Ketika ratu Perancis, Marie Antoinette didakwa pada bulan Ogos 1793, beberapa bulan setelah hvkuman m4ti suaminya Louis XVI dilaksanakan semasa Revolusi Perancis, dia meminta agar dia tidak dibiarkan “menderita lama”.

Namun, dia menghabiskan lebih dari dua bulan hidup melarat sebelum perbicaraannya dan akhirnya hvkuman m4tinya dilaksanakan kerana dakwaan pengkhianatan pada 16 Oktober 1793.

Kali ini kami akan berkongsi peristiwa terakhir dalam hidup Marie Antoinette, termasuk percubaan melarikan diri yang akan dikenali sebagai Carnation Affair.

15 Oktober 2019 Jam 12:40 Malam

“Saya seorang ratu, dan kalian merampas mahkota saya; seorang isteri, dan kalian membvnuh suami saya; seorang ibu, dan kalian memisahkan saya dari anak-anak saya. Hanya darah saya saja yang tinggal: ambillah, tetapi jangan buat saya menderita begitu lama.”  Kata-kata ini dilaporkan telah diucapkan oleh Marie Antoinette, setelah pihak pendakwa membaca tuduhannya.

Tetapi ratu yang jatuh itu sendiri tidak menyangka bahawa dia akan menghabiskan dua setengah bulan sebelum perbicaraan dan pelaksanaannya di ruang bawah tanah yang bising dan berlumpur yang berbau asap paip, kencing tikus, dan tahap kebersihan yang buruk.

Marie Antoinette dilahirkan pada 2 November 1755, di Istana Hofburg, Vienna, Austria. Beliau meninggal dunia pada 16 Oktober 1793 setelah dihvkum pancung di Place de la Concorde (sebelum ini dikenali sebagai Place de la Revolution), Paris, Perancis.

Sebelum itu, beliau dan suaminya digulingkan oleh revolusioner Perancis dan secara terbuka dihvkum pancung setelah penghapusan sistem monarki.

2 Ogos 1793

Marie Antoinette tiba di Conciergerie di Temple Prison, Paris, pada pukul 03.00 pagi, setelah ditarik dari pelukan puterinya, Marie-Thérèse, dan kakak iparnya, Madame Élisabeth. Suaminya, Raja Louis XVI, telah dihvkum m4ti pada awal tahun dan anak bungsunya, Louis Charles, telah dirampas darinya sebulan sebelum itu.

Marie Antoinette dengan segera diiring ke sel di bawah tingkat halaman penj4ra. Lantai batu-bata diliputi dengan lendir berlumpur dan air menitis ke dinding kerana ia berdekatan dengan Sungai Seine. Ketika paras air sungai surut, ada kemungkinan boleh dilihat potongan hiasan dinding lama.

Ratu merenung dinding kosong. Apabila dia menjumpai sebutir paku, dia menggantungkan jam saku nya di dinding dan kemudian berbaring di atas katilnya — sebuah katil lipat yang dianggap (oleh beberapa orang) terlalu baik untuk ratu.  “Ruang bawah tanah yang berpenyakit dengan beberapa batang jerami untuk tempat tidur,” kata seorang penjaga, “hanya itu yang diperlukan”.

Namun, pengawal penj4ra pada waktu itu, Toussaint dan Marie Anne Richard, dikatakan sebagai bersifat penyayang dan masih ada rasa hormat dan bertimbang rasa terhadap tahanan mereka. Mereka mengambil risiko besar untuk memberikan Marie Antoinette sedikit keselesaan berupa bantal, meja kecil dengan dua kerusi jerami, kotak bedak kayu kecil dan periuk timah.

Ratu dan pengawalnya berada di bawah pengawasan yang berterusan. Hanya sekeping layar sahaja yang memisahkan ratu dari dua pengawal yang hanya minum, merokok, dan bermain daun terup sepanjang masa, sepanjang hari.

Ketika Ratu memohon Madame Richard untuk mendapatkan pakaian baru, perintah dari pemerintah revolusi sangat tegas dan ketat sehingga pengawal yang takut tidak berani menunaikan permintaannya.

Namun, ketika Richard menyedari bahawa bonnet (sejenis penutup kepala wanita Eropah) Marie Antoinette tidak lagi dapat diperbaiki, dia mengambil risiko untuk meminta yang baru

Anehnya, pegawai pemerintah memenuhi permintaan itu dan Fatu diberikan dua bonnet baru. Dikatakan bahawa harganya masing-masing tujuh Livre Perancis setiap satu, kos perbelanjaan Ratu dicatat dengan teliti semasa dia dipenj4rakan.

Para pegawai pasti menyedari nilai kos bonnet baru kerana, pada 26 September, mereka memerintahkan polis untuk menggeledah barang-barang Ratu yang ditinggalkan di penj4ra Temple untuk mencari pakaian yang mungkin dia perlukan dan menghantarnya bersama. Keputusan itu dianggap berdasarkan catatan berikut: “Diharapkan ini akan menghasilkan penjimatan.”

Risau dengan Ratu yang melankolis, pada suatu hari Madame Richard membawa anak bongsunya Fanfan bersamanya ke sel ratu. Dia adalah kanak-kanak yang menawan dengan rambut yang cantik dan mata biru, tetapi, apabila Ratu melihatnya, dia dilaporkan gementar dengan emosi dan tiba-tiba bertindak memeluknya, merangkulnya dengan ciuman.

Ratu kemudian menangis dan berbicara tentang anaknya sendiri yang berusia sebaya, tetapi masih dipenj4rakan di penj4ra Temple. Ratu mengatakan bahawa dia selalu memikirkan tentang anaknya siang dan malam.

Kejadian ini dilaporkan membuat Ratu begitu tertekan sehingga dia terpaksa berbaring. Madame Richard menceritakan kisah itu kepada Rosalie, pembantu penj4ra, bahawa dia akan berhati-hati agar tidak membawa anaknya melawat penj4ra lagi.

Namun, sememangnya Madame Richard tidak akan berpeluang lagi, kerana tugasannya akan ditamatkan tidak lama lagi. Pada 28 Ogos 1793, royalis Chevalier dari Rougeville yang merupakan penyokong dinasti monarki menjatuhkan anyaman di sel ratu, yang berisi pesanan yang digulung di kelopaknya.

Marie Antoinette kemudian mengaku bersaksi bahawa mesej itu mengungkapkan pesanan yang kabur berikut: “Apa yang akan anda lakukan?  Apa yang anda rancangkan?  Saya telah dipenj4ra tetapi saya diselamatkan dengan keajaiban.  Saya akan datang hari Jumaat.”  Terdapat juga tawaran berbentuk wang, mungkin untuk menyuap pengawal, dan perjanjian bahawa Rougeville akan kembali pada hari Jumaat.

Ratu menggunakan pin rambut untuk menoreh catatan yang mengatakan: “Saya sedang diawasi. Saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa pun. Saya percaya awak. Saya akan datang.”

Inilah kejadian pertama dari apa yang dikenali sebagai Carnation Affair, rancangan untuk membantu sang Ratu melarikan diri, dan ia hampir pasti boleh berjaya. Rougeville kembali pada hari Jumaat untuk mengiring Ratu keluar dengan selamat, tetapi seorang pengawal yang telah disuap menghentikan Ratu pada saat-saat terakhir dia hendak meninggalkan tempat itu, atas punca yang masih tidak diketahui. Plot itu gagal dan Ratu ditahan kembali ke selnya.

Semua pihak yang terlibat dalam peristiwa itu disoal siasat oleh pihak berwajib, tetapi Ratu cuba menutup mulut, berhati-hati agar tidak menyusahkan sesiapa. Bagaimanapun, Madame Richard direhatkan dari tugas mereka dan dipenj4rakan kerana kelalaian mereka.

Mereka tidak dibebaskan sehingga terlaksananya hvkuman m4ti terhadap Ratu, setelah itu Madame Richard kembali bekerja dan sering dipuji oleh para tahanan atas sifat kebaikannya.

Namun, tiga tahun kemudian, dia dibvnuh oleh seorang banduan terdesak yang dilaporkan menjadi ‘gila’ akibat hvkuman 20 tahun dalam penj4ra. Ketika Madame Richard sedang menghulur semangkuk sup kepadanya, banduan itu menusuk ke jantungnya dengan pisau. Dia m4ti dalam beberapa minit kemudian.

21 September 1793

Berikutan peristiwa Carnation Affair, warden lama digantikan oleh warden penj4ra La Force, Monsieur Bault, dan isterinya. Warden di Conciergerie bukanlah jawatan yang dimahukan dan pasangan Baults ragu-ragu memikirkan tanggungjawab yang menakutkan itu kerana mereka menyedari sepenuhnya bahawa Warden Richard dan isterinya baru saja ditangkap.

Sebaliknya, pasangan Bault terhutang budi kepada Marie Antoinette, yang telah melindungi mereka ketika dia menjadi Ratu. Dan apabila pasangan itu mendapati bahawa pengawal penj4ra Temple yang kej4m sedang dipertimbangkan untuk bertugas di Conciergerie, pasangan itu dengan cepat memohon dan memperoleh tugasan tersebut.

Mereka berharap dapat menggunakan kesempatan itu untuk menghibur dan menenangkan jiwa mantan permaisuri mereka, seperti yang mereka lakukan untuk tahanan diraja di La Force.

Tetapi keadaan telah berubah. Sejak pemergian pasangan Richard, warden tidak lagi dapat membeli makanan untuk Ratu; pembekal harus melalui pusat pemeriksaan penj4ra dengan membawa barang mereka.

Walaupun perintah Madame Bault hanya memberi roti dan air kepada tahanannya, dia mengikuti teladan pendahulunya dan menyediakan makanan yang dibeli secara sembunyi dari peniaga yang berhampiran.

Dan kerana Marie Antoinette tidak pernah meminum arak dan air jernih di Sungai Seine tidak sesuai dengannya, Madame Bault juga mengambil risiko besar untuk membawa air suci Arcueil kepadanya setiap hari.

Monsieur Bault lebih berhati-hati. Pada satu kejadian, Ratu dilaporkan menawarkan pembantu penj4ra, Rosalie, sehelai riben putih. Setelah Rosalie meninggalkan sel Ratu, Warden Bault dilaporkan menyapanya di koridor dan merampas riben itu dari tangannya. Adakah dia risaukan nyawa Rosalie, atau mungkin nyawanya sendiri, kerana menerima hadiah kecil dari permaisuri itu?

“Saya sangat kesal telah menyedihkan wanita malang itu, tetapi kedudukan saya sangat berat sehingga tidak ada apa yang cukup untuk membuat seseorang gementar,” katanya, menurut laporan kemudian.

“Saya tidak lupa bahawa Richard dan isterinya yang malang berada di dalam penj4ra bawah tanah. Demi nama Tuhan, Rosalie, jangan melakukan tindakan tidak bijak, atau saya akan jadi orang yang hilang.”

Perasaan Marie Antoinette mungkin terluka oleh tindakan Bault, tetapi dia pasti menyedari bahaya yang timbul dengan menjadi wardennya. Keluarga bekas warden yang lama juga kini berada di penj4ra dan tidak lama lagi mungkin akan dibawa ke tali gantung kerana belas kasihan mereka.

16 Oktober 1793

Namun pada kesempatan lain, Warden Bault telah mempertaruhkan nyawanya, bimbang akan keselesaan Ratu di dalam sel tanpa ruang membakar untuk memanaskan badan. Ketika ratu meminta selimut kapas untuk tempat tidurnya, Bault bertanya kepada pendakwaraya Fouquier-Tinville adakah dia boleh membelinya. “Berani kamu tanya?” pendakwa raya dilaporkan menyergah. “Kamu layak mendapat gil0tin!”

Tugasan pasangan Bault juga tidak bertahan lama. Perbicaraan yang panjang terhadap Marie Antoinette dimulakan dengan sesi 15 jam pada 14 Oktober dan sesi 24 jam pada 15-16 Oktober.

Setelah 10 minggu di Conciergerie, penahanan Ratu akan berakhir. Keputusan juri adalah muktamad. Jam 4.30 pagi ketika dia mendengar hvkumannya: hvkuman m4ti dengan dipancvng oleh gil0tin. Dia tidak berbicara sepatah perkataan pun.

Setelah pengawal mengembalikan Marie Antoinette ke selnya, dia meminta Warden Bault sebatang pen dan kertas. Bault menuruti permintaan itu dan Ratu menulis sepucuk surat kepada Elisabeth, adik perempuan mendiang Raja:

“Aku menulis kepadamu, adindaku, untuk kali terakhir. Aku telah disumpah, bukan kerana kem4tian yang memalukan – yang hanya menanti penjenayah – tetapi untuk pergi dan bersatu kembali dengan abangmu.

Tidak bersalah seperti dia, aku berharap dapat menunjukkan ketegasan yang sama seperti yang dilakukannya pada saat-saat terakhirnya. Aku bersedih kerana meninggalkan anak-anakku yang malang; kamu tahu bahawa aku wujud hanya untuk mereka dan kamu – kalian yang meng0rbankan persahabatan kamu semua untuk bersama kami.”

Ketika Ratu menamatkan surat itu, dia dilaporkan mencium setiap halaman berulang kali, melipatnya tanpa menutupnya, dan memberikannya kepada Warden Bault. Pengawal gendarme yang berdiri di luar sel kemungkinan melihat peristiwa ini kerana, ketika Bault meninggalkan Ratu, pengawal itu merampas surat itu dan surat itu dibawa kepada pendakwaraya Fouquier-Tinville. Elisabeth tidak pernah menerima perutusan terakhir Ratu untuknya.

Pada pukul 12.30 tengah hari, Ratu Marie Antoinette dibawa ke tapak pelaksanaan hvkuman m4ti melalui gil0tin di Place de la Revolution. Setelah kepala Ratu terpisah dari badan dan jatuh ke lantai, ia diangkat dan ditayangkan kepada orang ramai, yang diiringi dengan laungan: “Vive la République!”Pukul 11 ​​pagi keesokan harinya, pada 16 Oktober 1793, alg0jo Sanson muncul.

Madame Bault mengesahkan bahawa Sanson memot0ng rambut Ratu dan Ratu menoleh ke belakang, melihat algoj0 menyimpan potongan rambut Ratu di dalam poketnya. Madame Bault berkata, “dan saya harap saya tidak pernah melihat pemandangan itu.”

Maka berakhirlah riwayat seorang bekas Ratu yang pernah bertakhta di Perancis dan sempurnalah sebuah Revolusi Perancis.

RUJUKAN:

Will Bashor. (2016). The Final Days Of Marie Antoinette. Marie Antoinette’s Darkest


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.