Perbincangan tentang manusia prasejarah banyak tertumpu di luar lingkaran Asia Tenggara. Teori terdahulu berpendapat bahawa hutan hujan tropika serba tebal dalam rantau ini menjadi penghalang. Tetapi seperti biasa, penemuan baru membetulkan dapatan lama.

Dan sekarang nampaknya fakta semakin jelas: manusia prasejarah sebenarnya menyesuaikan diri untuk hidup dalam hutan Asia Tenggara.

Pertama sekali, semua kena faham dulu macam mana teori terdahulu dicadangkan. Homo erectus adalah sejenis manusia prasejarah yang pandai memasak, membina dan mengenakan pakaian (Toups, et al., 2011).

Tengkorak seorang h. erectus, jenis manusia yang pernah hidup ratusan ribu tahun dulu.

H. erectus memang ada peranan dalam Asia Tenggara, sebagai nenek moyang kepada Homo floresiensis dan mungkin Homo luzonensis. Ini bermakna H. erectus lenyap awal, iaitu di Jawa sekitar 117,000-108,000 tahun lalu (Rizal, et al., 2020).

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Sebab mereka lenyaplah saintis sangka mereka tidak sesuai hidup dalam hutan tebal. Tetapi sekarang kajian sains mempunyai teknologi penyelidikan jauh lebih canggih.

Dengan teknologi ini, saintis daripada Institut Max Planck berjaya membuat analisis zarah dan mengenal pasti sisa zink pada gigi rangka manusia dan haiwan yang ditemui di Laos. Tapak arkeologi ini dipercayai menyimpan khazanah fosil paling tua dalam rantau.

Fosil yang membuktikan kekayaan arkeologi bumi Laos.

Dan daripada gigi, saintis boleh tahu makanan apa pernah dikunyah manusia prasejarah yang hidup di situ.

Diet Zaman Dulu

Fosil manusia yang dikaji hidup sekitar 46,000 hingga 63,000 tahun yang lalu. Turut ditemui bersama adalah rangka mamalia lain seperti babi hutan, badak sumbu, beruang, beruk, harimau bintang, kerbau air, orang utan dan rusa.

Ada sesuatu jelas membezakan manusia prasejarah dan semua haiwan yang disenaraikan. Saintis kaji, rujuk silang dan kaji semula – dan semua mendapati haiwan makan secara rambang. Tetapi manusia hanya setia pada satu latar belakang sahaja.

Dan dapatan mereka membuktikan bahawa manusia prasejarah di Laos mengamalkan diet omnivor, iaitu makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan pedaging. Diet ini jauh berbeza untuk dibandingkan dengan cara hidup manusia prasejarah dalam rantau lain.

Pada ketika semua pakat kejar haiwan dulu, manusia prasejarah di Asia Tenggara sudah beromnivor dengan cara memungut hasil hutan (Bourgon, et al., 2021).

Masuk hutan cari makanan… tengok-tengok jadi makanan.

Penyesuaian sebegini memakan masa sangat lama. Malah hutan hujan tropika juga sangat sensitif dengan perubahan iklim yang sangat aktif. Kesan paling tertera adalah kembang kecut saiz kanopi sebatang pokok.

Berubahlah macam mana pun, manusia prasejarah tetap mencari jalan untuk sesuaikan diri. Dan ramai yang berubah dari segi fizikal pun, sampai mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan (Bacon, et al., 2021).

Kebolehan penyesuaian diri tidak boleh dipandang enteng. Pada ketika spesis tidak berakal tentu sekali lari, manusia prasejarah menemui peluang yang dibuat jendela.

Dan daripada pungut hasil hutan, mereka mula menjelajahi sektor baru secara berperingkat sampai boleh bertani bagai. Nilai kemanusiaan semasa zaman prasejarah dipupuk dalam tempoh beralaf-alaf.

Ribuan tahun berlalu pun cara hidup masih sama, ibaratkan bertatih untuk menjadi sebuah spesis dominan hari ini. Tetapi kemekaran manusia prasejarah di Laos (dan juga Vietnam) membuktikan bahawa hutan hujan tropika tidak pernah menjadi penghalang… bahawasanya kehilangan Homo erectus tentu sekali berlaku atas faktor lain.

Apa yang pasti, hidup zaman dulu memang susah jenis silap sikit habis satu kampung.

RUJUKAN:

Bacon, A., et al. (2021, Oktober 26). A multi-proxy approach to exploring Homo sapiens’ arrival, environments and adaptations in Southeast Asia. Scientific Reports. 11 (21080).

Bourgon, N., et al. (2021). Trophic ecology of a Lake Pleistocene early modern human from tropical Southeast Asia inferred from zinc isotopes. Journal of Human Evolution.

Rizal, Y., et al. (2020). Last appearance of Homo erectus at Ngandong, Java, 117,000-108,000 years ago. Nature. 577 (7790): 381-385.

Toups, M., et al. (2011). Origin of Clothing Lice Indicates Early Clothing Use by Anatomically Modern Humans in Africa. Molecular Biology and Evolution. 28 (1): 29-32.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.