Ketika Mongol mengganas menakluk dunia, umat Islam risau amukan mereka sampai ke Mekah, Madinah… sehinggalah ALLAH menghantar bangsa mereka sendiri, menjadi pejuang dan pembela agama ALLAH. Itulah Berke Khan!

TETAPI sebelum nak baca pasal pahlawan Islam hebat ini, kami rasa korang kena beli buku kami, KITAB TAMADUN MONGOL. Lebih banyak fakta-fakta menarik tentang Berke Khan dan juga sejarah Mongol lain boleh didapati. Beli di Shopee: http://bit.ly/3PMSVQx

Berke memulakan kariernya dalam bidang perang dan politik apabila mengikuti abang-abang dan pakciknya menyertai beberapa buah pertempuran dan peperangan di bawah kempen penaklukan Monggol.

Antaranya ialah menjadi sebahagian daripada 150, 000 ketumbukan tentera yang mara daripada Siberia menawan kerajaan Islam Volga Bulgaria dan juga menundukkan puak Turki Kipchak.

Beliau nanti kemudiannya akan jadi pemerinta Horde Emas, yang akan jadi empayar Mongol pertama yang memeluk Islam, dan menjadikan akidah Islam sebagai lambang agama rasmi.

Kehebatan Berke Khan ketika zaman sebelum Islamnya adalah kesetiannya bersama Monggol dalam kempen penaklukan Eropah dan salah satu sumbangan terbesar Berke pastinya dalam Pertempuran Mohi.

Dalam pertempuran ini ketumbukan askar Hungary yang berjumlah 80 ribu dan dianggotai oleh unit berkuda ringan daripada Knight Templar berjaya dikalahkan begitu sahaja dengan pimpinan Batu Khan, iaitu abang kepada Berke Khan sendiri.

Selepas kemangkatan Batu Khan, Mongke Khan yang merupakan Khan Agung Kedua Empayar Monggol selepas Genghis Khan telah menabalkan Sartaq yang merupakan anak Batu Khan untuk menjadi pemerintah Horde Emas.

Tertabalnya Berke menguasai Horde Emas Monggol sebenarnya merupakan sebuah helaian baru dalam sejarah Islam. Berke Khan kemudiannya memeluk Islam di tangan seorang ulama Sufi daripada wilayah Khawarizm yang bernama Syeikh Saifuddin.

Sebaik sahaja pengislaman Berke, maka antara tindakan awal yang dilakukan oleh Berke dalam memperjuangkan agama barunya ialah menghukum komuniti Kristian di Samarkand yang telah memperlakukan komuniti Muslim di sana dengan tersangat teruk dan kejam.

Hikmah disebalik pengislaman Berke Khan ini akhirnya terserlah jua. Siapa tahu, selepas itu Hulagu Khan (sepupu Berke Khan) membawa bala bencana yang tidak pernah terbayangkan dek akal kaum muslimin ketika itu. Bandaraya Baghdad habis dijarah sehingga ke titisan abu, darah.

Apa yang berlaku pada Baghdad dan saudara-saudara seagamanya yang baru itu telah membuatkan Berke naik amuk dan marah dengan tindakan kejam Hulagu Khan dan tenteranya itu.

Tetapi sebelum itu, Hulagu Khan terpaksa pulang ke Mongolia, kerana kemangkatan Mongke Khan. Sisa tinggalan Mongol yang ditinggalkan oleh Hulagu Khan tewas di Pertempuran Ain Jalut,

Namun apa yang berlaku pada Pertempuran Ain Jalut hanyalah secebis daripada mimpi ngeri yang dibawa oleh Monggol. Hulagu Khan tidak berada bersama dengan bala dan ketumbukan utamanya untuk membedal wilayah-wilayah Islam di sekitar Afrika Utara ketika itu.

Justeru, bagaimana nanti umat Islam mahu menghadapi Hulagu Khan nanti apabila dia pulang dari Mongolia dengan bala askarnya? Nak hadap skuad simpanan pun kita dah berpeluh kepala di Ain Jalut!

Maka ketika inilah betapa perancangan ALLAH itu sangat indah. Berke Khan, sepupu kepada Hulagu Khan sendiri mengambil tanggungjawab mempertahankan saudara seagamanya meskipun terpaksa melawan dan berdepan dengan sepupu dan sebahagian besar bangsanya sendiri.

Khabar angin tentang apa yang berlaku pada Baghdad sampai juga pada telinga Berke Khan. Dicatatkan bahawa Berge Khan telah bersumpah dengan sepenuh jiwa raganya.

“Hulagu telah menjarah seluruh kota-kota umat Islam dan telah mendatangkan maut pada khalifah. Dengan bantuan daripada ALLAH, aku sendiri yang akan menebus setiap darah mereka yang tidak berdosa, yang telah ditumpahkan oleh Hulagu!”

Kedatangan Hulagu Khan semula ke Timur Tengah dan tekadnya untuk membalas dendam di atas kekalahan di Ain Jalut terbantut apabila mendapat tahu bahawa sepupunya Berke Khan telah menjalankan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Mamluk di Mesir.

Dalam masa yang sama pula, Berke Khan juga telah menyokong Ariq Boke, pesaing Kublai Khan yang merupakan Khan Agung Yang Ketiga dalam berusaha menidakkan pemilikan Kublai Khan ke atas takhta Khan Yang Agung selepas kematian Mongke Khan.

Terjadinya sebuah pertempuran di wilayah Causasus dan sekitar Sungai Terek (terletak di utara Caucasus, kini berada di bawah kekuasan Georgia) pada tahun 1262 antara Ilkhanate yang dipimpin oleh Hulagu Khan serta Horde Emas dibawah pimpinan Berke Khan.

Hulagu dan ketumbukan tenteranya terus melancarkan serangan dan mengejar sehingga sampai ke Sungai Terek. Di Sungai Terek, Nogai Khan, orang kanan Berke telah melakukan serangan mengejut ke atas bala ketumbukan tentera Hulagu Khan yang baru sahaja menyeberangi Sungai Terek.

Serangan itu membuatkan mereka berundur dan terpaksa melintasi Sungai Terek untuk kali kedua. Lintasan kali kedua membuatkan air Sungai Terek yang sedang membeku itu retak lalu pecah dan menarik kebanyakan tentera2 berkuda Hulagu Khan tenggelam dalam air sungai sejuk membeku itu.

Meski selepas kematian kedua-dua Berke dan Hulagu (Berke meninggal dunia pada tahun 1266 di Azerbaijan), perseteruan antara Horde Emas dan Ilkhanate tidak pernah tamat begitu sahaja.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi yang penting, ketika Berke mengisytiharkan Hulagu sebagai musuhnya, kita semua mengetahui bahawa wilayah-wilayah Islam terlindung daripada dilanggar oleh Hulagu laksana Baghdad.

Bahkan ada sejarawan mengatakan kalau tidak kerana Berke, mungkin kota suci umat Islam seperti Baitulmaqdis, Makkah dan Madinah pastinya akan menjadi sasaran perlanggaran Monggol yang seterusnya!


Jadi, kalau anda dah puas membaca thread tentang Tamadun Mongol? Anda akan lebih puas kalau baca buku kami, KITAB TAMADUN MONGOL! Lagi best daripada thread ni: http://bit.ly/3PMSVQx


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply