Beberapa hari lepas, tular berkenaan sebuah sekolah yang tidak membenarkan majlis khatam Al-Quran dijalankan di sekolah diorang walhal ia pernah dijalankan sebelum-sebelum ni.

Demikian juga semasa hari masa Krismas, tular satu video yang tunjuk orang Islam menyanyi Christmas Carol. Komen bersepah terpaling harmoni.

Tetapi bagi saya, contoh “terpaling harmoni” yang sebenar kita dapat lihat pada Empayar Uthmaniyah.

Apabila empayar berkembang selepas penaklukan Konstantinopel dan mengunjur ke Eropah, semakin ramai penduduk bukan Islam berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah.

Untuk mengawal Uthmaniyah, Sultan Muhammad Al-Fateh terapkan satu sistem baharu, yang berabad kemudiannya dikenali sebagai sistem millet.

Di bawah sistem ini, setiap kumpulan agama disusun menjadi millet. Millet berasal dari istilah Arab yang bermaksud “negara” yang menunjukkan Uthmaniyah memainkan peranan sebagai pelindung bagi pelbagai negara bangsa.

Sebagai contoh, semua orang Kristian Ortodoks di Empayar Uthmaniyah dianggap sebagai sebuah millet, sementara semua orang Yahudi membentuk millet yang lain.

Setiap millet dibenarkan memilih tokoh keagamaan masing-masing untuk memimpin mereka.

Dalam kes Gereja Ortodoks (Gereja terbesar di Empayar Uthmaniyah), Patriark Ortodoks yang juga merupakan Uskup Agung Konstantinopel adalah pemimpin millet yang terpilih.

Undang-undang Islam (Syariah) tak ada bidang kuasa ke atas orang bukan Islam di Empayar Uthmaniyah. Sebaliknya, diorang berpandukan peraturan agama masing-masing.

Dalam kes jenayah, pesalah akan dihukum ikut peraturan agama diorang sendiri, bukan peraturan Islam atau peraturan agama lain.

Tapi kalau ada kes melibatkan banyak millet, undang-undang Islam akan diguna pakai.

Millet diberi kebebasan untuk menggunakan bahasa sendiri, membangunkan institusi sendiri (gereja, sekolah, dll) dan memungut cukai.

Sultan Uthmaniyah hanya memiliki kawalan ke atas millet melalui pemimpin mereka. Pemimpin millet perlu laporkan perkembangan semasa kepada sultan.

Sistem millet memberikan hak dan kebebasan kepada minoriti agama di saat Eropah masih bergelut dengan penindasan agama-agama tertentu hingga tahun 1900-an.

Namun, sistem millet gagal bertahan sehingga penghujung usia Empayar Uthmaniyah.

Apabila Reformasi Tanzimat dilaksanakan pada tahun 1800-an, sistem millet dihapuskan, Uthmaniyah mula cenderung kepada gaya pemerintahan sekular yang dipengaruhi dari Eropah.

Akhirnya ia menjadi punca ketegangan agama tercetus di dalam empayar. Bekas-bekas millet lancarkan pemberontakan yang mungkin menjadi salah satu penyebab peristiwa pembantaian orang Armenia semasa Perang Dunia Pertama sebelum kejatuhan Empayar Uthmaniyah.

Oleh: Azizul Farhan

___

Selain Penaklukan Konstantinopel 1453, mesti banyak lagi yang korang belum tau seperti hubungan Uthmaniyah dan Alam Melayu!

Selam lagi sejarah Empayar Uthmaniyah bersama Uthmaniyah Di Hujung Jari! Dapatkan segera!
https://shope.ee/30OmRc5s5U


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply