Kita sangka ikan lumba-lumba hanya wujud di kawasan lautan sahaja. Tetapi tidak ramai tahu, ada sesetengah ikan lumba-lumba yang hidup di beberapa batang sungai di seluruh dunia. Berikut beberapa ikan lumba-lumba yang hidup di sungai dinyatakan.

  • Ikan lumba-lumba Amazon

Dikenali juga sebagai ikan lumba-lumba boto atau ikan lumba-lumba sungai merah jambu, ikan ini banyak dikesan bukan saja di Lembangan Amazon. Malah, ia turut dikesan di Lembangan Orinoco merentasi Colombia dan Venezuela. Ikan ini dikenali kerana mempunyai hidung yang panjang dan berwarna merah jambu pudar. Bagaimanapun, ikan lumba-lumba boto berdepan ancaman kepupusan akibat pembangunan atau dijadikan sebagai umpan untuk ikan keli.

  • Ikan lumba-lumba Bolivia

Seperti ikan lumba-lumba boto, ikan ini hidup di Lembangan Amazon tetapi di dalam lingkungan Bolivia. Disebabkan ia terpisah akibat jeram dan air terjun, ini menyebabkan kedua-dua ikan ini tidak boleh bercampur dan membiak. Ini menyebabkan kewujudan dua spesies ikan lumba-lumba Amazon yang unik. Ia mempunyai bentuk badan yang anjal dengan warna berbeza dari kelabu pudar hingga merah jambu sepenuhnya.

Ikan lumba-lumba Bolivia turut diancam kepupusan akibat projek pembangunan seperti empangan, terperangkap dalam jaring nelayan atau mati akibat terdedah kepada pencemaran merkuri dari kawasan lombong.

  • Ikan lumba-lumba Tucuxi

Spesies ikan lumba-lumba yang lebih kecil berbanding ikan lumba-lumba boto dan ikan lumba-lumba Bolivia. Ia bukan saja hidup di Lembangan Amazon dan Orinoco tetapi di kawasan muara dan teluk sepanjang pesisir pantai dari Brazil hinggalah Nicaragua. Ikan lumba-lumba Tucuxi juga suka bergerak secara berkumpulan dan melompat keluar dari air. Ikan ini turut berdepan ancaman kepupusan akibat pembinaan empangan dan kekurangan ikan migrasi yang merupakan sumber makanannya.

  • Ikan lumba-lumba Ganges

Turut dikenali sebagai susu berikutan bunyi yang dihasilkannya bila ia timbul, ikan ini pada dasarnya buta dan bergantung kepada cahaya untuk bergerak. Ia menghuni sebahagian sistem sungai Ganges, Meghna dan Brahmaputra di India, Nepal dan Bangladesh. Disebabkan ia hidup di kawasan sungai yang padat dengan aktiviti manusia, kegiatan seperti perindustrian, pembinaan empangan dan aktiviti penangkapan ikan melampau menyebabkan ikan ini berada di ambang kepupusan.

  • Ikan lumba-lumba Indus

Turut dikenali sebagai Bhulan, ikan ini hidup di bahagian bawah Sungai Indus di Pakistan atau Sungai Beas, India. Ia menggunakan teknik gema lokasi untuk mencari arah, berkomunikasi dan memburu mangsa di kawasan sungai berlumpur. Tetapi pembinaan empangan sekitar tahun 1930-an bukan saja menjejaskan habitatnya tetapi turut menyumbang kepada kemerosotan bilangannya. Ikan lumba-lumba Indus juga kadang-kadang mati akibat tersangkut dalam jaring nelayan.

  • Ikan lumba-lumba Irrawady

Ikan lumba-lumba Irrawady boleh ditemui di tiga batang sungai di Asia Tenggara iaitu Sungai Mekong, Sungai Irrawady dan Sungai Mahakam. Mempunyai bentuk bahagian hadapan kepala yang besar dan muncung kecil, ikan berwarna kelabu ini hanya menampakkan kepala dan belakang bila ia naik ke permukaan untuk bernafas. Tidak seperti ikan lumba-lumba lain, ia diancam kepupusan akibat aktiviti penangkapan ikan melampau.

  • Ikan lumba-lumba Yangtze

Ikan ini dikatakan mempunyai tahap kepintaran sama seperti gorila dan mempunyai senyuman yang nakal. Ia juga pernah berkongsi habitat sama dengan ikan lumba-lumba Baiji tetapi ikan itu diisytiharkan pupus pada 2006. Ikan ini berdepan pelbagai ancaman kepupusan seperti penangkapan haram, aktiviti perlombongan pasir dan masalah pencemaran. Ikan ini diisytiharkan sebagai spesies terlindung oleh kerajaan China pada 2014.

RUJUKAN

Henry, A. Freshwater dolphin species and facts. World Wildlife Organization.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply