Ibn Battuta atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad ibn Battuta. Beliau dilahirkan pada tahun 1304 di Tangier, Morocco. Semenjak kecil, Ibn Battuta merupakan seorang yang sentiasa bertanya, dan perasaan ingin tahu berkenaan apa yang berlaku pada dunia luar semenjak beliau kecil lagi. Pada peringkat awal, beliau telah mempelajari ilmu agama dari keluarganya dan madrasah.

Menjelang usia 21, beliau memulakan langkah pertamanya dari Tangier iaitu menuju ke Makkah bagi menunaikan Haji. Langkah ke Makkah ini merupakan langkah pertamanya bagi menuju ke pengembaraannya kelak.

Sepanjang perjalanannya untuk menunaikan Haji, perjalanannya sebermula dari titik Tangier sehingga Mekah ditandai dengan beberapa tempat yang signifikan baginya di benua Afrika iaitu Afrika Utara, Mesir, Syria dan Lubnan.

Kemudiannya, setibanya di Mekah beliau telah merancang bagi mengikut para pedagang yang datang dari kawasan Khurasan bagi mengikuti mereka. Ibn Batutta melalui Khurasan dan melawat beberapa kota di sana dan salah satunya Baghdad.

Ibn Battuta menyatakan bahawa kota Baghdad bukanlah seperti pada era kegemilangannya terdahulu. Hanya cebisan dan tinggalan puing puing keagungan kota ini sahaja yang tinggal. Usai dari pengembaraannya di Khurasan, Ibn Battuta membuat keputusan untuk kembali semula ke Mekah.

Dari Mekah, beliau menyambung kembali pengembaraannya ke India. Dalam perjalanannya ke India, beliau melalui pelbagai negara lagi antaranya Kerajaan Seljuk yang menguasai Anatolia pada waktu itu.

Beliau kemudiannya melanjutkan perjalanan bersama kafilah yang disertainya ini walaupun menyimpang jauh dari laluan asalnya iaitu India. Kafilah ini kemudiannya terus berjalan sehingga ke Konstantinopel. Beliau kemudiannya memerhatikan pula keadaan dan tamadun yang ada di sana.

Usai pengembaraannya di Konstantinopel, Ibn Battuta mengambil sebuah kapal dan melayari Laut Hitam dan tiba di Anatolia semula dan melalui laluan sutera semula untuk ke India.

Ibn Battuta kemudiannya menjawat sebagai Qadhi di Kesultanan Delhi dan kemudiannya beliau bertugas di sana.

Tidak lama selepas itu, beliau telah diutus oleh Sultan Delhi pada waktu itu ke China bagi menjadi wakil kerajaan Delhi ke China. Ibn Battuta kemudiannya berlayar dari India ke China membawa hasrat Sultan Delhi.

Namun, hasrat ini tidak tercapai kerana kapalnya ditimpa badai. Ibn Battuta kemudiannya berhenti di Kepulauan Maldives dan kemudiannya beliau melalui Samudra Pasai dan akhirnya beliau mendarat di Guangzhou, China.

Ibn Battuta kemudiannya berhasrat untuk pulang ke tanah airnya. Ibn Battuta kemudiannya mengambil keputusan menunaikan Umrah. Maka, pulanglah Ibn Battuta dari China berlayar meninggalkan kenangannya di China dan India dan menunaikan Haji di Mekah.

Usai pelayarannya ke Mekah, beliau telah meminta untuk melawat beberapa negara di benua Aftika iaitu Mogadishu, Mombasa dan Kilwa di Kenya. Kemudiannya, beliau menyambung kembali pelayarannya ke Iskandariyya, Mesir dan beliau sebelum tiba di Tangier, beliau telah meminta untuk melawat Mali dan beberapa kota di sana seperti Timbuktu.

Dan perjalanannya yang terakhir ialah beliau ke benua Eropah iaitu Granada. Di sini merupakan pengembaraannya yang terakhir dan beliau pun pulang semula ke Tangier setelah sekian lama pengembaraannya.

Sultan Abu Inan yang merupakan pemerintah Morocco pada waktu itu telah menitahkan agar Ibn Battuta mendokumentasikan perjalanannya ini dan beliau telah dilantik menjadi Qadhi dalam kerajaan tersebut.

Pengembaraan Ibn Batutta ini telah dicatatkan secara terperinci dalam bukunya iaitu Rihlah Ibn Battuta. Ibn Battuta telah menghuraikan secara rinci setiap tamadun dan perkembangan budaya di setiap benua dan negara yang dilawatinya.

Pengembaraan Ibn Battuta ini telah menjadi panduan kepada Ahli Geografi pada waktu itu untuk mengukur ukur lilit bumi dan menggambarkan peta dunia pada waktu itu hasil daripada pengembaraannya di tiga benua yang berasingan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.