Kalau saya tanya anda semua, pernah tak anda ke Mid Valley Megamall dekat KL? Majoriti dari anda semua mesti kata tahu. Tapi tahukah anda, bahawa di sana terdapat sebuah kampung yang sudah pupus? Bukan Abdullah Hukum bukan Kerinchi. Memperkenalkan kepada anda Kampung Penghulu Mat.

 

Hah? Dimana Kampung Penghulu Mat ini? Kampung Penghulu Mat terletak di simpang sebelum anda akan berjumpa susur keluar ke Bangsar, KL Sentral dan Cheras. Kini kampung tersebut sudah tiada dan ditukar namanya menjadi Taman Halimahton.

 

Persoalan baharu pula datang. Siapa pula Halimahton? Perkenalkan, Halimahton Abdul Majid. Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen UMNO dibawah gabungan Parti Perikatan yang memenangi kerusi Hulu Selangor. Dan pada tahun 1955, beliau telah masuk ke gelanggang pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu. Dan beliau menang kerusi tersebut dan ini merupakan rekod pertama dalam negara yang mana Wanita pertama yang bertanding dan telah berjaya menawan sebuah kerusi Parlimen.

 

Dalam pilihan Raya pertama Persekutuan Tanah Melayu ini, Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada 52 Kerusi Parlimen. Dan ini merupakan Pilihan Raya pertama PTM sebelum membentuk kemerdekaannya pada tahun 1957 sekaligus membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1957.

 

Beliau juga merupakan seorang wanita yang aktif dalam kebajikan dan setelah peninggalannya, Amanah Raya Berhad telah menubuhkan Tabung Khairat Kematian Datin Paduka Hajah Halimahton untuk memberi sumbangan kepada Anak Yatim dan orang yang memerlukan.

 

Kini, Taman Halimahton bukanlah sebuah kampung tetapi merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan saki baki tinggalan sejarah hanya boleh dilihat melalui nama jalan sahaja dan peninggalan sebuah Surau di Jalan Halimahton iaitu Surau Penghulu Mat atau lebih dikenali Surau Akademi Tahfiz Darul Abrar.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply