Kisah wanita bertudung nak kerja hotel tapi kena reject sebab bertudung.

Aku tak rasa ia idea yang bijak untuk membuat dasar macam tu.

Seorang peniaga kelab malam tak akan buang masa iklankan kerja dia untuk wanita tak bertudung.

Sebab dia tahu tak akan ada wanita dengan imej bertudung akan bertanya, saya nak pakai tudung boleh tak. Kita berbicara soal realiti.

Saya tahu akan ada yang berkata, kalau tak bertudung pun tetap tak boleh jika dia seorang muslim. Skop penulisan ini adalah menyentuh kesesuaian imej dan pemakaian.

Ada sesetengah perkara kita tak perlu buat peraturan bertulis. Biarkan sistem sosial kita sendiri bergerak dan ia sudah semulajadi dalam lingkungan itu.

Macam aku, tak akan aku nak ajak kawan aku lepak makan kat kedai cina non muslim? Kecuali la di situ ada gerai Melayu

Dalam satu hotel yang besar akan ada banyak department. Jika yang jaga bar tu rasanya memang tak sesuai untuk yang imej bertudung. Tapi kalau jadi front line penyambut tetamu depan tu apa masalahnya?

Kerana mereka tak seksi? Itu sudah manipulasi ke atas wanita. Hakikatnya memang ada berlaku dalam industri besar. Tetapi kita kenalah berganjak ke paradigma baru.

Sekarang ni pelangan bukan mencari siapa yang lawa depan kaunter. Ini bukan nak mencari bini atau nak parti buih. Orang nak tidur di hotel yang ada servis tip top. Orang nak servis. Itu keutamaan. Tapi kalau servis cantik muka Fazura depan kaunter, itu kira pakej bonus.

Satu yang pasti dasar macam ni bukan ditentukan si cina, melayu atau india. Ia memang sudah sebulat suara satu organisasi yang setuju dengan dasar kolot ni.

Aku dulu kerja dengan airport dan di kedai duty free mereka mahukan pekerja mereka kemas, nampak anggun dan attractive.

Tetapi tiada isu nak menilai daya penarik itu dari segi dia bertudung atau tak, gemuk atau kurus. Ramai je wanita yang berisi dan bertudung nampak anggun.

Konsep attractive digunakan bukannya menggoda tetapi perwatakan yang menarik pelanggan untuk datang. Dengan kesediaan membantu pelanggan, welcoming personalities, senang guest nak dekati mereka, murah dengan seyuman, interaktif, helpful dan paling penting dia tahu bekerja.

Percaya atau tak Eraman Malaysia yang mengamalkan konsep ini mampu menjana sehingga 1 juta ringgit keuntungan sehari.

Mereka banyak pesaing lain tetapi mereka meletakkan konsep cantik dan menarik itu pada personaliti bukannya pada seksi pakaian ketat dan sebagainya.

Sebaliknya mereka setiap shift ada briefing mintak staf grooming supaya tak nampak macam baru kena tinggal laki.

Tak ada arahan suruh cabut kening tu. Tak ada arahan suruh mekap mesti tebal. Cukuplah light make up. Yang pasti wanita ini paling suka part bersolek ni. Orang suruh light pun dia akan tebalkan. #gurauje

Hari ini semakin ramai wanita bertudung dan industri di Malaysia harus menerima hakikat kita kena bergerak dan menerima perubahan itu. Semakin ramai jutawan hanya kerana jual tudung. Takkan la itu pun tak tau.Jika dia adalah pekerja lama di hotel dan tiba tiba dia berubah untuk bertudung, tiada masalah untuk menerima perubahan itu. Jika suasana itu tak sesuai dengan dia, mungkin pertimbangkan dia untuk ke jabatan. lain.

Tetapi tak akan nak tukar jabatan setiap kali ada yang bertudung. Sebab itu industri perhotelan harus bergerak dengan arus. Hargai pekerja anda dengan sediakan suasana yang mereka rasa dihargai. Bayangkan apa pekerja itu rasa dalam situasi ini:

Sebelum ini memang tiada pekerja bertudung tetapi dia tetiba berubah imej kepada bertudung.

Bos dia panggil masuk office dan berikan guideline, tudung jenis apa yang harus dia pakai dari segi warna. Lilitan tudung yang bagaimana harus digunakan supaya seragam sesuai dengan uniform pekerja. Jadi, nanti apabila ada pekerja lain bertudung, tak adalah tudung warna warni.

Aku rasa pekerja itu nak lompat kerja tempat lain pun dia rasa satu keputusan sukar walaupun offer lebih baik.

Kalau Lancome dan Swarovski boleh memberikan Neelofa peluang menjadi duta produk kenapa syarikat kita di Malaysia tak boleh?

Aku menulis ni atas kapasiti hak seorang manusia. Nak cerita pasal agama ni , bukan bidang aku.

McDonald di Indonesia pun jual nasi kerana mereka bergerak dengan budaya masyarakat. Begitu juga KFC di Malaysia siap jual nasi lemak. Cuba pergi KFC London dan order nasi lemak, ada tak? Jadi, isu melarang pekerja bertudung ni adalah satu diskriminasi dari sudut kemanusiaan dan juga perbezaan agama.

Nota Editor: Penulis artikel ini ialah seorang non-muslim yang menyuarakan hak wanita muslim bertudung.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Leave A Reply