Peristiwa virus korona (2019-nCoV) telah memberikan suatu pengajaran yang besar. Bahawasanya tiada siapa boleh memperlekehkan kadar penularan yang awalnya tidak dihiraukan sangat pun. 2019-nCoV mula merebak semasa media lebih fokuskan tentang Influenza A.

Namun pada 28 Januari 2020, angka j4ngkitan telah mencapai 4,693 orang dengan kem4tian sebanyak 106 kes. 98.2% daripada kes di seluruh dunia hanya berlaku di China, terutamanya Wuhan. Kedua di belakang China ialah Thailand dengan pengesahan 14 kes.

Mengetepikan dakwaan tentang penipuan angka, China dilihat amat serius untuk menyelesaikan masalah 2019-nCoV ini. Pada 24 Januari 2020, China mengumumkan usaha untuk membina sebuah hospital dengan menggunakan formula Hospital Xiaotangshan (Haroon, 2020). Asalnya 45 jentera berat digegaskan yang dari rakaman sudut atas nampak bagaikan kereta mainan di atas gula p3rang (brown sugar).

Sementara projek bercita-cita tinggi ini diusahakan, China telah menunjukkan semangat solidariti agak luar biasa. Ramai dalam kalangan upahan kerajaan dan juga sukarela masyarakat telah berganding bahu dengan sebuah objektif. Dalam masa dua hari, mereka telah membersihkan sebuah bangunan terbiar di Huanggang untuk memutkan 1,000 katil. Bangunan terbiar ini secara sah menjadi hospital pertama China untuk mengendalikan khususnya 2019-nCoV.

Pusat Perubatan Rantau Gunung Dabie (DMRMC)

Penambahbaikkan Infrastruktur supaya DMRMC berfungsi:

Pemasangan Unit-Unit Elektrik

Kemasukan Katil Selepas Memasang Bekalan Utiliti (dan Internet)

Sementara itu, aktiviti di Wuhan masih belum berhenti.

2019-nCoV yang menular begitu pantas itu memaksa China untuk bina dua hospital pasang-siap di Wuhan. Dijangka pada 3 Februari 2020, Hospital Wuhan Huoshenshan akan siap diikuti dua hari kemudian dengan Hospital Leishenshan yang terletak hanya 40 km antara satu sama lain. Pembinaan kedua-dua hospital tersebut disiarkan secara langsung untuk tatapan 10 juta rakyat yang dikuarantin (Esfandiari, 2020).

Jika kadar penularan tidak berhenti langsung, berkemungkinan besar China akan mendirikan hospital ketiga. Buat masa pembinaan, semua hospital di Wuhan dibanjiri sepenuhnya dengan kit ujian dan pakaian keselamatan 2019-nCoV sudah kehabisan (Perper, 2020).

Sumber New York Times menunjukkan koridor hospital yang sangat padat.

Kegentingan sedia ada ini tidak begitu serius di tempat lain. Hanya dua kes sahaja yang menyaksikan orang menj4ngkiti 2019-nCoV di luar China. Itupun jauh di Jerman dan Vietnam.

Walau apa pun, semua masih perlu berjaga-jaga. Memandangkan Huanggang terletak di Hubei, penduduknya tidak dapat keluar negara melainkan jika mereka pergi ke Beijing atau Shanghai untuk berlepas. Perkara ini seharusnya membuka mata kerajaan dengan lebih luas lagi, bahawasanya menutup pintu terhadap Hubei sahaja tidak mencukupi.

Syarikat-syarikat di Shanghai pun terpaksa ditutup sampai 9 Februari atas langkah waspada (The Strait Times, 2020). Dan semakin hari, 2019-nCoV kian menzahirkan impaknya terhadap ekonomi negara. Apabila dunia korporat dipaksa tersekat dan penduduk tempatan pula lebih risau akan kesihatan masing-masing, tiada transaksi boleh dilakukan. Apatah lagi penerbangan keluar masuk yang mer4napkan industri pelancongan dan perdagangan dalam dunia globalisasi bebas ini.

Kegagalan China dari segi pengurusan, termasuk juga dengan bekalan perubatan yang tidak mencukupi, benar mengg0ngg0ng kerajaan. Ketelusan media juga menjadi persoalan. Dan sebarang keralatan daripada China harus dipelajari seluruh dunia supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Kerana akhirnya, bukan kerajaan yang selalunya membayar harga mahal.

RUJUKAN:

Esfandiari, S. (2020, January 28). Videos show the shockingly rapid progress China is making with 2 hospitals it’s panic-building to (ditapiskan) the coronavirus. Business Insider. Retrieved from https://www.businessinsider.my/china-rapid-progress-panic-building-a-hospital-in-6-days-2020-1/?r=US&IR=T

Haroon, S. (2020, January 24). Chinese city plans to build coronavirus hospital in days. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/science/2020/jan/24/chinese-city-wuhan-plans-to-build-coronavirus-hospital-in-six-days.

Perper, R. (2020, January 24). As the Wuhan virus spreads, doctors in the city say they face a ‘flooding’ of patients and not enough protective gear. Business Insider. Retrieved from https://www.businessinsider.my/wuhan-coronavirus-doctors-wuhan-patients-protective-gear-2020-1/

The Strait Times. (2020, January 27). Wuhan virus: Companies in Shanghai cannot resume work before February 9 due to virus flight. The Strait Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/wuhan-virus-companies-in-shanghai-cannot-resume-work-before-feb-9-due-to-virus-fight

You, T. (2020, January 28). China’s first coronavirus hospital OPENS after workers and volunteers spend two days converting an empty building into a 1,000-bed medical centre. Daily Mail. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/news/article-7939075/Chinas-coronavirus-hospital-OPENS-today


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.