Bila diorang susun balik dan bandingkan dengan fosil dan juga anatomi paus yang lain, diorang dapati paus purba ni saiz dia sangat besar.

Diorang tak rasa paus ni panjang, tapi dengan bentuk dan berat tulang tu, diorang simpulkan paus ni mungkin berat dia boleh cecah 340 tan. Sebagai perbandingan, paus biru, paus terbesar yang ada sekarang paling berat pun dalam 190 tan. Bila dibuat pentarikhan, paus purba ni mungkin hidup dalam 39 juta tahun dahulu, dan spesisnya dikenali sebagai Perucetus colossus.

Disebabkan tulang dia yang sangat padat, pihak saintis berpendapat paus purba ni mungkin lagi mirip binatang seperti badak atau lembu laut. Paus ni berat sebab nak kasi dia tenggelam dalam air, sama macam badak air dan lembu laut. Mungkin sebab makanan paus ni dekat dasar laut macam rumpai laut atau bangkai haiwan.

Tapi kajian ni berhenti setakat tu je sebab fosil tak cukup. Apa yang diorang tahu, paus ni memang besar dan berat, dan paus ni mungkin antara fosil peralihan di antara haiwan yang baru nak jadi paus kepada paus sebenar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply