Meskipun bergelar pewaris kepada nendanya, namun baginda sentiasa bergelut dengan rasa pilu serta trauma akibat kehilangan ayahanda dalam keadaan yang tragis. Disebabkan rasa kasih dan rindu yang menggunung, maka terbinalah Hwaseong oleh Raja Jeongjo ini.

Sebelum baginda menaiki takhta, Raja Jeongjo telah dididik dan dilatih untuk menjadi seorang raja di bawah perlindungan kasih sayang datuknya, Yeongjo. Jeongjo bernasib baik kerana mendapat sokongan datuknya, tetapi baginda juga menanggung rasa bersalah dan sedih atas kematian tragis bapanya Putera Mahkota Sado.

Bekas pewaris takhta itu telah terjerat dalam perebutan kuasa yang merosakkan, yang akhirnya menyebabkan bapanya sendiri membunuhnya dengan mengurungnya dalam sebuah kotak beras.

Sejurus selepas menaiki takhta, Raja Jeongjo dengan bangganya bertitah di hadapan semua, “Betalah putera kepada Sado.” Bagi raja baharu itu, mengatasi trauma akibat pemergian tragis bapanya dan memulihkan penghormatan bapanya adalah tugas yang penting untuk mengukuhkan kuasa dirajanya.

Pada tahun 1789, sebagai langkah pertama untuk melaksanakan tugas itu, Jeongjo memindahkan makam bapanya dari Gunung Baebong di Yangju (kini, Jeonnong-dong di Seoul) ke Gunung Hwa di selatan Suwon, dan menamakannya Hyeollyungwon (Memorial Garden of Prosperity).

Memandangkan makam bapanya akan dibina di tapak yang diduduki Pejabat Pemerintahan Tentera Suwon (dohobu), Jeongjo merancang untuk membina sebuah bandar berdinding baharu di sekitar, dan memindahkan pejabat tentera ke bandar baharu, dan mempromosikannya kepada Majistret Suwon (yusubu).

Di sebalik pembinaan Kubu Hwaseong ini, ia adalah bertitik tolak daripada rasa taat Jeongjo terhadap mendiang ayahandanya, Putera Sado. Baginda membina kubu ini untuk melindungi makam ayahandanya di Gunung Hwa serta istana sementara baharu di tengah-tengah kota berkubu itu.

Hwaseong Haenggung (istana sementara) adalah tempat raja tinggal ketika dia membuat lawatan ke makam bapanya, dan ia adalah yang terbesar dalam saiz di antara semua istana sementara yang dibina ketika Dinasti Joseon.

Tambahan pula, kubu itu adalah sebahagian daripada rancangan berstrategi Raja Jeongjo untuk membawa pembaharuan dalam politik dengan mengukuhkan kuasa raja dan meruntuhkan politik berpuak.

Dari segi ketenteraan pula, Kubu Hwaseong memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pertahanan ibu kota Hanyang (Seoul hari ini). Kubu yang tidak dapat ditembusi ini dilengkapi dengan kemudahan ketenteraan canggih yang dibina di selatan ibu kota serta boleh mengukuhkan rangkaian pertahanan sedia ada, yang secara relatifnya terdedah kepada serangan dari selatan.

Di samping itu, Raja Jeongjo juga menempatkan 5,000 tentera sebagai Unit Luar Garrison Pengawal Diraja (Jangyongyeong) di Hwaseong, menunjukkan kuasa ketenteraannya kepada musuh-musuhnya di dalam dan luar Joseon.

Kawasan sekitar Hwaseong dan Gunung Paldal bukan sahaja merupakan titik strategik yang penting untuk pertahanan Hanyang, tetapi juga tempat pengangkutan utama yang menghubungkan ibu kota ke wilayah Chungcheong, Gyeongsang dan Jeolla.

Hwaseong yang dibina atas dasar kasih sayang ini direka dengan teliti oleh Raja Jeongjo, dan hingga kini kubu ini masih kekal megah di Bandar Suwon. Ia adalah lambang ketaatan seorang anak yang mahu menghilangkan duka akibat kehilangan bapa tercinta.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.