Di sebuah kawasan Uttarakhand yang bergigikan ais dan gunung, terletaknya suatu glasier yang kewujudannya sangat penting untuk 966 juta orang. Daripada Glasier Gangotri inilah tersimbahnya air sejak azali lagi yang disalurkan ke 17 batang sungai di 21 buah bandar. 17 batang sungai ini pula mempunyai suatu ibu yang begitu besar. Cuma oleh kerana pengurusan penduduk di sekelilingnya, syurga yang keluar daripada Glasier Gangotri berakhir dengan neraka di Teluk Bengal.

Sungai Ganges mempunyai saiz sebesar sejuta kilometer persegi. Sejuta kilometer ini pula dianggap berjuta kesucian dalam kalangan penganut-penganut Hindu. Sepanjang aliran inilah seramai 966 juta ini bermandi-mandian untuk membuang dosa dan juga menceduk air untuk dilepaskan kembali sebagai tanda kesyukuran kepada dewa-dewi mereka. Dan air ini pun dibotolkan untuk ritual rumah. Dan sepertimana seorang ibu mempunyai hubungan genetik dengan anak-anak, begitulah Ganges bersama anak-anaknya.

Sungai Kaveri yang mengalir di Karnataka dan Tamil Nadu digelar Ganges Selatan. Godavari pula ialah Ganges Tengah. Hampir setiap sungai berhubung disebut “Ganges Tempatan”.

Namun dengan segala kepentingan keagamaan, Sungai Ganges menyertai hampir semua senarai antara sungai paling tercemar di dunia. Conserve Energy Future mengiktirafkan status Ganges sebagai sungai paling tercemar. Begitu juga dengan Soap Boxie. I Ban Plastic pula memetk Sungai Citarum (Indonesia) sebagai pemenang, dimana tempat kelapan jatuh ke tangan Ganges.

Hampir setiap pengukur Ganges semestinya merajai senarai 10. Daripada Glasier Gangotri yang sebegini….

… Sungai Ganges dimuntahkan dalam keadaan sebegini:

Pencemaran Agung Sungai Ganges:

Tiga perkara yang memainkan peranan di sebalik pencemaran berterusan ini

1.      Masyarakat yang tidak mengambil cakna tentang warisan alam.

2.      Dasar pembangunan yang tidak mesra persekitaran.

3.      Hukuman anti-pencemaran yang tidak efektif kerana korupsi.

Daripada Pergunungan Himalaya sampai Teluk Bengal, perjalanan Sungai Ganges mengharungi mentaliti pemikiran ketinggalan zaman di bandaraya-bandaraya padat dan zon-zon perindustrian pesat. Pembetungan tanpa rawatan dipam terus ke saliran ini, menyebabkan enap cemar kumbahan yang bertoksik (Raju, 2019). Narendra Modi telah meluluskan AS$3 bilion untuk membersihkan sungai ini sehingga 2020. Namun hanya 10% daripada dana ini telah dibelanjakan untuk projek ini selama dua tahun.

Disebabkan inilah peny4kit-peny4kit seperti kolera sangat masyhur di India. Kumbahan dibuang begitu sahaja. Kilang dan ladang pula melupvskan bahan-bahan kimia pun begitu sahaja. Airnya pula digunakan untuk mandian dan masakan. Bagaikan ukhwah begitu rapat sesama Hindu, sampaikan apa yang keluar di dvbur pun sudi dijamah dengan penuh hilaian tawa (Berke, 2018).

Penyaliran sisa air daripada bandaraya-bandaraya berdekatan menyebabkan warna berlumpur di Kanpur.

Danish Siddiqui/Reuters

 Menurun dari Kanpur, Sungai Ganges membawa buih-buih bagaikan gula-gula kapas yang sebenarnya sisa-sisa kumbahan.

Danish Siddiqui/Reuters

Lebih sukar untuk membendung pula ialah pencemaran yang berlaku kerana agama. Golongan Hindu merendamkan m4y4t sebelum upacara pemb4k4ran di Varanasi.

Seorang dua takkan sesekali mencetuskan masalah. Namun apabila kerap berlaku, kualiti air di sekeliling akan penuh dengan bakteria angkara proses perepvtan. Gas seperti hidrogen sulfida, karbon dioksida dan methan akan keluar daripada jen4zah yang membusung.

Dan bukan manusia sahaja yang terganggu, kerana sungai besar ini kaya dengan kepelbagaian biologi. Sebanyak 140 ikan dan 90 amfibia hidup di sepanjang sungai ini – angka tersebut mewakili spesis, bukan ekor. Dan anc4man yang semua spesis ini berdepan ialah bakteria unsur najis terutamanya di Varanasi yang kadarnya lebih daripada 100 kali ganda melebihi had pembuangan kerajaan India.

Sumber:

Berke, J. (2018, March 3). India’s holy Ganges River is devastatingly polluted, yet provides drinking water for over 400 million people – here’s what it looks like. Business Insider. Retrieved from https://www.businessinsider.my/photos-indias-ganges-river-pollution-2018-1/?r=US&IR=T

Raju, G. (2019, January 18). Saving a river: Pollution in India’s holy Ganges makes it toxic. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/world/2019/01/18/saving-a-river-pollution-in-indias-holy-ganges-makes-it-toxic


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.