Tampuk pemerintahan Dinasti Achamenid diteruskan oleh Cambyses II, anak kepada Cyrus The Great. Polisi pentadbiran bapanya diteruskan di samping meluaskan lagi kawasan pemerintahan empayar Parsi. Pencapaian utama baginda dalam masa enam tahun pemerintahan adalah penaklukan Mesir dalam Pertempuran Pelusium.

Untuk pengetahuan, Pelusium merupakan sebuah kota penting Mesir, bertempat di delta Sungai Nil. Di masa purba, Pelusium merupakan “pintu masuk” Mesir dari arah timur. Oleh sebab itu, kota ini sering dijadikan sasaran dan penting untuk dikuasai terlebih dahulu sebelum menakluk kawasan Mesir yang lain.

Dusta Amasis

Firaun Amasis dari Dinasti Ke-26 (juga dikenali sebagai Ahmose II) dikatakan menjadi punca serangan Parsi ke atas Mesir kerana telah memperdaya Cambyses II. Ceritanya, Cambyses II telah menyampaikan hajatnya kepada Amasis agar salah seorang daripada anak perempuannya itu dijadikan isteri kepada Cambyses II.

Bagi peminat-peminat kisah pertempuran, kalian dipelawa membeli buku ini: https://thepatriots.store/store/books/ketenteraan/pertempuran-agung/

Amasis tidak berhasrat untuk mengabulkan cita-cita tersebut. Walau bagaimanapun, Amasis tetap melunaskan permintaan tersebut tetapi anak perempuan kepada firaun sebelumnya, Apries menjadi ganti dan diutus kepada Cambyses II. Wanita malang itu bernama Nitetis. Menurut tradisi, wanita Mesir sekali-kali tidak akan diserahkan kepada raja-raja asing. Tindakan Amasis itu dianggap menghina wanita tersebut.

Setibanya di istana Parsi, Nitetis memberitahu identiti sebenarnya kepada Cambyses II. Lantas, Cambyses II menuduh Amasis telah menghantar “isteri palsu” kepadanya dan menggerakkan angkatan tentera Parsi Achaemenid bertempur di Mesir.

Persiapan Pertempuran

Setibanya Cambyses II di perbatasan timur Mesir, Amasis telah pun mangkat dan Psamtek III (juga dikenali sebagai Psammeticus III) naik takhta menggantikan bapanya. Setelah Psametik III mendapat khabar kemaraan Parsi ke Mesir, lantas persiapan pertahanan diperkemas.

Psametik III berkubu di sebuah lokasi berdekatan delta Sungai Nil di Pelusium. Pada masa yang sama, ibu kota pemerintahannya, Memphis bersiap siaga akan sebarang kemungkinan sekiranya pengepungan berlaku. Kubu Pelusium yang sangat kuat dan begitu juga ibu kotanya, telah meningkatkan keyakinan Psametik III terhadap kemampuan Mesir dalam menangkis sebarang serangan.

Seorang penulis Macedonia pada abad ke-2 Masihi, Polyaenus mendakwa bahawa kebijaksanaan Cambyses II memberikan kelebihan dan kemenangan Parsi. Strategi luar kebiasaan telah digunakan oleh Cambyses II, iaitu melibatkan haiwan-haiwan dalam barisan ketenteraannya.

Pada ketika itu, kucing amat popular dalam kalangan masyarakat Mesir Purba. Haiwan ini berkait rapat dengan Dewi Bastet (Bast) yang wujud dalam lukisan Mesir Purba dengan berbadankan wanita dan berkepala kucing. Bast dikatakan sebagai pelindung keluarga dari roh-roh jahat dan penyakit, terutamanya penyakit yang menjangkiti wanita dan kanak-kanak.

Cambyses II peka dan tahu betapa masyarakat Mesir sangat menyanjungi kucing. Oleh sebab itu, dewi Bastet dilukis pada perisai para tentera dan beberapa haiwan suci lain bagi masyarakat Mesir turut membarisi barisan hadapan angkatan tentera Parsi. Barisan hadapan angkatan Parsi itu terdiri daripada haiwan seperti kucing, anjing, kambing biri-biri dan burung upih.

Tentera Mesir menjadi gentar dan takut semasa berhadapan tentera Parsi kerana bimbang mencederakan haiwan-haiwan tersebut. Lantas, ada tentera Mesir yang lari bertempiaran dari medan pertempuran.  Ada di antara mereka yang lari ke Memphis untuk mendapatkan perlindungan. Pada masa yang sama juga, mereka diekori rapat oleh tentera Parsi. Memphis dikepung dan tidak lama setelah itu, jatuh ke tangan Parsi jua.

Psametik III dipenjara dan dilayan baik oleh Cambyses II, sehinggalah baginda cuba memulakan pemberontakan yang berakhir dengan kemangkatannya sendiri.  Maka, bermulanya era baru, Parsi memerintah Mesir sebagai Dinasti Ke-27.

Gambar jatuhnya Psamtik III pada tangan Parsi.

Di sebalik kejayaan itu, Cambyses II ada menerima bantuan dari seorang warga Yunani berpangkat jeneral tentera Mesir iaitu Polycrates dari Phanes, begitu juga dari orang-orang Arab yang menyediakan minuman dalam perjalanan mereka di Padang Pasir Sinai.

“King of Upper and Lower Egypt” ialah gelaran yang diterima oleh Cambyses II atas kejayaan baginda menakluk Mesir. Gelaran ini dinyatakan pada Prasasti Udjahorresnet. Rentetan dari penaklukan tersebut, membawa perbatasan Empayar Achaemenid menjangkau ke Libya dan di sepanjang pantai Mediterranean hingga ke semenanjung Cyrenaica.

Ada catatan penulis Yunani berkaitan kekejaman Cambyses II. Baginda dikatakan telah membunuh Apis, lembu jantan suci Mesir dan bangkai haiwan ini telah dibiarkan sahaja di jalanan. Bahkan, tradisi dan ritual suci dalam amalan masyarakat Mesir telah diharamkan di seluruh Mesir.

Namun begitu, ada catatan, inskripsi dan lukisan yang menyatakan bahawa Cambyses II sendiri sangat menghormati agama dan budaya Mesir, termasuklah membina semula Memphis dan dijadikan sebagai salah sebuah bandar satrap Parsi. Dinyatakan juga dalam Prasasti Udjahorresnet, Cambyses II berkelakuan seperti raja-raja terdahulu dengan memulihkan ketenteraman dan menghormati tempat-tempat suci agama tempatan.

Misalnya, ada dalam catatan lain menyatakan bahawa Cambyses II telah membaik pulih Kuil Agung Neith setelah para tentera baginda merosakkannya semasa pertempuran berlangsung. Catatan ini sekaligus bercanggah dengan perilaku zalim Cambyses II terhadap Mesir.

Pulangnya Tak Kembali

Semasa dalam perjalan pulang ke Parsi, angkatan tentera Cambyses yang terdiri 50 000 anggota elit telah dibadai ribut pasir yang amat dahsyat dan mereka kesemuanya dikhabarkan hilang secara misteri. Setelah perkara ini diketahui umum, seseorang telah tampil mengaku dirinya sebagai Smerdis (juga dikenali sebagai Bardiya), iaitu salah seorang anak Cyrus The Great. Beliau telah menuntut takhta dan mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai raja yang baru. Tidak lama kemudian, Darius The Great berjaya menggulingkan “Si Penipu” tersebut.

By: NUR AIMAN HAZIQ

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply