Takdir menentukan ada peristiwa besar berlaku 66 juta tahun dahulu. Sebutir batu 9.6 kilometer lebar sedang membelah ruangan angkasa dengan kelajuan 108,000 km/j. Dan di hadapannya adalah Bumi yang indah dengan permukaan biru hijau.

Hari ini kawah besar di Semenanjung Yucatan menjadi saksi apa yang berlaku demikian hari. Lebih kurang 75 peratus kehidupan lenyap kerana tidak mampu hidup akibat gangguan pada ekosistem.

Kawah Chicxulub yang menjadi bukti.

Heηtαmαη batu ini menyebabkan langit ditutup debu terlalu tebal untuk cahaya Matahari. Tanpa cahaya ini, Bumi menjadi padang jarak padang terkukur yang sejuk sekurang-kurangnya selama 20 tahun (Chan, 2021).

Pokok pun hilang kebolehan fotosintesis, penting untuk mencipta makanan.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Jadi spesis-spesis beruk semuanya kehilangan tempat tinggal. Pertama sekali, beruk ketika itu tidak sama seperti hari ini. Rata-ratanya adalah beruk yang merupakan leluhur pada semua spesis moden.

Namun untuk memudahkan perbincangan, panggil “beruk” saja yang merupakan sebuah alam haiwan (animal kingdom) sangat besar. Memandangkan beruk moden berevolusi daripada beruk purba kala, bermakna ada sesuatu yang bantu mereka semua hidup.

Meteor yang menjejaskan hutan di Siberia.

20 tahun adalah tempoh sangat lama. Walau bagaimanapun, ramai mungkin salah faham “selepas 20 tahun, pokok kembali”. Sebenarnya, tidak.

Selepas 20 tahun, barulah debu beransur pergi (atau mula berkurangan). 20 tahun itu hanyalah ramalan sahaja. Yang sebenar tiada siapa boleh jamin… begitu juga keadaan hutan.

Pertama sekali, pokok tidak tμmbαηg sekelip mata (melainkan kawasan heηtαmαη asteroid). Debu tebal yang mencetuskan musim sejuk mengambil masa sebelum bertebaran di langit. Kedua pula, saintis tidak menemui bukti yang debu ini “sama tebal” di setiap inci langit.

Maksudnya, mungkin kawasan ini tebal – mungkin kawasan 1,000 kilometer jauh nipis. Jadi ada kebarangkalian yang cahaya Matahari masih masuk… tetapi tidak cukup untuk menghidupkan alam.

Dan ini juga bermakna hutan tebal menjadi nipis secara berperingkat… bukan sekali gus seperti yang mungkin dibayangkan. Jadi beruk dipercayai bergantung pada sisa-sisa hutan yang sedang ηyαwα-ηyαwα ikan (Cummings, 2021).

Kalau letak nilai kemanusiaan, senang cakap semua spesis beruk tidak hidup bahagia. Mereka sedang dihimpit dengan αηcαmαη besar. Kiri dan kanan mereka pergi tetapi masih terkepμηg dalam kancah kepμpμsαη.

Berdasarkan penemuan fosil, saintis membangunkan sebuah model ekosistem dengan menggunakan teknologi komputer. Mereka mendapati banyak spesis beruk yang pergi buat selamanya. Walau bagaimanapun, ada spesis yang berjaya menyesuaikan diri dalam alam baharu (Hughes, et al., 2021). Mereka perlu tukar daripada “kehidupan pokok” (arboreal lifestyle) ke “kehidupan darat” (non-arboreal lifestyle).

Gambar beruk zaman itu.

Selain daripada beruk, spesis marsupial dan burung turut terjejas akibat ketandusan pokok. Semua burung yang perlu bertenggek terbang sana sini mencari tempat teduh. Gagal, mereka akhirnya tμmbαηg dan mαti (Field, et al., 2018).

Walau bagaimanapun, alam sentiasa mencari jalan untuk keluar daripada gelora bencana. Proses pemulihan memakan masa sekurang-kurangnya enam juta tahun. Apabila alam pulih, tanah menjadi subur untuk hutan angiosperm (pokok berbunga) yang menjadi pokok dominan.

Tetapi saintis mendapati bukti yang percambahan pokok sudah berubah dengan ketara. Semasa zaman dinosaur, hutan meskipun tebal mempunyai jarak yang membenarkan cahaya kena pada bumi. Selepas heηtαmαη, pokok tumbuh rapat-rapat sampai cahaya sukar masuk (BBC, 2021).

Perubahan ini mungkin berlaku kerana tiada haiwan besar lαηggαr pokok seperti dinosaur dulu. Apabila hutan kembali, maka semua spesis berbaki pun menumpang berkat sebelum pupus kembali angkara tangan manusia bergelagat kalah beruk.

RUJUKAN:

BBC. (2021, April 2). Dinosaur-(ditapiskan) asteroid (ditapiskan) gave rise to Amazon rainforest.

Chan, Q. (2021, Mac 3). Scientists have found dust from the asteroid that wiped out the dinosaurs inside the crater it left. The Conversation.

Cummings, M. (2021, Oktober 11). Tree-dwelling mammals endured after asteroid (ditapiskan) (ditapiskan) forests. Yale News.

Field, D., et al. (2018). Early Evolution of Modern Birds Structured by Global Forest (ditapiskan) at the End-Cretaceous Mass (ditapiskan). Current Biology.

Hughes, J., et al. (2021). Ecological selectivity and the evolution of mammalian substrate preference across the K-Pg boundary. Ecology and Evolution.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.