“Ia mungkin mengambil masa tiga tahun, mungkin lima tahun tetapi apapun kami akan datang kepada kamu,” kata Mejar Yoshimi Taniguchi kepada seorang pegawai muda bernama Leftenan Hiroo Onoda pada 28 Februari 1945. Tetapi janji tersebut hanya dapat direalisasikan kira-kira 29 tahun kemudian.

Pada 9 Mac 1974, Onoda keluar dari hutan sambil memakai uniform Tentera Diraja Jepun (Imperial Japanese Army/IJA). Walaupun uniform yang dipakainya compang-camping tetapi ia masih dalam keadaan baik.

Dalam tempoh tersebut, Onoda dan tiga rakannya memilih berjuang dalam hutan dengan berbekalkan pisang, kelapa dan nasi yang dicuri daripada penduduk tempatan. Bagaimanapun, menjelang tahun 1974, hanya dia saja yang tinggal.

Lahir pada 19 Mac 1922 di Kainan, Wakayama, Jepun, Onoda menyertai IJA sebelum menyertai Sekolah Nakano pada 1942. Sekolah ini melatih para rekrut seni perisikan dari seni mempertahankan diri hinggalah latihan kemandirian diri. Kesemua kemahiran yang dipelajari di Nakano membantunya hidup di hutan Filipina untuk beberapa dekad berikutnya.

Bagi korang yang tertarik nak tahu pasal pertempuran di hutan ni, dipersilakan baca buku ni. Buku ni ditulis oleh wira negara iaitu Dato Mohd Rani Abdul Rashid, sekarang dah ada kat Shopee: https://bit.ly/PertempuranHutan

Setelah tamat latihan, Onoda dihantar bertugas di Pulau Lubang, Filipina pada Disember 1944. 1944 hingga Ogos 1945 dianggap tempoh terakhir Perang Dunia Kedua (WWII) dengan Jepun dipaksa berundur dari setiap wilayah yang ditaklukinya di Asia Pasifik.

Apabila angkatan perang Amerika Syarikat tiba di Lubang, Taniguchi mengarahkan Onoda untuk terus berlawan dan tidak menyerah diri. Arahan itu terus dipatuhi olehnya dan tiga lagi askar iaitu Prebet Yuichi Akatsu, Korporal Shoichi Shimada dan Prebet Kelas Pertama Kinshichi Kozuka.

Selepas Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, keempat-empat mereka melancarkan perang gerila dan berbalas tembakan dengan polis tempatan. Kali pertama mereka mengetahui nasib Jepun pasca-WWII ialah menerusi risalah yang ditinggalkan penduduk tempatan pada Oktober 1945.

Apabila mereka membunuh seekor lembu, satu risalah yang ditinggalkan penduduk menggesa mereka menyerah diri. Tetapi Onoda dan anak-anak buahnya menganggap itu satu helah oleh pihak Bersekutu. Pada mereka, jika benar perang sudah berakhir, maka mereka sudah pasti tidak akan ditembak.

Kerajaan Filipina turut menggugurkan risalah sekitar Lubang dalam bentuk gambar keluarga dan surat dari tanah air. Ini bagi menyakinkan kumpulan ini bahawa WWII sudah berakhir dan perjuangan mereka bersifat sia-sia. Tetapi seperti biasa, Onoda dan anak-anak buahnya menyifatkan ia sebagai satu helah.

Dalam tempoh 29 tahun, nasib Akatsu, Shimada dan Kozuka berbeza-beza. Akatsu memilih menyerah diri kepada tentera Filipina pada 1950. Sementara Shimada pula ditembak kumpulan pencari yang mencari mereka pada 1954. Manakala Kozuka pula ditembak pihak berkuasa pada 1972 semasa membantu Onoda membakar beras yang dikumpul oleh para petani.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sejak itu, Onoda bersendirian dalam hutan dan enggan menyerah selagi tiada arahan rasmi daripada Taniguchi. Tetapi semua itu berubah apabila seorang penjelajah Jepun bernama Norio Suzuki menemuinya pada 20 Februari 1974.

Gambar Norio Suzuki dan Onoda yang digunakan sebagai bukti dia masih hidup kepada kerajaan Jepun.

Pada awalnya, Onoda mahu menembaknya. Tetapi Suzuki berjaya menyakinkannya untuk meletakkan senjata selepas mengetahui kisahnya itu. Onoda bagaimanapun bertegas dia akan menyerah selepas mendapat arahan daripada Taniguchi.

Sebaik pulang ke Jepun dengan membawa gambarnya bersama bekas tentera IJA itu, kerajaan Jepun mencari bekas pegawai pemerintah Onoda. Rupanya dalam tempoh 29 tahun, Taniguchi yang sebelum itu menyerah diri pada akhir perang bekerja sebagai penjual buku.

Selepas mendapat tahu apa yang berlaku, Suzuki membawanya ke Lubang pada 9 Mac 1974. Pada hari itulah, Taniguchi memerintahkan Onoda untuk meletakkan senjata dan menyerah diri secara rasmi. Dia turut menyerahkan sebilah pedang tentera, selaras raifal Arisaka Type 99, 500 butir peluru dan beberapa butir bom tangan. Pada ketika itu, Onoda berusia 52 tahun.

Presiden Ferdinand Marcos menerima pedang Onoda sebagai tanda penyerahan kalah secara rasmi.

Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos kemudiannya memberi pengampunan kepada Onoda untuk semua jenayah yang dilakukan dalam tempoh tersebut. Tetapi sebaik pulang ke tanah air, dia merasakan Jepun yang dikenalinya berubah menjadi entiti yang tidak dikenali.

Setahun selepas pulang ke Jepun, Onoda berhijrah ke Sao Paolo, Brazil untuk menjadi penternak lembu. Di sinilah, dia bertemu jodoh dengan seorang wanita bernama Machie Honoku, seorang guru upacara teh. Mereka tinggal di Brazil sehingga 1984 sebelum pulang ke tanah air.

Onoda kemudiannya menubuhkan Sekolah Alam Semulajadi Onoda, sebuah kem kemandirian diri untuk golongan remaja. Sehingga ke akhir hayatnya, dia banyak menghabiskan masa sama ada di Jepun atau Brazil. Onoda kemudiannya meninggal dunia pada 2014 akibat komplikasi pneumonia.

Kisahnya diterbitkan dalam bentuk memoir bertajuk No Surrender: My Thirty Year War yang diterjemah oleh Charles S. Terry. Ia turut menjadi inspirasi kepada filem Onoda: 10,000 Nights in the Jungle dengan Yuya Endo dan Kanji Tsuda sebagai Onoda.

Filem Onoda: 10.000 Nights in the Jungle diinspirasikan daripada kisah sebenar Onoda.

Tetapi jika ada menyangka bahawa Onoda merupakan tentera IJA terakhir yang menyerah diri, anda silap. Gelaran itu jatuh kepada Prebet Teruo Nakamura. Tidak seperti Onoda yang memilih menyerah diri secara sukarela kepada pegawai pemerintahnya, Nakamura pula ditangkap oleh tentera Indonesia pada Disember 1974.

RUJUKAN

Barrett, C. (2020, 15 Oktober). HIROO ONODA, THE JAPANESE OFFICER WHO REFUSED TO SURRENDER DECADES AFTER WWII’S END. HistoryNet.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply