Pengguna media sosial Malaysia terkejut bila tengok pakaian terbaru yang digayakan penyanyi terkenal, Gracie Abrams ketika membuat persembahan untuk Vogue World: Hollywood. Sebabnya mudah, pakaian beliau mirip baju kurung Kedah!
Tapi sebelum itu, apa itu baju kurung Kedah? Pakaian tradisional ini pada asalnya dari wilayah-wilayah selatan Thailand. Ini dapat dilihat menerusi reka bentuk baju persis blaus yang biasa dilihat di wilayah-wilayah berkenaan.
Baju kurung Kedah dikatakan muncul semasa era pemerintahan Sultan Kedah ke-22, Paduka Sri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Trend baju ini terus dipopularkan menerusi Sultanah Kedah, Wan Hajar Wan Ismail.
Wan Hajar atau dikenali sebagai Mak Wan Besar bertanggungjawab menjadikan baju kurung Kedah popular dalam kalangan kerabat diraja dan bangsawan. Atas sebab itu, pada awalnya, rakyat biasa tidak dibenarkan memakai pakaian itu kerana ia dikhususkan untuk dua kelompok tersebut.
Lama-kelamaan, rakyat biasa mendapat kebenaran memakai baju kurung Kedah. Baju kurung ini menjadi pilihan ramai kerana bajunya yang pendek dan longgar. Ini membuatkan si pemakai bukan saja selesa tetapi boleh digunakan sebagai pakaian harian.
Nak tahu beza baju kurung Kedah dengan baju kurung biasa, boleh lihat jarak baju. Baju kurung Kedah dibuat anggaran sampai paras bawah punggung. Bajunya tidak berpesak dan tiada berkekek. Bahagian lengan dibuat sehingga seinci dari paras bawah siku atau lebih dikenali sebagai lengan tiga suku. Potongan asal leher baju ikut bentuk bujur sireh.
Impak besar baju kurung Kedah turut diiktiraf kerajaan sebagai warisan kebangsaan. Buktinya, baju kurung Kedah tersenarai dalam Senarai Seni Halus Warisan Kebangsaan 2015 untuk kategori objek warisan yang tidak ketara. Selain baju kurung Kedah, kerajaan turut senaraikan baju kurung Teluk Belanga dan baju kurung Cekak Musang dalam senarai sama.
Jadi, apa kena-mengena baju kurung Kedah dengan Gracie Abrams? Sebabnya, pakaian yang dipakai penyanyi Close to You itu mirip dengan baju kurung Kedah. Bagi orang Malaysia, rekaan baju warna merah kundang itu saling tak tumpah.
Ironinya, pakaian yang dipakai Abram itu sebenarnya sebahagian daripada koleksi musim bunga Chanel 2026. Koleksi itu juga merupakan koleksi pertama Mathieu Blazy sebagai pengarah artistik Chanel yang baru.
Walaupun pakaian itu nampak moden dengan sentuhan flora pada bahagian lengan dan kain, estetika budaya itu masih kelihatan. Mungkin benda ini nampak kecil tetapi hakikatnya, pakaian tradisional Melayu sentiasa relevan dan tak lekang dek zaman. Jadi, lepas ini, kena hargailah sebab siapa tahu, jadi inspirasi lagi untuk pertunjukan fesyen!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




