Pada awal tahun 1973, Malaysia mengalami krisis beras yang meresahkan semua pihak.
Ketika itu, Malaysia bergantung kepada import beras asing sebanyak 10 hingga 20 peratus atau 100,000 hingga 200,000 tan setahun yang diperolehi dari negara Thailand dan China.
Krisis ini mula berlaku apabila Kerajaan Thailand melarang pengeksportan beras keluar dari negara mereka dan mengenakan kouta sebanyak 3,900 tan untuk dijual kepada Malaysia sedangkan keperluan negara untuk Semenanjung Tanah Melayu sahaja adalah sebanyak 30,000 tan beras dalam tempoh masa tertentu.
Krisis ini sebenarnya melibatkan seluruh dunia apabila negara-negara pengeluar beras dunia seperti Thailand, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami cuaca kemarau dan ribut taufan melanda negara Filipina. Ditambah pula dengan kemerosotan 10 peratus pengeluaran padi di negara China yang turut dilanda bencana alam pada tahun sebelumnya.
Lebih merumitkan, negara pengeksport beras seperti Republik Khmer (Kemboja) pula terpaksa mengimport beras akibat cuaca buruk, pentadbiran dan pengawalan tanaman yang tidak betul serta peperangan yang terjadi di negara mereka.
Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia mengarahkan Tun Hussein Onn selaku Timbalan Perdana Menteri memikirkan langkah-langkah drastik untuk menangani masalah ini.
HUSSEIN ONN BERHADAPAN CABARAN BERIKUT ;
1. Kurangnya beras dalam negara akan melaparkan rakyat,
2. Jika bekalan beras terlalu banyak pasti akan menjejaskan pendapatan petani yang membanting tulang di sawah akibat penurunan harga padi ke paras terendah,
3. Perlu mengekang golongan penyorok beras dan penyeludup beras tempatan ke negara jiran kerana harga beras di pasaran dunia naik mendadak.
Menggunakan kecekalan dan kebijaksanaannya, Hussein Onn menggunakan agensi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak pada 20 September 1971 untuk mengimbangi kedua-dua pihak (rakyat dan petani) disamping memperbaiki taraf hidup petani.
Malaysia beruntung dengan kebijaksanaan pemimpin dan kecekapan kakitangan LPN, negara kita berjaya membawa masuk beras-beras dari negara lain bagi menampung kekurangan beras akibat kouta yang dikenakan oleh negara Thailand.
Hussein Onn juga memujudkan Jawatankuasa Peringkat Menteri dan Negeri. Pasukan Polis serta Tentera pula berjaya mengadakan sekatan jalan raya di sempadan bagi membanteras penyeludupan beras ke luar negara. Pihaknya juga menggerakkan operasi menyerbu kilang-kilang yang menyorok stok simpanan beras.
Tun Hussein Onn dianggap sebagai pemimpin yang tegas dan berkaliber sehingga mampu memujudkan kerjasama yang erat di antara agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan krisis negara.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Terima kasih dari rakyat Malaysia atas sumbangan Tuan.
—————–
Rujukan : Buku DAULAT UMNO Edisi Khas/Tok Ayah Zahalan Man, terbitan Cahaya Nur Modal Insan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih