Kalau kat Malaysia terkenal dengan pontianak, kat Indonesia pula diorang ada sundal bolong. Jembalang apa tu?
Entiti misteri ini diceritakan sebagai wanita berambut panjang dan memakai gaun putih. Apa yang menakutkan, bila dia pusing badan, di belakangnya ada lubang atau bolong di bahagian punggungnya. Ia tertutup dek rambut panjangnya. Bolong tu menampakkan organ perut dan usus yang berdarah merah.
Menurut mitos, sundal bolong menjelma daripada seorang perempuan yang mati diperkosa. Setelah ditanam, ia melahirkan bayi dari dalam kuburan. Angker kan?
Orang indo cukup seram dengan sundal bolong pasal kerjanya suka culik bayi yang baru dilahirkan. Nak takutkan budak-budak, sebut je sundal bolong.
Ia akan menampakkan diri sebagai seorang perempuan cantik untuk menarik perhatian jantan berhidung belang. Mungkin ia satu cara untuk membelas dendam kepada spesis lelaki tak guna yang membunuhnya dahulu. Bila lelaki yang digoda sudah mendekat, barulah sundal bolong menampakkan rupa sebenarnya yang menakutkan.
Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply