Gunung Fuji yang terletak di pulau besar Honshu ialah gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776.24 meter dan gunung berapi kedua tertinggi di Asia selepas Gunung Kerinci di Sumatra.

 

Kali terakhir gunung ini meletus ialah sekitar tahun 1707 dan 1708. Yang popularnya gunung ini ialah liputan salji yang menutupi puncak gunung selama 5 bulan, menjadikan gunung ini sesuai untuk menangkap foto menarik.

 

Sejarah Gunung Fuji dengan manusia begitu panjang. Dulu, gunung ini dianggap sebagai tempat suci dan wanita dilarang berada di kawasan gunung tersebut. Sehinggalah pada tahun 1832, penduduk bernama Takayama Tatsu menjadi wanita pertama menjejakkan kaki di Gunung Fuji, sebelum kerajaan mengambil keputusan penghapusan larangan wanita ke gunung pada tahun 1872.

 

 

Bagi samurai, Gunung Fuji adalah lokasi yang sesuai untuk berlatik ilmu pedang tanpa gangguan. Shogun pada fasa Kamakura bernama Minamoto no Yoritomo pernah mengadakan pertandingan memanah di kawasan gunung tersebut.

 

Orang asing pertama mendaki Gunung Fuji ialah Sir Rutherford Alcock, iaitu perwakilan diplomatik British-Jepun pada bulan September 1860. Beliau menjelaskan pengalaman mendaki ke puncak selama 8 jam dan menuruni hanya memakan masa 3 jam saja.

 

Pada fasa Edo, Gunung Fuji menjadi tanda keberadaan kota Edo (Tokyo), jadi mudah para pengembara dan pedagang mencari kota ini dengan mudah. Sampai orang dari China dan India kenal sangat dengan gunung tertinggi di Jepun ini. Dalam kesusasteraan Jepun, Gunung Fuji menjadi inspirasi utama dalam lukisan dan penulisan puisi.

 

Sekarang, Gunung Fuji menjadi gunung untuk para pendaki dan eko-pelancongan. Malah UNESCO sendiri mengisytiharkan gunung ini sebagai tapak warisan dunia pada 22 June 2013.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply