Sekumpulan penyelidikan mendakwa bahawa mereka telah identifikasikan ‘moyang manusia kuno’ baru di Afrika yang bakal mengubah sejarah evolusi manusia ini. Moyang yang bernama Homo bodoensis yang menetap di Afrika pada fasa pertengahan Pleistocene, kira-kira 600,000 tahun lalu ini sebenarnya ialah moyang terus kepada manusia moden.

Ketua penyelidikan iaitu Dr. Mirjana Roksandic dari University of Winnipeg mendakwa penemuan mereka telah menemui moyang sebenar manusia moden dan memberitahu bahawa sejarah evolusi manusia sukar untuk ditetapkan fasa perkembangannya kerana kekurangan variasi kumpulan genus Homo yang hanya dapat dibezakan melalui keadaan geografi.

Namun, kerana kajian baru ini penelitian fosil-fosil Homo dari Afrika dan Eurasia dinilai semula. Dalam artikel yang disiarkan dalam surat khabar Daily Mail, ia menjelaskan tentang penemuan tengkorak yang ditemui pada tahun 1976 di Bodo D-ar, berdekatan Sungai Awash, Ethiopia. Tengkorak tersebut bertarikh 600,000 tahun lalu seterusnya mengkategorikan tengkorak ini dari spesis Homo baru sempena nama tempat ditemui, Homo bodoensis.

Melalui kenyataan akhbar dari University of Winnipeg, pada awalnya sukar bagi Roksandic untuk menamakan fosil Homo yang kumpulannya temui kerana harus mematuhi peraturan yang ketat oleh International Commission on Zoological Nomenclature. Beliau menjelaskan bahawa fosil tersebut pupus sekitar 200,000 tahun lalu sebelum spesis manusia moden bermigrasi keluar dari Afrika dan percaya ia bakal menemui kunci dalam memahami sejarah spesis Homo dalam fasa pertengahan Pleistocene.

Bahagian kranium tengkorak H. bodoensis

Fosil Homo bodoensis bertubuh pendek dan gempal yang sesuai dengan penyimpanan haba apabila berada dalam keadaan sejuk. Berat H. bodoensis lelaki kira-kira 63.5 kg dan tinggi lebih kurang 175 cm. Manakala H. bodoensis wanita pula beratnya sekitar 50 kg dan setinggi 157.5 cm.

Seterusnya, pengkaji menggariskan bahawa spesis Homo fasa pertengahan Pleistocene dari Afrika dan tenggara Eropah dikategorikan sebagai spesis H. bodoensis manakala spesis Homo selain dari kedua-dua kawasan ini dikategorikan sebagai H. neanderthalensis atau Neanderthal.

Walau bagaimanapun, terdapat golongan saintis mempertikaikan penemuan spesis Homo baru ini yang merebak di Afrika. Pertikaian mereka kemudian disiarkan dalam laman New Scientist melalui penulisan artikel. Nama H. bodoensis hanyalah nama yang ‘dicadangkan’ untuk kumpulan Homo yang menetap di Afrika semasa fasa pertengahan Pleistocene sekitar 770,000 dan 126,000 tahun lalu.

Tengkorak spesis Homo baru ini didakwa sebagai nenek moyang kepada manusia moden.

Saintis yang membangkang penemuan ini ialah Chris Stringer dari muzium Natural History Museum di London, Pada tahun 2019, kumpulan Stringer menyiarkan kajian tentang evolusi wajah manusia. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahagian kranium dari tengkorak H. bodoensis sebenarnya menurunkan evolusi yang terpisah dari evolusi wajah manusia moden. Ini menjadikan konklusi bagi mematahkan dakwaan Roksandic tersebut.

Tuntasnya, Stringer menyatakan bahawa tengkorak H. bodoensis sebenarnya bukan nenek moyang kepada manusia moden. Jalinan perkaitan antara manusia kuno dan kini dikenali sebagai ‘kekacauan dalam

Pertengahan Pleistocene’. Beliau menegaskan bahawa kajian mengkategorikan fosil Homo mampu memberikan data penting untuk mengkaji kemampuan spesis Homo merebak, dan sejauh mana hubungan sesama Homo yang berbeza. Kini, kita masih lagi tertanya-tanya siapakah moyang sebenar manusia moden secara genetik, sama ada benar wujud atau tiada.

RUJUKAN:

Cowie, Ashley. 30 October 2021. Homo bodoensis: Has A New Human Ancestor Just Been Discovered? Ancient Origins.

Marshall, M. 28 October 2021. New Human Species Has Been Named Homo Bodoensis – But It May Not Stick. New Scientist.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.