Alam Melayu lebih mengenali Imam Abu Hamid al-Ghazali berbanding Maulana Jalaluddin Rumi. Tahukah anda, sebenarnya sanad tarekat Rumi bersambung dengan al-Ghazali!
Korang tahu kisah semut dengan sebatang pena?
Pada suatu hari, sekumpulan semut berjalan di atas sehelai kertas. Mereka menyaksikan sebatang pena yang mencoret tulisan pada kertas tersebut. Semut-semut tersebut berasa kagum dengan kejadian yang mereka lihat.
Semut kecil pun berkata: “Lihat pena itu, ia membuat gambar yang cantik seperti bunga bengkung dan mawar!”
Semut kedua mencelah: “Bukanlah! Sebenarnya yang bergerak bukannya pena, tetapi tangan yang memegang pena itu. Pena itu hanyalah kesan daripada gerakan tangan.”
Semut ketiga menyampuk: “Tidak! Sebenarnya yang berkuasa adalah kekuatan yang ada pada tangan itu. Jari jemari pada tangan itu hanya dapat bergerak dengan kekuatan yang menggerakkannya.”
Akhir sekali, semut yang paling tua membuat kesimpulan: “Bentuk atau gerakan zahir yang engkau lihat itu tidak akan ada tanpa akal dan roh. Begitulah semua gerakan di alam semesta ini tidak akan ada tanpa digerakkan oleh Tuhan.”
Bak kata Rumi: “Sekiranya Tuhan menarik balik kurnia-Nya untuk seketika, akal yang tajam itu akan melakukan kesalahan.”
Alégori semut yang merasa takjub dengan pena yang boleh bergerak sendiri ini dipetik daripada kitab Mathnawi jilid ke-4 bait 3721 karangan Jalaluddin Rumi. Ia mahu menghuraikan sifat Qudrah dan Iradah Allah Taala.
Kisah ini bertujuan untuk menjelaskan perbahasan yang sama seperti bab Tauhid dan Tawakal dari kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali. Pendek kata, Rumi hanya mengulang semula apa yang disebut oleh al-Ghazali.
Menurut catatan Aflaki dalam Manaqib al-Arifin, salasilah tarekat Rumi bersambung dengan al-Ghazali melalui Imam Ahmet Hatibi. Oleh itu, tidak hairanlah kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang terdapat dalam kitab Ihya’ Ulumuddin turut ditemui dalam Mathnawi.
Sebagaimana al-Asyaari dan al-Maturidi, Rumi turut membahaskan sifat Ilmu Allah Taala.
Mathnawi ada bercerita tentang Sahl al-Tustari yang tidak mahu menyembelih seekor burung kerana gagal menemukan tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa. Pengajarannya, Allah Taala sentiasa melihat setiap perbuatan hamba-Nya di mana sahaja dia berada. Kisah ini boleh ditemukan dalam Mathnawi dan Ihya Ulumiddin.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Sempena promosi 12/12 hari ini, dapatkan cepat dengan diskaun terhangat!




No comments yet