Tidak ramai yang tahu bahawa Jalaluddin Rumi telah mengarang Mathnawi sebagai tafsiran kepada kitab suci al-Quran. Di zamannya, ada seorang al-hafiz yang datang meminta nasihat dari Rumi tentang al-Quran.

Apa jawapan Rumi?

Persoalannya, “Betapa banyak orang membaca al-Quran sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya.”

Rumi menjawab, “Banyak ayat dalam al-Quran berkisar tentang perintah dan larangan serta adab dalaman dan luaran. Ada yang membaca ayat ‘Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat,’ tetapi dia tidak sembahyang dan tidak mengeluarkan zakat.

Si fulan yang lain pula membaca ayat, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan,’ tetapi dia tidak peduli dengan penindasan malah bersikap zalim, bakhil dan pembohong. Sudah tentulah al-Quran melaknatnya secara nyata, menempatkannya bersama yang dilaknat, dan menjadi seburuk-buruk musuh di hari kebangkitan.”

Rasulullah SAW bersabda, “Al-Quran ialah pemberi syafaat iaitu syafaatnya diterima dan pendakwa iaitu dakwaannya disokong. Barang siapa yang meletakkan al-Quran di hadapannya (sebagai petunjuk), maka ia akan membawanya ke syurga dan barang siapa meletakkannya di belakang (tidak mengamalkannya), akan dibawanya ke neraka.” (HR Ibn Hibban No: 124)

Bak kata Rumi: “Jika engkau melihat Al-Qur’an dengan matamu, maka engkau akan menemukan kata-kata. Jika engkau melihat Al-Qur’an dengan akalmu, maka engkau akan menemukan pengetahuan. Jika engkau melihat Al-Qur’an dengan hatimu, maka engkau akan menemukan cinta. Jika engkau melihat Al-Qur’an dengan jiwamu, maka engkau akan “menemukan” Tuhan”.

Rumi ada tafsirkan al-Quran?

Pada suatu hari, seorang bangsawan mengemukakan ayat al-Quran, “Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya sama dengan orang yang mengeraskan hatinya?”

Rumi menghuraikan, “Apabila ayat ini diwahyukan kepada Nabi SAW, para sahabat bertanya adakah terdapat tanda-tanda bagi orang yang dibukakan Allah hatinya? Kemudian, Nabi menjelaskan bahawa apabila cahaya hidayah dan taufik menyapa sesebuah hati, hati tersebut terbuka dan mengembang.

Apabila Tuhan ingin mencantikkan, membuka hati serta mengurniakannya kasyaf, Dia mengembangkan hati tersebut dengan cahaya suci. Tanda-tandanya adalah tatkala orang tersebut mulai menjarakkan dirinya daripada dunia, lebih cenderung ke arah akhirat dan menceraikan dunia sebelum diceraikan oleh dunia.”

Rumi juga telah menafsirkan Surah Al-Anfal ayat ke-17 dalam Mathnawi 1 bait 615, “Baca daripada Quran tafsiran ayat: Tuhan berkata, Kamu tidak melontar apabila kamu melontar. Sekiranya kami benarkan sebatang panah melayang, itu bukan daripada kami. Kami busur, dan pembidik tanah itu ialah Tuhan.”

Apa pujian Rumi kepada al-Quran?

Rumi telah memuji al-Quran dalam Mathnawi 1 bait 1537: “Apabila kamu berlari kepada Quran Tuhan, kamu telahmengenal kerohanian rasul-rasul. Quran menunjukkan kemulian para rasul, seumpama ikan di lautan suci keagungan.”

Dr. Sayyid Ajmal mengatakan: “Orang yang tertarik kepada Mathnawi bermakna dia juga tertarik kepada al-Quran, kerana Mathnawi itu sendiri merupakan pencerahan buat al-Quran. Di Amerika Syarikat, non-muslim mengenali Islam dan al-Quran melalui Mathnawi.”

Malahan, Ismail Hakki dari Bursa telah mengambil petikan daripada Mathnawi dan memasukkannya ke dalam kitab tafsir al-Quran karangannya, Ruh al-Bayan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Ada promosi istimewa untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: https://shp.ee/e6n9puy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply