Dinamakan sebagai Haji Wida’ kerana ia bermaksud Haji Perpisahan. Perkataan wida’ (وداع) bermaksud berpisah atau perpisahan.

 

Diriwayatkan berlaku pada tahun ke 10 Hijrah setelah pembukaan kota Mekah selepas 10 tahun mereka berhijrah ke Madinah. Umat Islam berasa sangat gembira kerana boleh pulang ke tanah kelahiran mereka, iaitu Mekah tanpa sebarang peperangan dan tentangan daripada kaum kafir Quraisy lagi.

 

Tanggal 25 Zulkaedah bersamaan dengan Sabtu 22 Februari 632 Masihi, Rasulullah menunggang untanya dan memakai ihram untuk melaksanakan hajinya yang pertama.

 

Beberapa riwayat mengatakan Haji Wida’ disertai seramai 10,000 muslimin, manakala menurut riwayat yang lain, seramai 144,000 muslim yang turut serta. Ada juga riwayat yang menganggarkan seramai 24,000 orang muslimin.

 

Antara para sahabat dan ahli keluarga baginda yang turut serta dalam haji ini ialah Abu Bakar As Siddiq, Aisyah binti Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar dan Muawiyah bin Abi Sufian. Isteri Abu Bakar turut serta dalam haji ini dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Muhammad bin Abu Bakar. Bayi tersebut merupakan antara yang paling muda yang mengerjakan haji.

 

Setelah mengerjakan haji, Rasulullah berdiri di Wadi Uranah bagi menyampaikan khutbahnya yang terakhir.

 

“Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang hendakku katakan, kerana aku tak tahu apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini…”

 

Antara isi khutbahnya ialah:-

 

1. Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.

 

2. Kewajipan meninggalkan tradisi dan amalan jahiliah, pembunuhan dan riba.

 

3. Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama.

 

4. Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya.

 

5. Kewajipan memuliakan wanita (isteri).

 

6. Kewajipan berpegang teguh kepada Al-Quran dan An-Nas.

 

7. Kewajipan taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Quran.

 

8. Kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya.

 

9. Umat Islam adalah bersaudara antara satu sama lain.

 

10 Kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain

 

(Hadis Riwayat Sunan Ibn Majah, no 3074)

 

Saidina Abu Bakar sedar bahawa haji tersebut merupakan haji terakhir Baginda. Isi khutbah yang disampaikannya sangat menyentuh hati dan perasaan semua umat Islam. Haji itu juga berlaku selepas sempurna wahyu dan ajaran yang disampaikan kepada umat Islam.

 

Sama seperti ketika beliau sedar akan wahyu terakhir yang telah diturunkan, iaitu:

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

 

Mafhum: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu.”

(Surah Al-Maidah, 5:3)

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Segala rintangan yang dihadapi Rasulullah perlulah kita jadikan tauladan dan pengajaran. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Cepat borong di Shopee dengan diskaun Jualan PASCA PBAKL: https://bit.ly/MuhammadDakwahDiplomasi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply