Kalau korang rasa masa COVID-19 haritu dah cukup teruk sampai haji dibatalkan, korang kena tau penutupan Masjidil Haram dan pembatalan musim haji bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah.

 

Lebih kurang hampir 40 kali sepanjang sejarah Islam berlakunya penutupan Masjidil Haram sejak pertama kali pada tahun 629 Masihi akibat pelbagai peristiwa, seperti berlakunya wabak penyakit, peperangan, pergolakan politik atau bencana alam.

 

Antara peristiwa yang menyebabkan haji dibatalkan ialah:-

 

865 Masihi – Pembantaian di Gunung Arafah

 

Ismail bin Yusuf Al-Alawiyyah atau dikenali Al-Safak menyerang dan membunuh jemaah haji di Gunung Arafah kerana tak berpuas hati dengan pemerintahan Khalifah Abbasiyyah.

 

Tragedi ni memaksa ramai jemaah haji pulang dan ibadat pada tahun tu dibatalkan pemerintah.

 

930 Masihi – Hajarul Aswad dicuri oleh puak Qarmatiyyah

 

Puak Qarmatiyyah ialah salah satu golongan Syiah Ismailiyyah yang ekstrem menentang pemerintahan khalifah menyerang Mekah dan mencuri Hajarul Aswad dari Kaabah atas alasan ibadat haji dikatakan ritual pagan.

 

Dipimpin oleh Abu Taher al-Janabi, mereka menyembelih hampir 30,000 jemaah dan campak mayat-mayat ke dalam telaga Zam Zam.

 

Kecurian Hajarul Aswad menyebabkan hampir sedekad ibadat haji tak dapat dilaksanakan sehingga batu tersebut dipulangkan semula ke Kaabah.

 

983 Masihi – Pertikaian politik Abbasiyyah dan Fatimiyyah

 

Ibadat haji tak dapat dilaksanakan 8 tahun sehingga tahun 991 Masihi kerana pertikaian dua pemerintah tersebut.

 

1831, 1837 hingga 1858 – Wabak penyakit kolera

 

Hampir tiga suku jemaah haji pada 1831 meninggal dunia kerana Kolera. Selama hampir dua dekad, ibadat haji ditunda sebanyak 3 kali menyebabkan jemaah tak dapat memasuki Mekah selama tujuh tahun.

 

Pada 1858, jemaah haji dari Mesir terpaksa di kuarantin di bahagian Laut Merah di Mesir kerana wabak kolera yang menjangkiti jemaah haji di Mekah.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa dalam sejarah Islam yang kita tak tau pun pernah berlaku seperti perang saudara anak-anak Khalifah Harun al-Rashid. Nak tau lebih lanjut? Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM segera!

http://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply