Sebut saja nama jerung, ramai orang membayangkannya sebagai pemangsa unggul lautan. Sebagai pemangsa utama, semua takut dari penyu sampai ikan tuna dan anjing laut. Tetapi siapa sangka, di Afrika Selatan, wujud dua ekor haiwan ‘pembunuh bersiri’ yang mengganggu keamanan jerung-jerung di situ: paus pembunuh (killer whale)!

Mungkin ada menganggap ini sebagai sesuatu yang bersifat pelik bin ajaib. Mustahillah jerung atau lebih tepat jerung putih besar (Great White Shark) tak boleh atasi lawan begini. Tetapi kesimpulan ini disokong oleh data kajian yang dijalankan sekitar pesisir pantai Gansbaai, 120 km di timur Cape Town, Afrika Selatan sejak lima tahun lalu.

Ikan paus pembunuh (killer whale/orca) sememangnya diketahui suka memburu ikan jerung putih besar. Sumber: Ed Schipul/CC BY-SA 2.0

Bagi pencinta haiwan laut terutama jerung, Gansbaai merupakan destinasi yang tidak patut dilepaskan begitu saja. Ini berikutan jerung putih besar sentiasa berada di situ sepanjang tahun. Dengan panjang 4.9 meter dan susunan 300 gigi yang tajam bak pisau, melihat haiwan ini beraksi semasa memburu mangsa di Gansbaai ialah satu pemandangan yang menakjubkan.

Tetapi semua itu berubah pada 2015 menerusi kehadiran sepasang dua ekor ikan paus orca jantan dewasa di situ. Sejak itu, jerung putih besar mula menjadi sasaran dua ikan paus berkenaan. Sekitar 2015, ia hanya membabitkan seekor mangsa saja. Tetapi pada 2016 dan 2017, lima lagi ikan jerung ditemui terdampar di pantai dengan pelbagai kesan gigitan badan dan hati ikan tersebut hilang. Tidak seperti ikan lain, jerung mempunyai hati yang besar dan berlemak – makanan tenaga yang bagus untuk para penyerangnya.

Contoh bangkai ikan jerung putih besar yang terdampar di pantai Gansbaai, Afrika Selatan tanpa hatinya. Sumber: Hennie Otto/Marine Dynamics/ Dyer Island Conservation Trust

Sejak itu, angka rasmi ikan jerung yang menjadi mangsa dua ikan paus orca ini ialah sekitar lapan ekor. Tetapi dengan mengambil kira bangkai jerung yang tidak dihanyutkan ke pantai, tidak mustahil bilangan sebenar mangsa ‘pembunuh bersiri’ orca ini sebenarnya lebih banyak. Tetapi di sebalik reputasinya sebagai ‘pembunuh bersiri’, ikan paus ini tidak terlepas mempunyai kesan daripada pemburuannya.

Salah seekor daripada ikan paus pembunuh ini mempunyai sirip dorsal yang bengkok ke kanan dengan seekor lagi dilaporkan mempunyai sirip bengkok di sebelah kiri. Disebabkan ciri ini, penduduk tempatan menamakan kedua-duanya Port dan Starboard.

Saintis yang mengkaji populasi jerung di Gansbaai termasuk menggunakan jerung yang ditag mendapati bilangan ia dilihat berkurangan daripada enam kali sehari kepada sekali sehari. Lebih mengejutkan, mereka juga gagal mengesan jerung yang telah dipasang dengan tag elektronik. Sebelum tahun 2017, sekurang-kurangnya tiga hingga lapan ekor jerung yang ditag dikesan oleh pengkaji hidupan laut.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ini jelas menunjukkan betapa besarnya impak dua ekor ikan paus orca itu terhadap populasi jerung sekitar Gansbaai. Dapatan para saintis turut mendapati sesetengah ikan jerung ini berenang sejauh ratusan kilometer dari Gansbaai beberapa hari selepas serangan ikan paus pembunuh dilaporkan. Agaknya kerana terlalu takut, ada yang langsung tidak muncul di situ selama enam bulan selepas serangan sebelum memberanikan diri untuk muncul semula.

Serangan ikan paus pembunuh ini turut membawa kepada peningkatan populasi seekor haiwan pemangsa lain: jerung tembaga (copper shark). Sebelum ini, populasi haiwan ini tidak bertambah berikutan ia menjadi mangsa jerung putih besar. Tetapi tanpa kehadiran pemangsa terunggul lautan itu, bilangannya semakin bertambah sekaligus memberi kesan kepada rantaian makanan yang wujud sekitar Gansbaai.

Kelibat Port dan Starboard ini turut mengundang masalah baru kepada kerajaan Afrika Selatan. Disebabkan kerenah dua ekor ikan paus pembunuh itu, ini memaksa ikan jerung lain termasuk jerung putih besar beralih ke kawasan habitat yang lebih selamat termasuk pantai-pantai yang dikunjungi manusia. Silap haribulan, ia boleh saja mengakibatkan insiden kecederaan atau kematian akibat serangan jerung di situ.

Tetapi apa punca dua ‘pembunuh bersiri’ itu menghuni Gansbaai? Walaupun ia hanya sekadar teori, para saintis percaya penghijrahan mereka ke situ didorong oleh kemerosotan bilangan ikan mangsa yang menjadi makanan harian mereka di tempat lain. Situasi ini sudah pasti mendorong ikan-ikan paus seperti Port dan Starboard berenang lebih jauh untuk memburu dan mendapatkan makanan. Tetapi bagi menyelesaikan misteri kehadiran dua ‘pembunuh bersiri’ itu, ia memerlukan lebih banyak data pemerhatian sebelum satu kesimpulan dibuat.


Ketahui lebih lanjut tentang makhluk dan kehidupan menerusi pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Specktor, B. (2022, 30 Jun). Serial killer whales have been murdering sharks and eating their livers for 5 years. LiveScience.

Roper, M. (2022, 19 Julai). EXCLUSIVE: Underwater serial killers even sharks fear who tear out livers and teach murder. Daily Mirror.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply