Trαgedi menimpa China Eastern Airlines (CEA) beberapa hari yang lalu. Sebuah pesawat jenis Boeing 737-89P (MU5735) sedang elok berada dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou. Namun tiba-tiba, pesawat menjunam dan terhempαs di perkampungan Sheng Tang Biao.

Dari awal lagi, pihak media memainkan teori kegagalan sistem MCAS yang direka untuk tujuan keselamatan penerbangan. Mαlαngnya, sistem MCAS menjadi punca nαhαs Lion Air 610 (LNI610) dan Ethiopian Airlines 302 (EA302) atas punca masalah data (Fitzgerald, 2019).

Buat masa sekarang, siasatan nαhαs MU5735 masih berjalan. Setakat ini belum pasti jika MCAS ada kena mengena (Ramzy & Chokshi, 2022).

Kapal MU5735 Yang Menjunam

Banyak perkara perlu diambil kira, seperti tiupan angin kencang yang berlaku empat jam sebelum kejadian.

Cuma tengok pesawat tiba-tiba menjunam 6,000+ meter dalam masa seminit – takkan mungkin angin menjadi punca.

Sedang elok terbang tiba-tiba ‘nose dive’. Tak rasa pelik?

 

Gambaran Junaman Pesawat

Yang pasti? Rekod penerbangan selamat China tamat selepas 4,227 hari.

Kejadian Yang Menakutkan

Setakat ini kerajaan China masih menggesa siasatan tanpa menuduh sesiapa. Xi Jinping meminta punca kejadian diteliti sehabis mungkin supaya keselamatan penerbangan lebih terjamin.

Tetapi jujur cakap, kejadian ini – jika betul ada kaitan dengan MCAS – boleh berlaku pada sesiapa sahaja (tidak kira negara mana sekalipun, termasuk Malaysia).

Melihat bagaimana pesawat terhempαs, pihak India terus mengeluarkan arahan supaya semua pesawat Boeing 737 dipantau sehabis-habisnya. Beberapa negara mempertimbang pendekatan yang sama, sekali gus memberi kesan buruk pada prestasi saham Boeing.

Baru beberapa jam dibuka, saham Boeing turun 8 peratus (Reuters, 2022).

Mengulas Implikasi MCAS

Ini bukan zaman 1960-an. Patutnya sistem penerbangan lebih terjamin selamat. Kalau setakat ralat daripada pihak juruterbang atau faktor luar jangka boleh difahami juga.

Namun jika berlaku kerana MCAS, memang tidak boleh diterima langsung. Benar, siasatan masih berjalan… tetapi cuba kaitkan MU5735 dengan LNI610 dan EA302. Ketiga-tiga menjunam sampai juruterbang tidak sempat mengawal.

Sebaik sahaja benda ini berlaku, banyak pihak mendedahkan kenapa MCAS mungkin punca utama. Seorang pakar latihan daripada Pentadbiran Aviasi Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat pernah berbincang tentang MCAS bersama Boeing Co.

Mewakili pihak syarikat adalah bekas juruterbang Mark Forkner… yang sekarang sedang berdepan empat tuduhan pemerdayaan wang.

Sesi perbincangan awalnya rapi saja. Tetapi selepas nαhαs LNI610 dan EA302, siasatan mendapati Forkner menipu pakar latihan FAA tentang peranan MCAS. Rupanya Boeing telah meluaskan peranan MCAS sampai merangkumi penerbangan kelajuan rendah dan altitud rendah (Tangel, 2022).

Kejadian sebegini tidak patut berlaku. Boeing bukan syarikat kecil-kecilan untuk “tersilap” macam budak bodoh. Syarikat ini adalah sebuah gergasi industri, juga antara kontraktor paling utama bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Maknanya, Boeing patut berpengalaman dalam memastikan perkara-perkara sebegini tidak berlaku… sampai rugi berbilion-bilion kerana saman, pampasan dan pembatalan pembelian.

Buat masa sekarang, punca kejadian MU5735 mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk dinokhtahkan. MCAS menjadi tumpuan utama, sambil mereka cuba mempertimbang kegagalan enjin misalnya (yang akan ditanggung CEA).

Tengok… tak jauh lagi daripada destinasi.

Apa yang pasti, 132 orang berlepas daripada Kunming, China… dan 132 orang ini hanya beberapa minit saja lagi daripada destinasi mereka. Mereka pergi buat selamanya, sama seperti nasib penumpang nαhαs-nαhαs berkaitan.

Sebab itu tidak boleh terima langsung kalau punca kejadian kerana MCAS.

RUJUKAN:

Fitzgerald, M. (2019, April 4). Boeing CEO acknowledges – for the first time – that bad data played role in 737 Max (ditapiskan). CNBC.

Ramzy, A., & Chokshi, N. (2022, Mac 22). What We Know About the (ditapiskan) of China Eastern Airlines Flight 5735. The New York Times.

Reuters. (2022, Mac 21). Boeing shares fall after 737 plane crashes in Southern China. Malay Mail.

Tangel, A. (2022, Mac 21). FAA Official Testifies Former Boeing Pilot Lied About 737 MAX The Wall Street Journal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply