Penyakit sentiasa menyusahkan orang ramai. Jadi bab penyakit, sentiasa ada permintaan. Kerana orang sanggup beli apa-apa ubat walaupun masih sihat. Sekadar persediaan katanya. Akan tetapi, ubat tidak boleh dibuat secara sembarangan.

Zaman sekarang senang. Ubat-ubatan sedia ada di farmasi wajib mematuhi piawaian ketat. Malaysia pula merupakan negara sangat teliti dalam bab perubatan. Jadi sesuatu produk perlu lulus banyak saringan sebelum diiktiraf sebagai ubat.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Cuma kalau zaman dulu, siapalah tahu pasal “saringan”. Buah mulut orang ramai pun sudah cukup.

Itulah yang terjadi dulu. Seorang doktor bernama James Morrison pernah berkongsi idea disangka logik sekitar 1800-an.

James Morrison

Kata beliau, semua penyakit boleh dirawat kalau buat orang ramai cirit tanpa henti. Cadangan ini memang gila. Tetapi ramai percaya. Kerana Morrison guna kata-kata ringkas yang sesuai untuk rakyat marhaen: “semua penyakit berpunca daripada kekotoran dαrαh.”

Jadi cirit birit adalah jalan untuk mengeluarkan kekotoran ini secara alami. Masalahnya, Morrison cakap cirit birit boleh merawat αηeμrysm dan demam campak.

Cadangan Morrison memang nampak jelas berunsur pseudosains, yakni suatu amalan salah disangka berpandukan sains. Totok pseudosains selalunya ada agenda. Jadi apa helah di sebalik cadangan Morrison? Seperti biasa, untuk jual produk yang dipasarkan dengan nama Pil Sayur Universal katanya boleh rawat apa sahaja.

Punyalah Morrison overclaim, sampai buat iklan bagai katanya produk ajaibnya boleh bagi tumbuh kaki balik (University of Virginia, n.d.). Ya. Zaman sekarang produk tumbuh rambut pun belum tentu berjaya. Ini siap tumbuh kaki terus. “Aku bangun pagi kali ini boleh tendang selimut dengan kaki betul yang mana kaki palsu aku sudah ada bawah katil!”

Orang kiri katanya tumbuh kaki baru.

Entah macam mana pil sayur boleh tumbuhkan kaki. Tetapi yang pasti, ramai orang beli pil gila ini… dan majoriti diserang penyakit cirit birit.

Bertaklid Tetapi Buta

Dunia baru saja kecoh pasal vaksin malaria. Demikian hari kecoh pasal vaksin COVID-19. Ada satu persamaan berasas di sebalik kekecohan ini. Berapa banyak dos patut diberi?

James Morrison gagal bab ini. Beliau tidak mengetengahkan kepada semua pembeli tentang had dos. Cuba letak diri dalam pelanggan Morrison zaman dulu. Kedengaran pil sayur. Jadi apa salahnya kalau makan lima biji? Sayur saja bukan?

Ini yang mengundang bαhαyα, kerana pelanggan Morrison bertindak atas dasar sangkaan. Tidak mengapa kalau pelanggan makan tanggung sendiri. Masalahnya ibu bapa mula sarankan anak-anak makan ubat palsu ini.

Gadis berusia 15 tahun bernama Rebecca Cross makan ubat ini dan mαti dalam keadaan yang sangat teruk (Felton, 2021). Seorang demi seorang pelanggan Morrison mula jatuh sαkit kerana ikut saranan Morrison: kalau cirit, makan pelawas. Padahal pelawas untuk sembelit, bukannya cirit!

Selain Rebecca, ada seorang lelaki berumur 32 tahun yang entah kenapa sαkit lutut. Morrison menyarankan makan 1,000 pil dalam masa 20 hari. Sini jelas sama ada Morrison tidak tahu pasal dos… atau sekadar tamak kerana mahu orang kerap membeli.

Pil Morrison menghentikan masalah lutut yang dihadapi… kerana lelaki tersebut pergi buat selamanya kerana bertaklid buta pada ubat pseudosains.

Apabila kadar kemαtiαη terlalu tinggi, orang pun mula naik meluat. Kerana Morrison masih bebas berkeliaran… padahal pengedar bawahan sudah masuk dalam. Mereka cuba mengheret Morrison atas tuduhan mαηslαμghter.

Kempen anti-Morrison.

Tetapi usaha mereka berakhir dengan hampa, kerana Morrison bagaikan kebal. Mungkin kerana tiada asas untuk mendakwa kerana Morrison tidak paksa pun. Kelompangan undang-undang ini memanfaatkan Morrison yang meninggal dunia pada tahun 1840. Dan ya, beliau tidak didakwa langsung.

RUJUKAN:

Felton, J. (2021, Oktober 5). James Morrison: The Doctor Who Made His (ditapiskan) Poop Themselves To (ditapiskan). IFL Science.

University of Virginia. (n.d.). English Caricature: Quacks & Nostrums.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.