Semasa Zaman Pertengahan, Yahudi bertebaran di serata Eropah dan Timur Tengah.
Memasuki kurun ke-16, muncul satu bandar yang secara tiba-tiba menghimpunkan ramai umat Yahudi, sampaikan pada satu ketika ia digelari ‘Jerusalem di Balkan’.
Dimanakah bandar itu?
Bandar yang dimaksudkan ni ialah Salonika (kini Thessaloniki). Terletak di timur laut Greece, dan merupakan bandar pelabuhan yang bernaung di bawah kekuasaan Uthmaniyah.
Dianggarkan pada kurun ke-14, jumlah umat Yahudi di Eropah mencecah 2.5 juta orang.
Satu pertiga daripadanya mendiami selatan Perancis dan Sepanyol.
Angka ni menyusut drastik berikutan Wabak Hitam. Yahudi dianggap sebagai pembawa wabak dan diburu hidup-hidup.
Memang teruk Yahudi dibantai pada masa itu, seluruh umat Yahudi di Cologne (Jerman) hingga Austria habis dibunuh dalam masa setahun.
Sekurun kemudian iaitu sewaktu pemerintahan Ferdinand dan Isabella, Yahudi diusir keluar dari Sepanyol.
Negara-negara Eropah lain taknak ambik tahu dengan Yahudi. Sehinggalah 1481, Beyazid III gesa pelarian-pelarian Yahudi ini dibawa masuk. Kebanyakan mereka ditempatkan di Salonika.
Pelarian Yahudi dari Eropah timur dan tengah juga menuju ke situ, sehingga ia digelar ‘Jerusalem di Balkan’.
Populasi Yahudi di sana adalah antara teramai di dunia, iaitu lebih 80,000 orang pada kurun ke-20.
Selepas Jerman menduduki Salonika ketika Perang Dunia Kedua, seluruh pimpinan Yahudi di Salonika ditangkap. Orang-orang Yahudi dikerah sebagai buruh dan dipindahkan ke kem tahanan untuk dibunuh.
Selepas perang, hanya 1,000 orang Yahudi sahaja berbaki di Salonika. Ramai diantara mereka yang melarikan diri ke Palestin dan Itali bagi menyertai pasukan gerila.
Mandat Palestin yang dibuat Britain menyelamatkan orang-orang Yahudi sehingga tertubuhnya sebuah negara haram “Israīl.”
Oleh: Azizul Farhan
___
Ada sebab kenapa Eropah tak suka Yahudi? Kalau korang nak tahu, korang bacalah KITAB TAMADUN EROPAH untuk faham jawapannya. Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah atau https://thepatriots.store/kte/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply