1861-1865. Era Per4ng Saudara Amerika Syarikat menyaksikan sebuah negara demokrasi yang muda berpecah menjadi dua. Konflik yang meletus di antara utara dan selatan Amerika Syarikat ini terjadi kerana polisi Presiden Abraham Lincoln yang mahu membebaskan hamba kulit hitam. Dan ia mengakibatkan berjuta rakyat Amerika Syarikat terkorb4n kerana perbezaan ideologi.

Dan takdir menentukan Abraham Lincoln menang, Pada 9 April, 1865, Jeneral Robert E. Lee menyerah diri, menandakan kekalahan tentera Konfederasi. Per4ng Saudara yang berlarutan hampir 5 tahun itu kini berakhir, dan seluruh Amerika Syarikat kini dambakan keamanan.

Abraham Lincoln tidak berlengah dalam melaksanakn usaha pembinaan semula. Dalam era yang dipanggil sebagai era Reconstruction. Tapi, era Reconstruction bukanlah suatu tempoh masa yang aman dan indah, sebaliknya penuh dengan huru-hara.

10 Peratus……

Gambar 2: Thaddeus Stevens, seorang liberal radikal
Sumber: https://www.thenation.com/article/archive/lincoln-thaddeus-stevens-and-why-american-politics-still-needs-radicals/

Per4ang sudahpun tamat. Kini sudah tiba masa untuk berdamai, masa untuk bermaafan. Lincoln cuba mewujudkan keadaan yang aman dan damai selepas perang, dan untuk itu penting baginya memasukkan kembali semua negeri-negeri selatan yang sebelum ini keluar dari persekutuan.

Langkah Lincoln mudah. Dipanggil sebagai Pelan 10 Peratus, Lincoln berkehendakkan kesemua negeri-negeri selatan ini mendapat sumpah setia sekurang-kurangnya 10% dari penduduk tempatan terhadap Amerika Syarikat. Asalkan negeri-negeri ini memenuhi syarat tersebut, dan menerima pembebasan hamba kulit hitam, maka negeri tersebut dibenarkan mendirikan kerajaan negeri dan masuk semula ke dalam persekutuan.

Tetapi kongres tidak bersetuju dengan tindakan Lincoln itu. Terutama sekali golongan liberal radikal yang menguasai parti Republican. Mereka mahukan kesemua jeneral perang konfederasi dihukum sebagai pengkhianat. Tidak mudah bagi mereka untuk memberi kemaafan.

Disebabkan itulah kongres meluluskan Rang Udang-Undang Wade-Davis, yang meletakkan syarat yang lebih ketat. 50% dari seluruh penduduk negeri selatan perlu menyatakan kesetiaan mereka pada Amerika Syarikat sebelum mereka boleh diterima memasuki persekutuan. Rang Undang-Undang ini juga ingin memastikan yang negeri-negeri selatan ini memberi hak mengundi kepada hamba kulit hitam yang baru sahaja dibebaskan, sesuatu yang tak pernah wujud pada ketika itu di Amerika Syarikat.

Lincoln yang sudah letih berper4ng, ingin segera menamatkan konflik dan perseteruan yang wujud di antara negeri di selatan dan utara. Lincoln menggunakan kuasa veto-nya sebagai presiden dan enggan menandatangani rang undang-undang tersebut. Ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan liberal radikal.

Lincoln tidak sempat melihat Pelan 10 Peratus-nya menjadi kenyataan. Beliau terkorb4n dibvnvh oleh John Wilkes Booth yang berang dengan hasrat Lincoln untuk menjadikan hamba kulit hitam sebagai sebahagian dari warganegara Amerika Syarikat.

Andrew Johnson menggantikan tempat Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Bina Semula Negara

Gambar 3: President Andrew Johnson, Presiden AS Pertama yang dicabar kedudukannya oleh Kongres
Sumber: https://edition.cnn.com/2019/12/17/politics/andrew-johnson-impeachment-explained/index.html

 Pada mulanya liberal radikal lega bila Andrew Johnson menggantikan tempat Lincoln. Johnson dilihat sebagai seorang yang tegas menghvkvm sebarang pengkhianat ketika Per4ng Saudara. Tapi apabila Andrew Johnson naik, lain pula jadinya.

Andrew Johnson ingin menyegerakan usaha perdamaian dan penyatuan. Sebulan sahaja selepas mengambil-alih, Andrew sudah mengeluarkan surat pengampunan kepada hampir kesemua pemimpin konfederasi, dan ini sekaligus membolehkan mereka mewujudkan balik kerajaan negeri yang didominasi oleh bekas pemimpin konfederasi.

Andrew Johnson percaya yang kerajaan negeri perlu diberi kebebasan memerintah tanpa campurtangan kerajaan persekutuan. Dan Andrew Johnson juga percaya yang bangsa kulit hitam perlu diuruskan oleh kerajaan negeri tanpa membebankan kerajaan persekutuan.

Tapi golongan liberal radikal mahu kerajaan persekutuan masuk campur, kononnya demi kemaslahatan golongan kulit hitam yang baru sahaja dibebaskan. Liberal Radikal yang menguasai kongres mula memperkenalkan beberapa rang undang-undang terbaharu, antaranya Rang Undang-Undang Hak Sivil dan juga Rang Undang-Undang Freedmen Bureau.

Andrew Johnson melihat kedua undang- undang ini menceroboh hak kerajaan negeri. Oleh itu Andrew enggan untuk menandatangani rang undang-undang tersebut. Kongres menjadi berang dengan tindakan Andrew Johnson. Dan dari saat itu, bermulalah perseteruan di antara Andrew Johnson dengan Kongres.

Perseteruan ini membawa kepada “impeachment trial” untuk Presiden Andrew Johnson, buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika Syarikat. Tapi itu kisah untuk hari yang lain lah.

Usaha pembinaan semula Andrew Johnson berjaya membawa masuk semula semua negeri-negeri selatan yang keluar ketika Per4ng Saudara. Namun begitu, pengampunan semula pemimpin-pemimpin konfederasi membawa masalah baharu kepada orang kulit hitam di Amerika.

Gerak Sang Radikal

Gambar 4: Andrew Johnson ketika mengeluarkan surat pengampunan buat pemimpin Konfederasi
Sumber: https://brewminate.com/congress-and-the-remaking-of-the-south-1865-1866/

Hampir 4 juta hamba kulit hitam di Amerika Syarikat dibebaskan di akhir Per4ng Saudara Amerika Syarikat. Walaupun menikmati kebebasan dan hak asasi, mereka masih lagi miskin, tidak mempunyai pendidikan, dan sangat-sangat memerlukan bantuan.

Oleh kerana itulah Kongres memperkenalkan Freedmen Bureau, sebuah agensi yang ditugaskan untuk membantu hamba kulit hitam yang baru sahaja dibebaskan. Dianggotai oleh bekas-bekas tent3ra Per4ng Saudara, Freedmen Bureau terbukti berjaya membawa golongan kulit hitam keluar dari kepompong perhambaan.

Pun begitu, Freedmen Bureau ditubuhkan ketika per4ng masih berjalan. Mereka mempunyai dana yang terhad. Apabila perang tamat, Andrew Johnson melihat Freedmen Bureau tidak lagi diperlukan, dan meletakkan nasib orang kulit hitam di selatan kepada kerajaan negeri.

Kongres mahukan campurtangan kerajaan persekutuan. Sebab itulah Kongres mencadangkan untuk melanjutkan lagi Freedmen Bureau di negeri-negeri selatan. Pun begitu, dengan kewujudan kerajaan negeri yang dipelopori oleh bekas-bekas pemimpin konfederasi menyulitkan usaha pembinaan semula yang diimpikan Kongres.

Bagi mengekang hak orang kulit hitam, negeri-negeri selatan meletakkan apa yang dipanggil sebagai “Black Code”. Kod itu meletakkan orang kulit hitam sebagai bukan warnegara, yang tidak diberikan hak mengundi, dan perlu untuk mereka terus bekerja di ladang-ladang milik tuan mereka. Ini lebih kurang macam sistem perhambaan, cuma tidak dipanggil sebegitu.

Melihatkan keadaan orang kulit hitam yang semakin teruk, Kongres mula bertindak, dan melaksanakan pelan pembinaan semula mereka sendiri. Langkah pertama yang mereka ambil adalah mewujudkan 5 zon militari bagi menguruskan negeri-negeri selatan.

Mereka juga memberi dana kepada Freedmen Bureau, dan meminta mereka masuk campur dalam urusan kerajaan negeri. Kongres juga meluluskan 14th Amendment dan Rang Undang-Undang Hak Sivil, yang mengiktiraf semua rakyat Amerika Syarikat yang lahir dan menetap di situ sebagai warganegara dan juga memberikan orang kulit hitam hak untuk mengundi.

Usaha pembinaan semula Kongres menampakkan hasilnya. Lebih 4 juta orang kulit hitam memilih liberal radikal, Parti Republican untuk menguasai kongres. Dan pada masa yang sama juga, ramai orang kulit hitam menjadi wakil rakyat bagi kawasan mereka. Dan orang kulit hitam juga mula diterima bekerja untuk kerajaan, dan badang undang-undang.

Kenaikan status orang kulit hitam dalam jangka masa yang singkat ini menimbulkan kemarahan orang kulit putih, terutama sekali di negeri selatan. Pada masa inilah tertubuhnya satu organisasi yang menjadi sejarah hitam Amerika Syarikat, Kv Kvx Klan (KKK),

KKK mula mengorak langkah, membvnvh ramai pemimpin orang kulit hitam, sekaligus menghapuskan dominasi Republican di negeri-negeri selatan. Pada masa yang sama, golongan moderat dalam Republican juga sudah muak dengan gerakan golongan liberal radikal yang tak habis-habis ingin masuk campur dalam urusan kerajaan negeri.

Pengakhirannya berlaku ketika Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, tahun 1876. Rutherford B. Hayes yang ketika itu bertanding bagi pihak Parti Republican, bersetuju untuk mengiktiraf penguasaan Parti Democrat di negeri-negeri selatan bagi membolehkannya menjadi presiden.

Tindakan Rutherford itu menandakan pengakhiran usaha pembinaan semula yang dipelopori oleh golongan liberal radikal. Tentera persekutuan berundur, dan memberi hak pengurusan orang kulit hitam sepenuhnya pada kerajaan negeri.

Negeri-negeri selatan melaknasakan apa yang dipanggil sebagai Jim Crow Laws, mengasingkan orang kulit hitam dengan orang kulit putih dan menyebabkan orang kulit hitam tertindas lebih dari 100 tahun.

Analisa

Rencana ini saya tulis sebab nak meninggalkan dua pengajaran buat semua pembaca. Yang pertama, adalah tentang hipokrasi Amerika Syarikat. Tahukah anda, ketika semua ini berlaku, ketika liberal radikal sedang bersungguh-sungguh untuk membela nasib orang kulit hitam kononnya, Amerika Syarikat tanpa segan silu meluaskan jajahannya ke barat dan membvnvh berjuta orang asli Amerika.

Ketika 14th Amendment diluluskan, yang mengiktiraf orang kulit hitam sebagai warganegara, orang asli Amerika dipinggirkan dan lansung tidak diiktiraf sehinggalah tahun 1924. Kenapa ini semua berlaku? Kenapa begitu berbeza sekali layanan mereka terhadap orang asli Amerika?

Ini semua kerana kuasa. Kewujudan 4 juta orang kulit hitam yang dibebaskan di negeri selatan, mewujudkan sumber undi. Memperjuangkan nasib mereka membolehkan Parti Republican menguasai kongres, dan juga negeri-negeri selatan yang memang selama ini kubu kuat Parti Democrat. Itulah dia, hipkorasi Amerika Syarikat.

Pelajaran kedua yang saya ingin tinggalkan adalah bahaya tindakan radikal. Tindakan liberal radikal yang terlalu tergesa-gesa melakukan perubahan, membawa kesan tindak balas yang lebih teruk, menyebabkan orang kulit hitam terus-terusan ditindas sehinggalah sekarang.

Bak kata Newton Law “for every action there is an equal and opposite reaction”

RUJUKAN:

Foner, E. (2015, March 28). Why Reconstruction Matters. Retrieved from New York Times: https://www.nytimes.com/2015/03/29/opinion/sunday/why-reconstruction-matters.html

Foner, E. (2020, Feb 26). Reconstruction. Retrieved from Encyclopaedia Britannica: https://www.britannica.com/event/Reconstruction-United-States-history

Gopnik, A. (2019, April 8). How the South Won the Civil War. Retrieved from The New Yorker: https://www.newyorker.com/magazine/2019/04/08/how-the-south-won-the-civil-war

Guelzo, A. C. (2018, April 30). Reconstruction Didn’t Fail. It Was Overthrown. Retrieved from Time: https://time.com/5256940/reconstruction-failure-excerpt/

Sammin, K. (2017, August 29). What Can Reconstruction and the Gilded Age Teach Us about Today’s America? Retrieved from National Review: https://www.nationalreview.com/2017/08/reconstruction-gilded-age-populism-america-today-richard-white-oxford-history-united-states/

Serwer, A. (2019, December). Civility Is Overrated. Retrieved from The Atlantic: https://www.theatlantic.com/magazine/archive/2019/12/adam-serwer-civility/600784/

Weber, J. L., & W.Hassler, W. (2020, Feb 4). American Civil War. Retrieved from Encyclopaedia Britannica: https://www.britannica.com/event/American-Civil-War

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang jurutera muda yang meminati teknologi, sejarah dan paling utama sekali, permainan video. Motto hidupnya adalah: "Kalau tak perlu buat,jangan harap aku nak layan. Kalau perlu,sepantas kilat aku kerjakan." Beliau berhasrat mengumpul ilmu sebanyak mungkin dan menyebarkannya demi kemajuan bangsa,agama dan tanah air.

Comments are closed.