Kena tahu selepas wabak Black Death yang melanda Eropah, sistem feudal semakin lumpuh di Eropah, dan orang mula hilang percaya kepada Paderi dan Institut Keagamaan Kristian di Eropah. Ini ialah impak yang sangat besar. Orang terlepas pandang mengenai era pasca-wabak apabila bercakap pasal Black Death. Impak dan revolusi yang tercetus itu, maha dasyat.
Kenapa sistem feudal mula lumpuh selepas Black Death? Sebab tenaga kerja banyak mati, bukan lagi lebihan dan tanah-tanah tak dapat dikerjakan apabila kurang tenaga kerja. Mana tak kurang bila 2/3 populasi Eropah mati dibantai wabak. Lebih 200 juta orang mati kot. Dan permintaan waktu itu sangatlah tinggi, dan kurang tenaga kerja. Jadi, apa petani-petani waktu tu buat?
Diaorang mintak bayaran tinggi! Diaorang mintak para-para lord pemilik tanah ini beri mereka layanan setimpal, atau tak mereka akan mogok! Takde dah mereka dikerah laksana hamba kerjakan tanah-tanah para lord ini. Diaorang tahu, tanpa diaorang para lord ni tak akan dapat usahakan tanah mereka. Jadi, mereka ada leverage mintak bayaran tinggi.
Angin perubahan sedang bertiup di seluruh Eropah. Dalam masa yang sama, orang mula gali balik manuskrip-manuskrip silam Yunani, yang dijaga oleh umat Islam. Yelah, masa Black Death dulu gereja tak membantu langsung. Ada yang tutup pintu kepada marhaen yang dulunya setia kepada mereka. Mereka perlukan bantuan, tapi kalau paderi dan sister sendiri dijangkiti, mereka pun tak menang tangan.
Pope, paderi-paderi pulak dok ajar benda mengarut cara nak rawat diri daripada penyakit. Antaranya ialah duduk dekat dengan apilah sampai ada satu Pope ni nama dia Clement VI pergi bubuh kayu api keliling dia semata-mata nak bunuh penyakit. Ini puncanya rasa percaya orang Eropah pada agama kembali susut.
Bagi mereka, agama dan orang-orang agama tidak mampu membantu mereka ketika wabak. Mereka pula berpaling kepada sains. Ini ialah permulaan kepada Renaissance, yang selepas itu akan diikuti oleh era seperti Reformation dan Enlightenment yang akhirnya membuatkan Eropah Barat hari ini menjadi sekular dan ateis.
Ramai tak tahu betapa besarnya impak wabak kepada perubahan tatanan dunia. Dan orang-orang agama, teutama agama Islam harus berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka, takut apa yang berlaku pada Eropah, akan berlaku kepada kita pula.
Anda hanya sedang membaca sebahagian kecil sahaja daripada impak Black Death kepada sejarah. Nak tahu lebih mendalam, sebab tu anda kena beli buku kami, THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA. Dalam ni ada bercerita pelbagai wabak dalam sejarah. Ada diskaun (RM33 jadi RM22.99). Beli di: https://bit.ly/ThePlagueWebstore

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply