Negara Jepun ialah salah-satu negara yang mempunyai ketamadunan sendiri sejak 30,000 SM walaupun sehingga kini kebanyakan budaya Jepun masih dipengaruhi oleh budaya China. Walaupun negara ini terpisah dari tanag besar Asia, tapi pengaruh seninya mampu menakluk dunia sejak zaman 2000-an, seperti fenomena J-Pop. Pengaruh animasi Jepun atau ‘anime’ juga tidak kurang hebat, walaupun pengaruh seni Korea atau K-Pop sekarang menjadi minat kebanyakan generasi muda.

Negara Matahari Terbit juga terkenal dengan perayaan-perayaan yang aneh dan hanya diadakan dalam negara tersebut. Salah satunya ialah Festival Sumpahan, Festival Perut Buncit, Festival Bayi Menangis, dan yang paling aneh ialah Festival Kemaluan Lelaki, festival paling popular dalam kalangan orang Jepun. Korang ‘google’ sendiri tentang festival aneh Jepun kalau nak tahu lebih lanjut.

Untuk artikel ini, saya tidak bincangkan tentang festival-festival aneh ini. Ada peristiwa lagi aneh dari festival sebegini, iaitu Petempuran Kentut pada fasa Heian (794 – 1185), iaitu fasa kesusasteraan Jepun di mana Jepun ketika itu sibuk memartabatkan bidang sastera seperti puisi dan novel, dan juga mula mengamalkan tulisan Bahasa Cina. Betulkah terdapat pertempuran melawan kentut pada fasa tersebut? Jika betul, adakah sebarang rekod tertentu tentang pertempuran ini?

Perang Kentut dalam skrol dari abad ke-12 Masihi. (Sumber: Ancient Origins)

Di University Waseda dari Shinjuku, Tokyo mempunyai manuskrip-manuskrip dalam bentuk skrol yang merekodkan lukisan tentang ‘he-gassen’, yang bermaksud pertandingan kentut. Salah satu skrol telah disalin pada tahun 1846 dari salinan asal tahun 1680. Lukisan-lukisan ‘he-gassen’ dalam skrol tersebut banyak menunjukkan kekuatan kentut yang begitu dahsyat sepanjang para peserta berlawan kentut.

Ada antara kentut mampu hancurkan satu kampung, tumbangkan pokok, sehingga ada kentut mampu membuatkan haiwan melambung di udara. Peserta pula akan mempertahankan kentut lawannya dengan menutup muka menggunakan kipas tangan atau topeng. Banyak lagi lukisan-lukisan ‘he-gassen’ yang sememangnya nampak lawak bagi kita. Musium memorial Mitsui yang terletak di Tokyo juga ada menyimpan skrol-skrol ‘he-gassen’ ini.

Sebenarnya, ‘he-gassen’ adalah bahan untuk orang Jepun melawak atau menggelikan hati mereka pada abad ke-12 Masihi. Lawak berkenaan tandas, kentut, dan najis tergolong dalam lawak tandas atau ‘toilet humour’, lebih kurang macam lawak dewasa. Selain ‘he-gassen’, lawak tentang pertandingan kemaluan lelaki juga adalah antara bahan untuk orang Jepun melawak, kiranya lukisan pertandingan ini lebih kurang macam lawak dewasa orang Jepun.

Lukisan He-gassen ini menunjukkan si peserta menyimpan kentut dalam bekas berupa beg dan melepaskan ke arah lawannya. (Sumber: Ancient Origins)

Walau bagaimanapun, ‘he-gassen’ telah disalah erti oleh syarikat surat khabar tabloid dari England bernama Daily Mail yang menerbitkan artikel pada tahun 2012. Menurut penulis artikel, skrol ‘he-gassen’ adalah skrol yang mengkritik tentang masuk campur kuasa Eropah dalam pentadbiran Jepun melalui lukisan sindiran pada fasa Edo (1600 – 1868). Artikel dari Daily Mail ini tersebar secara meluas sehingga ramai komuniti akademik mengkritik penulis yang kurang merujuk sumber-sumber asal tentang ‘he-gassen’.

Fasa Edo ialah satu-satunya fasa di mana Jepun mengalami era awal kemodenan. Fasa ini juga ramai golongan atasanseperti bangsawan yang berhibur dengan layanan pelayan wanita bernama geisha. Di sinilah lahirnya budaya ukiyo-e, iaitu budaya lukisan berunsurkan hiburan melampau antara golongan lelaki atasan dengan geisha. Lukisan ‘he-gassen’ dan pertandingan kemaluan lelaki juga dijadikan salah satu unsur yang diterapkan dalam budaya ukiyo-e.

Jadi,apa yang dikatakan pertempuran kentut di Jepun pada masa lampau hanyalah hiburan orang Jepun untuk tertawa dalam memahami lawak tandas mereka. Mereka pun kena hiburkan diri juga daripada murung sepanjang hari, kan? Korang relaks dan layan lukisan-lukisan ‘he-gassen’ yang penuh tidak masuk akal ini!


Kami sediakan buku-buku menarik jika korang nak beli selain KITAB TAMADUN YAHUDI dan DUNIA TANPA TEMBOK COVER BARU. Korang boleh beli di sini untuk dapatkan diskaun-diskaun buku yang menarik: https://bit.ly/bukupatriots

 

RUJUKAN:

Bogaard, Cecilia. 26 February 2023. Fart Battles of the He-gassen Handscrolls Brought Toilet Humor to Life. Ancient Origins.

 

The art of flatulence! How 200-year-old Japanese ‘He-gassen’ paintings really DO have a deep meaning. Daily Mail. Published on 21 February 2012.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply